Tuesday, August 25, 2015

"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...."



"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...." Tanya cikgu Rabiah.

Maka, ramai lah kwn2 aku yang angkat tangan. Masa tu darjah satu, semua bercita cita nak jadi cikgu. Tapi aku tak angkat tangan pon, sebab konon konon masa tu nak jadi Doktor.. (haha, lawak plak rasa).

Bila naik darjah 4 buat karangan Bahasa Melayu, aku tukar cita-cita pulak.. tulis nak jadi pensyarah pulak. (Padahal masa tu, kurang pasti apakah sebenarnya yg dinamakan pensyarah? )

Then, bila darjah 5, rasa macam nak jadi Chef.. sebab sokmo duk tengok buku resepi..

Darjah 6, sebelum berpisah dengan kawan2.. masing-masing mintak tulis biodata.. dalam tu cita-cita aku Pensyarah balik.. (kali ni dengan kefahaman bahawa pensyarah itu yang menjadi target) - konon2 nya. *berangan

Sekolah Menengah aku tak sure apa aku nak jadi.. yang aku tahu, aku kena score utk PMR dan SPM.walaupun SPM aku takde lah perform sgt!  :p cukup2 makan je.
dapat A beberapa ketul je..
.....
Then, masuklah matrik dengan kursus Sains Hayat.
Ber BIO lah aku selama setahun.. kat matrik lah aku suka bio sangat2..dan sekali gus menyebabkan aku cinta tumbuh tumbuhan, bunga-bunga, rumput rumput dan hidupan2 yang ade atas muka bumi ni.. (gittu...)

Sebelum habis matrik..borak2 dengan housemate (Lyn, fara, Sya).. nak pilih kos apa bila masuk U..
Dan jawapan aku..  "Sains Pertanian! ataupun Perladangan!!"

Huh!!
punyalah semangat aku nak amek pertanian tup2 bonda tercinta tak bagi amek.. Ma kata sains pertanian ramai laki.. kena naik jentolak (bhasa klate panggil kreto ggalo).. perladangan ma kata muka burn. duk kat ladang sokmo pakai kasut bot! hahaha. oke fine.

Maka, aku isilah Kos Sains tanpa ada 'Pertanian' di belakangnya!

Diterima di UPSI dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.. Ada pendidikan ditengahnya!!

Means, bakal jadi cikgu! (haha, punyalah banyak cita-cita masa kecik.last2 pilih jadi cikgu)
Abah nak aku jadi cikgu. Ma nak aku jadi cikgu.
So, masuklah aku ke UPSI dengan bahagia utk menjadi cikgu

Kononnya, fikrah dah jelas utk jadi cikgu!
Yes.. tahun demi tahun berlalu di UPSI adalah mengajar aku untuk menjadi cikgu. Sehinggalah berpraktikal di salah sebuah sekolah menengah utk latihan mengajar sangat memberi kesan buat aku utk betul2 nak jadi cikgu!

Medan mengajar yang sementara itu membuat aku membuak buak nak mengajar dan mengajar dan mengajar.
*walaupon xde lah pandai sgt mengajar.

Tapi itulah yang sebenarnya yang aku harapkan., membawa juga harapan ma abah utk tengok aku jadi cikgu.

4 tahun di upsi mengajar aku apa itu cita cita dan cinta.  *eh

dan harapan untuk jadi cikgu semakin menghampiri bila dah rasa pegang skrol time konvokesyen meskipun hari konvo aku rain pouring cats and dogs..hahaha.. hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum..

tapi takpe. Alhmdulillah, secara rasminya dianugerahkan ijazah sarjana muda PENDIDIKAN Sains.
senyum sorang2. sampai ke esoknya masih juga senyum.

Sebulan kemudian, dua bulan, tiga bulan..dan bulan bulan seterusnya.. masih belum kunjung tiba panggilan temuduga untuk pegawai pendidikan DG41.
oke takpe..tggu lagi..

krik2..
hampir setahun barulah kami diinterview..
dan ramai lagi rakan seperjuangan belum diinterview. sadis kan.. kesian kami


3 bulan kemudian~
waktu yang ditunggu tunggu telah pun tiba, dengan penuh pengharapan yang membukit menggunung melangit, kami dibolehkan untuk check keputusan interview..

dan.. jeng3.. surprisingly..

Keputusan aku GAGAL!
T.T
bertabahlah.
ada hmpir 2 ribu lagi status GAGAL macam aku..

"Ati jangan nangis..."
ma bagi siap2 kata2 semangat kot2 aku hati tisu.

