Tuesday, March 29, 2011

DPNC ke 8

Assalamualaikum wbt..

Post entry baru lagi?
hari2 post kan..
xpe..memandangkan saya baru siap 2 assignment, x kisahla nk post jugak pn kan? Hehe..

Nway..nk berkongsi rasa berkongsi cerita..

Alhamdulillah, syukur sgt2..cz da selesai satu program yg bole dikatakan agak besar bagi saya..
Program DPNC( Debat Piala Naib Canselor kali ke 8, 2011).. yang berlansung selama 2 hari..DPNC kali ni adalah antara program yang berprestij kerana telah menggabungkan 5 bahasa iaitu Debat bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Tamil dan juga Debat bahasa Mandarin.. 


Hari pertama, telah berlansung debat peringkat saringan di Proton City, dan hari kedua peringkat suku akhir, separuh akhir dan juga FINAL..
Bersyukur kerana saya berpeluang menimba pengalaman yg amat berharga untuk sama –sama bekerja untuk menjayakan DPNC ni..

Debat peringkat saringan..


hari pertama- di proton city..
sesaje nak amek gmbar ni..hehe
sekitar kawasan proton city..

AJK pelaksana.. a.k.a kuli belakang tabir..
dari kiri : Zul, Laurina, Zati, Yus..

Menang tanpa bertanding..hehe :p
penghargaan buat pendebat sekalian~

Kepada semua rakan2 dri Ko Debat Bhsa Melayu dan kelab Debat UPSI..tahniah smua n tq jugak buat kak Nora sbb byk beri tunjuk ajar pada saya..
Sekalung penghargaan dan tahniah buat pendebat bahasa melayu dari kolej Ungku Omar kerana berjaya menjadi johan peringkat akhir..Kepada pendebat khar, jangan sedey2..tahun depan ada lagi..

Monday, March 28, 2011

Music n me~ tagging lgi..

salam..huhu..kali ni ditag oleh cik shuhadah safri..
ditag lagi ditag lagi..hehe

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!






IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
bila cinta- gio


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
bukan kerana nama- ramli sarip..haha 

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
behind these hazel eyes- kelly clarkson

HOW DO YOU FEEL TODAY?
big faces -soulja boy

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
 bila diri disayangi- ukays..kuang3

WHAT'S YOUR MOTTO?
bisikan malam- UNIC

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
cinta antara kita- duta feat baizura kahar

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
datang dan pergi-ramli sarip..oh no! xnak

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
demi masa-raihan

WHAT IS 2 + 2?
dibius cinta..haha..i like

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
don't make me love you - christina aguilera..ahaa..watch out!

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
feel good Inc- gorillaz

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
hampir ke situ- mendua..cewah..kena sgt

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
i'll never break your heart- backstreet boys..haha..ye ke?

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
in team- akrab persahabatan

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
iklim- suci dalam debu

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
paparazzi..haha..mamarazzi la..-lady gaga

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
permata yang dicari- dehearty..ki3..

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
realiti insan - santeekee

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
richman- 3OH!3.. kumpulan ape ni? x penah dgr..hehe

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
ayat-ayat cinta- rossa..ye kwn2 aku sume jiwang..


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
shayne ward- no promises..haha

di tagkan kpd:
cik jihan
cik dinie
cik aimi
cik syaza

Sunday, March 27, 2011

IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"


assalamualaikum..
ahaha..utk pgtahuan semua..sy x penah sertai mana2 contest oleh mana2 blogger sblum ni..
tapi..ni adlh first time rasa berminat utk sertai contest drpd saudara IBNUSHUKRAN..

maybe tajuk contest ni yg agak menarik minat aku..cz aku akui..
ramai manusia yg fail utk manage masa..

sekadar peringatan utk semua dan diri sendiri..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan di atas kebenaran dan kesabaran”
( Al-Asr 1-3.)

ok..back to da contest..jawapan utk waktu tersebut ialah : pukul 9.13 

hahaha..jz try an error..

nway, ditag kepada:

P/s: selamat mencuba..kalo aku x menang..hope salah sorang kamu menang!yeah..:)

Tuesday, March 22, 2011

andai itu aku, aku mintak maaf..

sorry..


Assalamualaikum wbt..

lepas abis kelas je..tetiba rasa nk skodeng blog kengkawan sume..
then terbaca entri blog che jah bertarikh 5 mac 2011..oh no!! mention pasal sape tu..?
rase mcm pasal aku jer..sebab aku yang tegur che jah hari kejadian..
kpd the che jah..aku mintak maaf andai orang yang che jah sebut tu adalah aku..
tentang isu comel ke tak tu lain cerita..tapi aku pun x sure betulke aku cakap camtu kat che jah..seriously kalau aku x baca entri che jah..aku pun x kan perasan..

huhu..aku pun manusia..x terlepas dari buat silap..

ape2 pon..andai  itu adalah aku..aku mintak maaf..aku x de niat pun nk lukakan hati sesiapa..
**boleh x anggap apa yg terkeluar itu hnya gurauan..
**kalau x boleh..sekali lagi aku mohon maaf 

p/s: kepada che jah..aku mohon maaf secara terbuka di sini..

