Tuesday, November 30, 2010

:: uchiha sasuke ::

Aku rasa rmai yg minat anime..but xcely, aku x minat pn anime..n x tahu byk pn psl anime..but dalam anime naruto..charactr yg pling aku minat..mstila Uchiha Sasuke..da hensem one..ki3.. n boring2..aku search la gmbar dia kat tenet..saja nk share pic sasuke at dis site..

he is cool..am i rite?
kih3..

perh..machonye..

he was born on 23 JULY..

kat cni muka serious sket :p


kih3..
then ni makwe sasuke..
sakura..
share satu je la pic sakura..x bole byk2..jeles i :)





hhuuu..no mood today :(

Bru nk mulakan hari ni ngan senyuman..tapi tbe2 brubah pulak kepada hari yg xde mood..nk jdikan cerita..malam td tiba2 prut aku berbunyik..ntah nape..baru jer mkan nasi kerabu sebungkus..perut tong gas ke aku nie??..n bukan stakat lapar.. p prut aku sakit yang amat..then, time2 sakit perut..sempat lg nk on9..
opss..bru online dah ada org chat kat YM..ohh..kuingat sape yg chat..rupanya si dia..mr R..hehe..berbunga2 hati aku..kui3..bru je nk luahkan yang aku ni sakit..tapi tup2 dah kena marah sbb ONLINE.. almaklumla..aku kan tgh xm..boleh lgi nk bazirkan masa..dahla xm lg 4 paper..perh..sakit ulu hati aku dibuatnya..bru nak ngadu dah kena marah..uwaa..
malas nk layan..tiba2 aku jadik sensitip..n time tu jgak line internet x bape clear..fuh..tensionnya..x sempat sign out lg dah ter OFFline sendirik..
ahh lantakla.. n malas nk try..n try again..biar je camtu..then tet tet..msg sampai..aku ingatkan si Dia nk mintak maaf..rupa2nya MARAH aku sebab offline without saying anything..huh..mamat nie mmg nk kena ngan aku kan..sakitnya hati..sakit sgt2..lgsung aku x reply msg tu..
sory bro..NO MOOD 2DAY.. :(


** nk marah pn ader

Monday, November 29, 2010

Kepada insan yang bertudung..

Orang yang bertudung..hakikatnya memang sweet..dan memang WAJIB pn untuk siapa yang bergelar muslimah untuk menutup aurat mereka..
tapi hakikatnya dapat kita lihat zaman sekarang..ramai yang bertudung untuk BERFESYEN atau untuk memenuhi tuntutan SYARIAH?

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk." 
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232) 

saya rasa..x perlu saya ckp pun sume org dah dapat tengok kan?
trend bertudung zaman sekarang..



dan ni ada satu lagi trend wanita 2 sekarang nie ialah meniru 

cam birawati agama kristian?
x percaya ke?


so, kalau nk bertudung jgn berlebih-lebihan..sama2lah kita renungkan dan fikir..ini adalah peringatan kepada wanita2 islam..
termasuk diri saya sendiri..

::check it out::

Sunday, November 28, 2010

AWAS..peminat game FARMVille

Terkejut jgk aku bila bca statement nie..almaklumla..game farmville mmg femes kat Fb..aku pn main jgk..tapi x sangkala..ada org sanggup buat camtu sbb game ni..
berita benar nie..

Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.
Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.
Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.
Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?
Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
**huhu..gila tu..
x pikir guna akal yg waras..awas bg yg gilakan game tu..jgn over sudaa..

'Logik Hati Vs logik akal'

