Monday, May 30, 2011

s.e.d.i.h



Ku biarkan semalam berlalu..
Moga angin membawa pergi segala kekecewaanku..
Moga diriku bisa bangkit hari ini..
Walau bukan dengan semangat menggunung..
Tapi kuharap hanya segenggam ketabahan..
Mampu terpaku dalam diri..

Kubiarkan semalam berlalu..
Peritnya masih tersisa..
Ku pujuk hati..
Setiap apa yang berlaku..
Ada hikmah disebaliknya..
La Tahzan wahai Izzati..
InnAllaha ma’ana..

Ku biarkan semalam berlalu..
Terasa setiap detik merangkak perlahan..
Membiarkan hati kebimbangan..
Oke..bertahan..bertahan..
Moga hari ini..
Duri2 kekecewaan..
Terbang jauh dari pandangan..
Ya Rabb..
Aku perlu belajar..
Supaya lebih menerima dengan matang..
Setiap dugaan yang mendatang..


Saturday, May 28, 2011

don't judge a book by it's cover??




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kelapangan waktu utk mencoret sedikit perkongsian di sini..

Hehe.. tetiba saya teringat zaman plkn dulu..best sgt2..kat sana saya suka berkawan ngn macm2 org..india ada, sikh ade, cina ade..melayu lagila ade..malam2 kiteorg selalu borak2..nk dijdikan story..

masih segar diingatan..Ade satu malam tu..sebelum tido..saya berbual ngan seorang kawan..kawan sy tu seorang non- muslim mix indian and chinese..namanya panjang..tapi saya suka panggil beliau Sylvie..

Ntah apa yg kami borak..tetiba ada soalan yg keluar dri mulut Sylvie yg mmbuat aku terkedu..

“ wajibke org islam perempuan pakai tudung?”

“ A’ah, mmg wajib.. Kenapa tiba2 kamu tanya?”

“xdela, saya cuma pelik,kenapa ada yang x pakai tudung juga? Tuhan kamu x marah ke?”

**MasyaAllah, dalam hati aku malu kot dengan pertanyaan dia..macam mana aku nk explain lebih2 tentang wajibnya pakai tudung kat non muslim, sedangkan org islam sendiri ada yang x pakai tudung..puas pikir ayat nk explain time tu..


“ Macam ni, actually..tudung memang wajib pakai dalam konteks utk menutup aurat..,tapi dalam ramai2 orang islam, ada juga segelintir yang ingkar dengan perintah tersebut dan sudah tentulah Tuhan saya akan marah..dan untuk orang2 yang macam ni..mereka akan dapat balasan kelak..”

...okey, senang cite,saya bagi kamu satu analogi mudah..dalam sesebuah sekolah ada undang2 dan peraturan x?”sambungku lagi..

“Ada”

“wajib ke x semua pelajar mematuhi peraturan tu?”aku tanya lagi..

“wajib..”

“dan saya nak tanya kamu..ada tak student yang still langgar peraturan..?”

“ada jugak..”

Friday, May 27, 2011

sanah helwah :)



Berlalu sudah tanggal 25 Mei 2011..
diriku masih dipanjangkan umur..
genaplah 20 tahun usia aku..semakin dewasa aku rupanya..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi aku ksmpatan merasa nikmat2Nya yang tidak mampuku hitung nilainya..

Terima kasih buat bonda tersayang..kerana melahirkanku ke dunia..Terima kasih kepada ayahnda tercinta,menjaga dan mendidikku sampai sekarang..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..

Seperti biasa..apabila sampainya tarikh besday aku..mesti ramai kawan2..family yang wish.. “semoga panjang umo n dimurahkan rezeki....” 
ameen..ameen..ameen..:)
masih ramai yang mendoakanku rupanya..syukran ‘alaik
Sedar x sedar..ada juga yang mengingatkanku 
“ selamat pendek umur...”
 thanx kepada shamim n beberapa lagi sahabat2 lain yang mengingatkan aku...
mungkin aku dan sahabat2 lain tidak sedar bahawa inilah hakikatnya..
semakin bertambah usiaku semakin berkurangla umurku..

Apa2 pun..ku panjatkan doa kepadaMu Ya Rabb..
moga diriku istiqamah dijalanMU..
moga Hidupku Dilimpahi RahmatMu..
dan semoga bahagia menjadi peneman dunia dan akhirat..
ameen..

Wallahu’alam.. 




Wednesday, May 18, 2011

susahnya mendidik hati..



Salam buat semua..
Ya Allah ya Rabbi..Lama tak bermuhasahah diri..
Astaghfirullahal’azim..
YaAllah..
Jangan jauhkan kami dari MU..
Jangan biarkan kami hanyut dan jatuh kedalam kemurkaanMu..
Peliharalah hati kami..
Peliharalah iman kami..
Dan tetapkanlah hati-hati ini agar terus berzikir memuji dan mengingati MU..

Hari ini..aku sedar sesuatu..semakin hari aku semakin alpa..semakin lupa..terlalu leka dengan keseronokan dunia..aku malu pada Mu ya Allah..hari ini aku semakin lupa..sering berhilai tawa..riang gembira..dunia semata-mata..
Ya Allah..susahnya ingin mendidik hati..istiqamahkanlah hati ini agar terus mengingati dan mencintaiMU dan KekasihMu ya Allah..kepada mu kumohon..:

“YA Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu, tetapkanlah hatiku atas ketaatan kepadaMU”

Didiklah hatimu wahai Izzati..jangan biarkan hatimu lalai dan mati..Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud..