Friday, March 18, 2011

caiyokk..


salam semua..

saya selalu dengar orang kata..
"usaha tangga kejayaan"
"disebalik kesulitan ada kemudahan"
"sabar menjamin kebahagiaan "
tapi saya x berjaya memotivasikan diri..
saya sedang berperang dengan diri sendiri sekarang..
tolong stabilkan emosi saya..bagi nasihat dan motivasi..
i need moral support from my frenz..family..


Tuesday, March 15, 2011

oke..saya perlu study..



Assalamualaikum w.b.t..

ohh masa..cepatnya kau berlalu..x sempat aku nak kejar..
tapi kalau difikir-fikir secara logiknya..
ALLAH itu maha adil..
semua orang diberi masa selama 24 jam sehari.. xde lebih x de kurang..
so, x bolehla nak cakap atau bagi alasan masa x cukup.. sebab semua orang dapat masa yang sama..cuma aktiviti yang membezakan..huhuhu..kalau jenis yang macam aku ni..kadang2 suka benor membazirkan masa..berblog..n x boleh nak elak ialah tido..haha..kan bnyak masa membazir tu..sape yang rugi??aku jugak..x boley jadik ni..okey2..aku kena study..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan di atas kebenaran dan kesabaran”
( Al-Asr 1-3.)

Sedar - x sedar..dah nak exam rupanya..lagi lebih kurang 1 bulan dari sekarang..lebih menakutkan aku ialah x de study week..abis kuliah terus exam..
dan paling aku 'suka..'
 jadual exam hari pertama : kul 9 pagi paper chemistry 2 dan 2.30 petang Biology 1..perh..


agak susah bagi orang yang macam aku ni..sebab aku bukannya hebat mcm kwn2 aku..dan aku ni jenis study last2 minute..jangan tiru aku ye..

so, pesan teacher mira.." studyla awal2"



ape2 pun..aku nak share tips study last minit dpda budak 4.0 flat kat matrik aku dulu..

1) fokus betul2 dlam kelas yang tinggal lagi bape minggu ni..x payah struggle sgt time revision..fahamkan betul2..

2) nota jangan panjang2..buat nota ringkas dan padat..sambil tulis..mulut terus membaca..

3) latihan mesti banyak..especially math..paling x sempat pun mesti jawab beberapa soalan dari setiap bab

4) jangan guna kaedah ingatan jangka pendek iaitu hafal, hafal dan hafal.. kalau boleh pastikan apa yang dibaca kita faham..x dela nnti lepas exam semua dah hilang..

**tips ni bergantung juga pada individu tu sendiri..lain orang lain caranya..


akhirul kalam..slamat study..moga aku sempat cover semua subjek sebelum exam..


Saturday, March 12, 2011

Kita hanya menumpang..


Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi boleh melihat dunia.

Hari ini saya ingin mengajak kita semua berfikir sejenak. Agak terkejut dengan berita tentang Tsunami yang melanda Jepun semalam. Bersamaan dengan hari jumaat, saya mula membayangkan macam-macam mungkin akan melanda. Tidak dinafikan..saya membayangkan peristiwa yang telah melanda aceh pada 26 Disember.. tsunami melanda lagi.Mungkin sebagai bala dari Allah untuk mengingatkan manusia yang semakin hari semakin leka, semakin alpa, semakin lupa..lupa bahawasanya Dunia ini hanya pinjaman..sampai masanya kita harus memulangkannya kepada pemiliknya..


kita hanya menumpang..

Allah Arrahman Arrahim..meminjamkan dunia,meminjamkan nyawa,meminjamkan harta, meminjamkan keluarga bahkan meminjamkan tubuh badan yang kita ada sekarang tanpa mengambil bayaran walaupun satu sen..

Apa balasan kita? Taatkah kita mengerjakan suruhanNya? taatkah kita meninggalkan apa laranganNya?tepuk dada tanyalah iman..saya ingin mengajak anda berfikir..sekali gus mengingatkan diri saya..memang manusia tidak akan sempurna..tapi setidaknya..kita berusaha menjadi yang terbaik..bukan untuk berlagak baik..tapi membaiki diri kearah menjadi insan yang baik.. di sini boleh di analogikan seperti belajar..semua orang mahukan result yang baik..4.0 flat dan sebagainya..nak dekat waktu exam, semua berlumba-lumba pergi library..study sampai 2 3 pagi..itu usaha utk dpt result yang baik..tapi untuk jadi hamba yang baik? Apa kita buat? Tak teringinkan melakukan usaha yang sama..?