So far, alhamdulillah setakat hari ni, aku belum lagi menangis disebabkan aku GAGAL jadi cikgu..
hati tiba2 jadi batu. takde airmata keluar.

sejujurnya jauh disudut hati aku masih mengharap jadi cikgu.. sebab setiap kali telefon mak atau abah setiap minggu diorang akan tanya "bila lagi nak interview balik??"
" Bila lagi penempatan buka?"
"bila lagi keputusan posting kali kedua?"

bila dan bila aku tak pernah ada jawapan.
Aku sedih sebb seolah olah aku dah sumbat harapan maabah aku dalam tong sampah. walaupun tu bukan nya salah aku..

T.T
dan sekarang segelintir kawan2 telah posting ke sekolah masing2..TAHNIAH.. selamat berbakti!
dan aku??
masih berteka teki.
Masihkah ada peluang untuk aku jadi CIKGU??


**Hikmah tersingkap terlalu besar. Ada sebab aku belum dipilih jadi cikgu. DIA 'hold' aku dulu untuk aku belajar bersabar.

U/P : Sektor pendidikan ; SPP ; KPM ; Pak Menteri2 dengan tagline " Kurangkan korupsi, tingkatkan prestasi "

wallahu'alam




Saturday, August 22, 2015

tak kenal maka tak Kesah!


Tak kenal maka tak kesah! Tu pinjam ayat Arraffie kjap.


Ada seseorang cakap...
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati sombong!"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati pendiam"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati pemalu.."huaahaha..sesungguhnya saya memang seorang pemalu *blushing

" masa 1st jumpa zati ingatkan zati kerek"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati garang " Yes I am. kekadang boleh bertukar jadi drakula mahupun raksasa. AWAS!

Kesimpulannya, kita takkan kenal orang tu even bertaaruf selama 10 tahun sekalipun.
kenal sikit demi sedikit.
Mungkin hari ni kau nampak aku pendiam. esok aku jadi talkative
mungkin lusa kau nampak aku ting tong..
minggu depan mungkin aku sopan santun..
bulan depan mungkin aku jadi perempuan melayu terakhir.
tahun depan mungkin aku jadi perempuan melayu terawal.
siapa tahu?

dan diri sendiri pun masih confuse dengan diri sendiri.
kerana aku pun tak kenal siapa aku.. melainkan hanya pencipta aku yang kenal who exactly I am!
understengg??

dan yang aku paling tahu. Aku seorang yang degil. (baca : baik hati)
dan maaf juga, terkadang aku terlalu direct dan outspoken, terkasar bahasa sehinggakan bakal, sedang, telahpun mengguriskan hati mana2 pihak..

So, salam maaf seribu ampun.. bagi yang berada disekeliling saya dan juga kepada orang2 yang jauh dimata dekat dihati (ececeh) yang ada terasa dengan saya.

sekian,
salam perfume mewangi..
^_^


Friday, August 21, 2015

Kawan baru



Dia jumpa kawan baru.
Baru sangat.

Dan lebih cantik, Lagi baik dari aku..lebih bagus!!
Alhamdulillah.. dia layak utk itu.

Dia dapat kawan baru.
Dia letak aku tepi..
Simpanlah mana2..
Tak muat dah nak simpan dalam hati..
cukuplah simpan tepi Almari..

Dia jumpa dah kawan baru..
dan kawan baru tu macam pernah aje kulihat..
cuma, tak terlintas dimana.
Ya! mungkin tidak dapat nk dibandingkan dengan aku..

Dan, aku perlahan lahan 'mati'
menguzlahkan diri.
biar ghuyub dari pandangan.
agar nanti dia takkan perasan.
bahawa kita pernah berkawan.


*pesan aku pada kawan baru.. Hati2 kawan, kawan yang baru akan digantikan dengan kawan yang lebih baru!


Thursday, August 20, 2015

Cuit-Cuit Ustazah Jah (CCUJ)

Tajuk tak menahan. Nak niru Ustaz Kay kononnya.

#1

"Ustazah.. Saya ada seringgit..." shahir tersengih sengih tunjuk duit kertas berwarna biru.

"Dapat duit simpan dalam tabung...nanti besar-besar boleh beli emas.." 

haha..gaya cakap seolah cakap dengan budak besar.. padahal baru 5 thun umur dia.

"Syahir dah ada emas lah ustazah"

hah! biar betik. serius dua rius ke shahir ni..?

"Betulke shahir ada emas? siapa yang belikan?"

"Betul ustazah.. emas shahir ada banyak.. duit 20sen."

erk. duit doploh sen tuh dia cakap emas!

terkono eden.. T.T

**tapi aku tabik. Dari segi logik tu ada..
hahaha. >.<


===============================================================
#2

Shahir semalam taknak baca Iqra'
banyak main2.. banyak pusing2.. banyak cakap belit2..

sekali ustazah bertukar jadi drakula~

terus diam. behave.

