Sunday, February 27, 2011

mr S.E..

hmmm...




smart x kaler hitam?
hehe..

5.0 mega pixel rsenya da ok..




nak x nak duit da selamat pun melayang~..

Friday, February 25, 2011

moga lect kami oke2 je :)

salam wbt..
hari ni..bangun awal..p pegi klas lewat..dah la report chemistry x siap lagi..
bnyak tol mslah ngan aku ni..


hari ni..first time dlm idup..aku tgok org sawan..
merangkap lecturer kimia aku dan juga PA aku..Pn.Faridah Yusoff..

meh nk citer sket..tadi..elok2 je kiteorang dalam kelas time lecture kimia..
tup2..lagi setengah jam nk abis kelas..puan tibe2 je shaking..sume badan n kaki kejang2..macam orang stroke..
mulut puan berbuih2 +berdarah macam org yg kena racun..takut siot aku tengok..
n aku n kawan2 angkat la puan turun tgkat bwh..huh!! seriously..x taw nk wat ape time tu..panic!!
pastu kol org pusat kesihatan..lmbat benor nk dtgnya..last2..ade pakcik a.k.a salah sorang pekerja kat situ volunteer nk tumpangkan puan nek keta dia..alhamdulillah..time2 genting camni ade insan yang prihatin membantu..

pastu smpi je kat pusat kesihatan UPSI..puan dah x sedarkan..pengsan mungkin..then, Doc check ape2 yg ptut..masukkan oxygen..check darah sume..blood pressure sume..

puan kena sawan..tu doc yg ckap la..aku pn x tau sgt sal2 pyakit ni..pastu puan ade asma n puan pun da memang ade jntung berlubang..Oh my God..kesian puan..patutla dia slalu semput je dlm kelas..Alhamdullah..After bbrapa kali kol suami dia, akhirnya suami puan dtg amek..

nway..kami student AT 16 n AT13..mendoakan kesihatan puan..moga puan baik2 aje..n cepat2 sembuh..amin..

Monday, February 21, 2011

Belum bersedia memberi hati..


Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tama skali..cik mawar bbungo nak ucapkan Happy Birthday..specially buat roomate tersayang, suriati.. Sanah helwah ya Ukhti..may Allah bless you oweys..

Ehem2..berbalik kepada tajuk entri..opps!! cinta-cintan lagi..bukannya ape..nak menjawab persoalan oleh seseorang merangkap best fren seniora..
meh nk story sket..seniora bru je dpt call dpd bestfren time sekolah dulu2..saje nk tanya khabar..kongsi2 cerita..borak punya borak..keluar lagi isu kapel..dah boring nak jawab sbnarnya..n da x taw lgi nk jwb ape..
soalan pling popular yg ditanya ialah..
"ko da ade pakwe blom?"
teeet..soklan cepu mas tuu..
alahai..cukup malas nk menjawabnya..

nak dipendekkan cerita..jawapan seniora mudah je..
"belum bersedia memberi hati"
sebab hati saya cuma ada 1..sebelah untuk saya..sebelah lgi untuk pasangan saya..
so, saya x nak bagi separuh hati saya kat sebarangan orang..kalau dah terluka..susah nak sembuh..kalau da rosak..tiada lagi ganti..

Sunday, February 20, 2011

xsuka bila terkongkong dan terasa diri dikongkong



Assalamualaikum..
hari ni aku tulis entry ni hanya utk luahan dan kalau orang x baca lagi aku suka..

first of all, syukur alhamdulillah coz mid term Chemistry dah pun selesai..dan rasanya soalan tu xde susah sgt mcm final exam..tapi for surela ade jgk soklan yg aku x boley jwb.. tu pun disebabkan salah diri aku jugak yg x khatam membaca..Now, tryin' d besh for coming xm! biology 1 next week..
besh of  Luck zati..

berbalik kepada tajuk entri kali ni..bukannya ape..aku ni jenis yang suka berkawan..tapi prinsip aku, kalo berkawan x boleh terlalu rapat..aku mmg berkawan ngan sume orang tapi setakat hari ini, title BFF [best fren forever] hanya disandang oleh beberapa orang shja..bukan memilih atau mengada-ngada..tapi bila aku terlalu rapat ngan seseorang, antara aku ataupun kawan aku pasti akan ada terasa hati..dan apabila aku terlalu rapat aku x nak orang pijak kepala aku..hmmm....ntahle..pelik btol aku ni kan..

maybe sbb tula aku x layak utk berKAPEL..sbb aku x suka dikongkong dan terasa dikongkong..of coursela kalo kapel..
msti hari2 nak mesej..dah makan ke? makan ape? nak buat ape? bila nak jumpa? nak pegi mana? nak pergi kelas same2 ke? tanya itu tnya ini..makk aii..bnyak btol nak tanya kan..honestly..x sanggup aku nak jawb or nak reply msej benda yang remeh temeh camtu..mungkin kedengaran agak 'caring' kan kalo orang tanya mcm tu?aduiii...ibunda aku pun xdela tnya detail gitu..so, bagi aku memang agak merimaskanla bila orang tnya soalan yang x perlu pun atau pun tanya soalan yang semua org da patut tau..makan ape? makan nasikla..lauk ape?msti ayam x pun ikan..
nk pegi mana dan nk buat ape? ikut suka akula nk pegi mana n buat ape.. huh..semua tu perluke tahu ??rimas bila diri seolah dikongkong..

dan sama la konsepnya bila berkawan..aku x suka bila dikongkong atau dengan kata lainnya terikat dengan sesuatu..dan aku x nak menyusahkan org lain..aku pun x nak orang lain terikat dengan aku..nak buat sesuatu kena tanya aku..aku bukannya orang yang berhak utk decide ape2 keputusan utk kwn2 aku..kita semua da besar..da pandai pun fikir apa yang logik dan terbaik utk dri sndri..but, sekadar beri pendapat dan pandangan its okay..aku pun suka bila orang bagi pandangan atau nasihat kat aku..

entahlah..nape aku emo sgt n tergerak nak tulis pasal ni..tidak berniat pun utk menyindir sesiapa..dan kepada kwn2 yg aku syg..maaf kalau aku ada mengguriskan hati sesiapa..di sini aku ingin mohon maaf secara terbuka..

wassalam..



Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul~


Assalamualaikum wbt
Mahasuci Allah yang menjadikan langit dan bumi..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..
sama2 lah kita selawat keatas baginda sebanyak munkin..kerana terdapt banyak kelebihan selawat..

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.



3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.



4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.



5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.



6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.



7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.



8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.



9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.



10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


Monday, February 14, 2011

Valentine oh valentine..



Assalamualaikum wbt..
Tanggal 14 febuari memang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang kononnya untuk meraikan hari kekasih dan membuktikan rasa cinta serta mencurahkan sayang pada pasangan masing-masing..
kenapa Valentine day disambut? 
Menjadi tanda tanya di situ..
Sebenarnya valentine day disambut untuk mengenang kematian St valentine yang mempertahankan cinta dan dapat menunjukkan  bahawa perayaan itu disambut sebagai sebahagian dari simbol agama Nasrani iaitu bagi org2 Kristian.

Sekarang seniora nak tanya sikit..
kita ni agama apa?
Bagi yang muslim..sedar-sedarkanlah diri tu..
hari kekasih bukan hari untuk meraikan kasih sayang sepasang kekasih..
lebih2 lagi kita ni agama lain dari mereka..dan buat apa kita nak ikut perayaan orang-orang nasrani?

Mari kita sama-sama renungkan..

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
 (Surah Al-An’am : 116)


"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Sunday, February 13, 2011

crazie~

i miss someone..
i'm gonna b crazie..
i let someone go..
its more crazie..
i hate someone..
oh very2 crazie..
wanna forget someone..
it's da crazziest thing..

choose which one??

in mode:
*mencari keredhaan
*mencari identiti diri
*mencari ketenangan
*mencari cinta kerana Illahi

Naqibah aku cakap..cinta tu fitrah..so, kalo jatuh cinta@ terjatuh hati kat sesape..normalla kan? p dengan syarat jan ckp kat org..pendam sorg2 je dalam hati..x plu orang lain tau sape orgnya.. InsyaAllah, kalo da jodoh x kemana..yang penting jan slalu ingat kat dia melebihi ingat pada NYA..

p/s: abaikan sgla kslhn ejaan n tatabahasa..


Wednesday, February 09, 2011

pening2 lalat..

Assalamualaikum wbt..
baru je beberapa hari start kuliah setelah seminggu bercuti raye cina..
tapi banyak benda yang nak kena fikir..skrg pun tgh pening2 lalat pasal big project Math for Science..
ntah ape yang diorang bincang tentang gerak kerja pun aku x tau ape pun..
yang latest aku tau ialah tarikh project tu da ditunda ke suatu tarikh yang aku pun x pasti bila..
mm..n satu lg yang risau pasal IBL bio for tomorrow..adoii..nk show camne xperiment depan classmate aku..
ahh lantakla..buat je..

blur2 ayam..

yang paling menyerabutkan aku adelah nak pilih minor course..aduii..pening ni..
honestly aku memang minat BIO..tapi..tgk kat pgkhususan minor..cam susah sgt plak..tkut xley nk cover je..
kalo aku pilih PHY..basic x kuat plak..
kang aku amek aku amek myesal x sudah plak..
CHEM??huh!! jauh panggang dari api nk pilih minor kimia..
skang ni satu je lgi pilihan yang ade..
MATH??menjadi tanda soal disitu..
ape korang rase..?
any suggestion..[coz aku tgh blur2 ayam] skrg..
tarikh last isi minor pun jumaat ni..
adoiii..pening nak pkir..


Sunday, February 06, 2011

hari ini..

Assalamualaikum wbt..
sekarang masih belum reda dengan berita tentang rusuhan yang berlaku di Mesir..Bantahan besar-besaran telah diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat..Kita semua masih menanti berita selanjutnya dikaca -kaca televisyen, radio dan newspaper setiap hari.. Seniora turut merasakan keperitan penduduk di sana dan juga nasib pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana. Apa-apapun, alhamdulillah Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia ke tanah air.. 
Sama-sama kita baca berita hari ini..



ribuan penunjuk perasaan


KAHERAH 6 Feb — Operasi memindah keluar semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Mesir untuk ditempatkan di pusat transit di Jeddah dijangka berakhir hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya sedang berusaha membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu kembali ke tanah air.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra akan berusaha menyelesaikan pemindahan pelajar menjelang tengah hari esok, katanya kepada pemberita Malaysia di sini semalam.
Bagaimanapun, katanya kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat diberikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang di mana pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia beroperasi. — Bernama


KAHERAH 6 Feb. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.
Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

berita: utusan online

Sama-sama lah kita berdoa semoga semuanya dalam keadaan selamat.amin..


 

Template by BloggerCandy.com