Sekali lagi ingin saya tekankan..bukannya saya ingin berlagak baik..tapi untuk direnungkan bersama-sama..diri kita adalah suatu amanah yang besar..Allah meminjamkan tubuh badan ini hanya sementara..jagalah sebaik-baiknya sebelum memulangkan kembali kepada pemiliknya yang kita sendiri pun tidak pasti bilakah masanya akan tiba..huhu..sungguh tidak bersedia rasanya..


Wednesday, March 09, 2011

Pesta Buku dan Informasi 2011



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi kerana dengan inayahnya program Pesta Buku dan Informasi 2011 telah berakhir dengan jayanya..selama 6 hari iaitu pada 1 mac- 6 mac semua ajk pelaksana program berhempas pulas menjayakan program tersebut..memang memenatkan but pada kami itu x penting coz at the end kami berpuas hati dengan program yang telah dijalankan..

ceh2..kononnya ade planner..

Syukur yang x terhingga apabila semuanya sudah berjaya..walaupun jadual harian yang da tersedia pdat, tapi..setiap hari kami perlu meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam semua slot dan terpaksa korbankan masa tidur sampai 3, 4 pagi.. tapi hasilnya memuaskan hati..
Memang tak boleh dinafikan..saya sendiri memang teruja utk ikut serta bagi setiap slot..dari first day iaitu hari slase..majlis pembukaan dan juga bicara santai yang disampaikan oleh personaliti astro oasis..ust zulkarnain..da next day pulak..ada forum perdana ehwal islam..dan panel jemputan ialah ustz norbahyah dan ust wan akashah..memang best..untuk hari esoknya persembahan daripada kumpulan Rabbani..memang mantapla..best sangat2..next day ialah slot kupasan novel Qasidah Untuk kekasih..
Malam seterusnya..slot bersama Akhil hayy..dia dtg bersama isteri tercinta..Waheeda wassini..sempatla jgak aku bergambar dngan dia..salam+autograf sume..first time tengok dari dekat..
Then hari terakhir ialah majlis penutupan dan persembahan istimewa dripda kumpulan Far east..yang saya paling suka lagu ahlan bina’ dan menanti di barzah..dengar secara live memang lain..aura lebih terasa..habis persembahan sesi autograf..huhu..thanks a lot kepada kamal coz sudi tolong amekkan autograf tu ye..jasamu dikenang..hehe..

Macamana??memang best kan..tu Cuma sampingan je..actually program nie lebih kepada pengisian ilmiah..nama pun pesta buku kan..of coursela tema pun berkaitan ngan ilmu “cetusan ilmu menjana pendidikan”..sepanjang program selama 6 hari..banyak gerai2 buku yang ada..aku pun beli jugak 2 buah buku..yang satu tu tajuknya “untukmu wanita” dan yang ke2 “hidup sekali manfaat selamanya”..

begitu banyak buku..2 je aku beli..

tolong kwn aku jaga gerai jap

aku suka button badge tu..


tgh wat cover file utk bgkel..
sebelum slot berlangsung..smpt lgi posing
thanks bro hamzah..
ajk logistik yg kepenatan..
k. onechan pun turun padang!

Sekali lagi aku bersyukur sgt2 kerana sumenya da selesai..untuk program pesta buku ni..aku jadi pengurus slot bagi bengkel penulisan blog..setelah menghadapi pelbagai liku dalam gerak kerja sebelum program..akhirnya slot ni berjalan dengan lancar dan jayanya..thanks a lot kepada Su..sbb jadi penyelaras yang baik utk zati..n terima kasih kepada Bro Hamzah dari team Langit Illahi dan kawannya kerana sudi datang dan memenuhi jemputan sebagai penceramah bagi pengisian bengkel penulisan blog tersebut..segala ilmu yang disampaikan akan saya aplikasikan dalam blog saya akan datang..

akhir sekali..aku ingin mohon maaf kepada semua ats segala kekurangan saya sebagai salah seorg ajk pesta buku..almaklumla saya budak baru belajar..insyaAllah pada masa2 akan datang..pengalaman ini berguna utk mematangkan saya..
thanx a lot..

Tuesday, March 01, 2011

Dia sebaik-baik pendengar~



HUHUHUHU..
BANYAK BENDA KENA FIKIR SERENTAK..
SERABUTNYA!!!!
YA ALLAH ENGKAU MAHA MENDENGAR,
MAHA MERANCANG LAGI MAHA MENGASIHANI..
KASIHANI DAKU DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU.. AMIN..


 

Template by BloggerCandy.com