"Please switch off mobile," pesan Pak Imam.
Allahuakbar. Takbir memisahkan kita dengan dunia luar. Kita kini sedang membuat persembahan. Persembahan kepada Allah s.w.t.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah ringtone siapa la pula ni," hatiku mendengus kemarahan.
Tet..tet..tet..
Masih berbunyi.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah..taknak off lagi tu.." memang mencabar keimanan.
Bukankah baru sekejap tadi Imam memberi peringatan. Ada juga manusia yang kurang faham. Geram!
Demikian peristiwa yang bukan sekali tapi acap kali berulang. Banyak manapun pesanan oleh Imam, tetap ada yang degil dan keras kepala.
Ini adalah refleksi kehidupan manusia. Jika dibaca dan direnung kitab Allah s.w.t, terlalu banyak peringatan yang diberikan. Namun menariknya, manusia tetap tidak mempedulikannya.
Ironinya sekiranya mereka menghadiri majlis-majlis keraian orang besar-besar seperti majlis bersama raja-raja, tahu pula mereka etika berbicara. Tahu pula adat bersama orang hebat. Tapi bila hendak menghadap Allah s.w.t, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui.
Suatu hari aku bersembang dengan Mr. X.  Kami berbincang tentang perkara yang sama. Cuba mencari punca masalah.
"Kita membuat keputusan bukan menggunakan akal. Tapi hati. Ramai orang hatinya mati. Maka gunakanlah banyak logik akal sekalipun, tidak menjadi. Yang kena guna adalah logik hati!"
Logik hati?
Tidak pernah kudengar istilah logik hati ini. Hari ini dalam sejarah gamaknya. Aku tersenyum.
"Logik hati ni bagaimana pula?" aku bertanya.
"Logik hati ini unik. Aku tidak mahu memberikan jawapannya sekarang. Logik hati untuk orang yang mencari. Maka sila mulakan pencarian anda."
"Aiseh...Mr. X. Ini tidak kira mencari ke?" cuba mengumpan.
Mr. X tersenyum.
Logik hati...
Logik hati...
Hati sememangnya satu organ yang cukup unik. Andai kereta perlukan enjin, maka manusia perlukan hati. Buta hati, baik hati, murah hati, gelap hati, hati-hati. Semuanya hati.
Pesan ulama, jika kita ingin mengubah dunia, maka ubahlah manusia. Dan jika ingin mengubah manusia, ubahlah hatinya.
Maka marilah kita semua menyucikan hati ini.

Saturday, November 27, 2010

x suka phySICK



Dah 3 paper berlalu..tinggal lagi 4 paper untuk final xm..tapi..sakit sungguh hati..kpala rse cam nk pecah..jiwa kacau..huhu..sungguh x tenang aku rse..al kisah malam sebelum aku nk amek paper physics..rase cam x sedap hati jer..
naluri aku kuat mengatakan yang paper Physic esok susah..btul ke tak jangkaan aku..wait n see je la esk..
n esok pagi lak..walaupun bgun awal nk mampus..kononnya nak refresh apa yang aku baca malam tadi..tapi hati pulak x tnang..tahap berdebar aku dah tahap gaban..huhu..
tapi tetap wat muka 'cool' menuju ke dewan peperiksaan untuk jawab physic..
then,baca doa byk2 sebelum bukak kertas.. buka page 1st ok je lagi..jwbla dlu objective Questions 20 soklan..
pastu,perh..masa pn x byk..tapi aku kena jwb lagi 6 soalan untuk subjektive qustion..perh..soalan susah cam nk mati..telan air liur aku..uwaaa.....nk nangis yang amat rasenya..
knapa la soalannya susah gler2..x mampu aku nk jwb..
n walaupun dwan xm tu ade air cond tapi aku tetap rasa panas..
sape nk tolong aku??
sume yang aku baca n aku buat latihan cam dah x berguna dlm dwan exam..tolong..aku dah blank..
then aku tarik nafas..slow2..aku jawab jgk satu persatu soalan yg susah tu..masa 2 jam berlalu pantas..TIME's Up.. ltak pen dan kertas..tidak dibenarkan menulis lg..
uwaa...sebelum pass up kertas physics..aku hanya mampu berdoa yang aku x kan repeat paper..
Amin..tu je yang termampu aku buat..aku dah usaha dan berdoa,selebihnya aku bertawakkal je..

Friday, November 26, 2010

kerana 20sen

Al-kisah beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"






 
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.


**Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.



Sunday, November 21, 2010

ohh exam..

esok bermulalah exam..baru sem 1..
ada lg exam untuk 7 sem..uhu..
U len sume dah abes exam..
aku je br nk stat..kui3..
moga aku tabah..bukannya lama pn..
3 mggu je..pastu cuti sem plak..
ki3..
besh nie..
nway..Gud luck untuk diri sendiri..
n untuk rakan seperjuangan ku di UPSI..hehe..
especially bdak2 AT16..
caiyok..
all da bez.. bittaufiq wannajah.
 

Template by BloggerCandy.com