“sesungguhnya hati itu boleh berkarat sepertimana berkaratnya besi...”

Apabila sahabat-sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW apakah yang boleh membersihkan hati..maka baginda menjawab..
"membaca Alquran dan mengingati mati.."  

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mendidik hati..teringat kata-kata saudara Hilal Asyraf dalam bukunya ‘Tuhan tidak lupakan kita’.. “Hati anda masih lagi belum mati jika anda masih ada rasa untuk menjaganya...”
wallahu'alam..

p/s: sama-sama muhasahah diri..andai aku lalai..mohon sahabat2 saling mengingatkan dan menegur diriku..


Monday, May 16, 2011

selamat hari guru..


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". 
(Riwayat al-Tirmizi)


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari guru kepada ibunda tercinta,teacher mira, semua cikgu2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung dari saya kecik hinggala skrg ni yg masih x besar2..kepada bakal2 cikgu iaitu ditujukan khas untuk diri sendiri dan rakan2 seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris..Selamat hari guru..teruskan usaha dan semangat untuk menjadi seorang guru bitara..InsyaAllah..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa..
(Usman Awang)

Jasamu guru akan ku kenang hingga ke akhir hayat..hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa cikgu-cikgu sekalian..Saya hanya mampu menadah tangan memohon doa agar hidupmu guru diredhai dan sentiasa dibawah lembayung RahmatNYA..


Thursday, May 12, 2011

love him silently..





You changed my world with a sweet smile..
That is something that I cannot deny
You put my soul from worst to best
That is why I treasure you my dearest  admire..

You just don't know what you have done for me
You even pushed me to the best that I can be
You are really caring more than i thought..
To take care of me and shower me with love
From deep of your heart..

When I'm with you..
 I will not cry even a single of tear
And your words have chased away all of my fear
You have given me a life that I could live worthwhile
It is even better every time you smile..

Now my life is not a dream..
 but everything come true
It all began when I was loved by you..
and when i start fell in love with you..even in silent..

I wish, as friends, we could remain together
One day..
 we may meet and need each other

Now.. You're still my friend
I've had the pleasure of knowing
Now, the both of us need time
For personal growing..
let's give ourself think..
We just need some time apart
Enough time to make a brand new start
I will never forget what we once shared together


My Memories of You
Will always remain
Forever
Present in my heart..
because i'm sure..
I have found what I am looking for..
It's you
and your love
and nothing more
Coz God have given me this feeling in my heart..
In my life something I've never felt before..
Silently..my heart says that..
"I LOVE YOU" more than what I could show..




Wednesday, May 04, 2011

sematkan dihati terkesan dijiwa..



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur kerana masih lagi diberi nikmat islam dan nikmat iman..
masih lagi diberi kesempatan menaip bait-bait kata sekadar meluahkan rasa berkongsi cerita..
Tiga hari dua malam menyertai kursus kepimpinan di Kem Rimba Tamu amat meninggalkan kesan kepada saya.. Meskipun pada awalnya, jujur saya katakan agak berat hati saya untuk menyertai kem seperti ini..Lagi-lagi cuti semester sudah pun bermula..penangan rindu untuk balik kampung amat kuat..namun, setelah berakhirnya kursus ini, at least saya dapat sesuatu..sesuatu yang dinamakan ilmu..sesungguhnya.."Ilmu itu boleh datang dari pelbagai cara " teringat pesan YDP..tidak semestinya hanya mengadap buku 24 jam dan hanya masuk kelas semata-mata..

so, saya pun betulkan mindset awal2 lagi..untuk kutip seberapa banyak ilmu..kerana ilmu dah ada depan mata..why kita nk sia2kan..btul tak..?walaupun at the end kursus ni..bukan semua ilmu yang kita kuasai..tapi sekurang-kurangnya kita belajar..
"Apa-apa pun yang kita lakukan bergantung pada niat.. " 
pesan abang Abu menguatkan lagi diri saya untuk membetulkan niat supaya kem yang saya pergi bukan hanya dapat penat dan letih..tapi adalah suatu platform utk saya menuntut ilmu dan juga menimba pengalaman..
"Guru yang paling baik adalah pengalaman..." 
pengalaman yang baik boleh dijadikan pedoman utk kehidupan masa-masa akan datang..
pengalaman yang buruk itu boleh dijadikan sempadan utk penambahbaikan..

walaupun kursus ini sudahpun berakhir dgn selamatnya..
tapi ia merupakan suatu permulaan untuk kami semua terus melangkah dan terus maju.. InsyaAllah..
onesly..sy suka dengan objektif utama kursus ini iaitu untuk menjalinkan dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami..sbb sy yakin..tanpa ukhuwah yang kuat..sesebuah organisasi tidak mampu untuk berdiri..

betullah apa yang orang selalu kata bahawa ukhuwah itu sangat indah..dan hubungan kasih sayang itu sangat kuat..dengan adanya sahabat2 yang sentiasa menyokong..berbekalkan semangat yang tersisa..insyaAllah saya Mampu..Overally, w'pun kursus ini nampak simple tapi ia akan terus tersemat dihati dan terkesan dijiwa..

p/s : kepada sahabat-sahabat seperjuangan..moga ukhuwah kita tidak akan berakhir setelah usainya kursus ini..biarlah ia kekal abadan abadaa..



 

Template by BloggerCandy.com