**nasihatilah anak2 dengan penuh berhikmah. Berhikmah tak semestinya berlembut sepanjang masa. Bila berlembut sepanjang masa anak2 takkan dapat membezakan mana tindakan yang boleh, mana yang tidak boleh. Tetapi berhikmah itu meletakkan nasihat ditempat yang sepatutnya. Bukan garang, bukan memaki, bukan memarahi.. tetapi dalam ketegasan terselit rasa penuh kasih sayang.. Tegas yang membuat dia faham itu tak boleh! itu salah etc :)

===============================================================

#3

"Ustazah, semalam ustazah cakap nak cerita Uwais Qaromi"

" Uwais Al Qarni Shahir.. "

shahir sengih kerang busuk. 

"Oke, kita habiskan baca Iqra dulu, baru ustazah cerita naa"

"Tapi semalam ustazah kata nak cerita dulu baru baca iqra' "

Adehh.. >.<  aku lupa aku janji nak cerita dulu..

Bismillahirrahmanirrahim.. maka aku mula la jadi story teller.. cerita uwais Al Qarni.. A great story seorang yang dijanjikan Syurga.. Insappp ustazah.

** Kanak2 sangat tajam ingatannya. Sangat jujur katanya. Tertusuk ustazah.. Peringatan DIA nak tegur la tu.. Apabila berjanji harus tepati. walau sekecil kecil janji. Walau dengan siapa pun kita berjanji.. kanak-kanak ke, dewasa ke.. ia adalah janji.


===============================================================

#4

"Ustazah, hari ni shahir bawak air yogurt.."

"Wah, sedapnyee.. minum dulu..habiskan yogurt baru kita mengaji naa.."

*ustazah telan air liur..hahaha.. 

"haipp, shahir, minum duduk..jangan berdiri!"

maka, duduk la shahir penuh sopan santun bersila..

" Shahir, minum tangan mana?"

cepat-cepat dia tukar tangan pegang botol yogurt..pegang tangan kanan..

Balik rumah ustazah buka peti. Tengok dutch lady sejuk.. tuang segelas minum kat depan TV..tangan pegang henpon satu.. tetiba tangan kiri capai gelas..Sikit lagi susu nak masuk mulut.. tetiba macam tersentap.terngiang ngiang cakap kat shahir suruh minum tangan kanan.. Fuhh.. cepat2 tukar tangan minum tangan kanan..selamat..

Kuat betul penangan apa yang keluar dari  mulut itu.. apa kita cakap, apa yang kita buat harus selari..

Fuh..Lap peluh. 

**Mengimbau usrah..selalu duk ulang ulang ayat 2-3 Surah As saff.. Menakutkan..Sama2 kita ingat :)
[ mohon masing2 belek tafsir]

===========================================================

to be cont..


Tuesday, August 18, 2015

Kerana Merdeka itu bukan 31 Ogos




Merdeka!!
Melompat cik jah atas katil menandakan betapa gembiranya beliau.

" Turunlah mek.. runtuh katil nanti..."

err.. bagilah aku can sikit nak eksaited.

" Takde..takde.. tak payah nak merdeka sangat lah... turun cepat!"

"Yelah2.. aku turunlah ni.. kedekut betulla ko ni imah..aku tahu la ni katil kau."

****

Apa yang merdeka sangat?
Ni belum 31 ogos lah.

Oh yeke?
tapi bagi aku merdeka tu bukan 31 ogos. Hakikatnya tarikh itulah sambutan merdeka disambut oleh seluruh rakyat Malaysia..dari konteks negara ,memanglah sudah bebas daripada kuasa penjajahan tapi aku tak nampak pun rakyat Malaysia ni Merdeka!
Fikiran masih dijajah. Perangai masih dijajah. Duit masih dijajah. Harta masih dijajah..tang mana yang merdeka??

Zapp. sentap ko jah.. Imah ternganga.

kena sedebik.

Tapi kan jah.. Bukankah merdeka itu milik semua orang. Setiap hambaNYA adalah merdeka!

Betul dah tu Imah.. Setiap hambanya merdeka!
Merdeka bersyarat!


Hah?? terlopong imah lagi sekali..

Oke, tutup mulut ko Imah.. nnti masuk lalat.. Allah bagi hak kemerdekaan kepada setiap hambaNYA. Kemerdekaan yang bersyarat. Manusia 'merdeka' untuk memilih agama mana yang menjadi pegangan..
Manusia 'merdeka' memilih jalan pencarian rezeki mana yang dia nak. Manusia 'merdeka' memilih nak buat apa sahaja yang mereka suka..

tetapi semuanya bersyarat.

"Merdeka" itu bersyarat.. Ikut landansan kemerdekaan yang paling cantik!

Kita merdeka!
Tetapi belum Merdeka dari segi pemikiran. Suka ikut2.. Ikut Barat ikut Kafir Ikut Sesat..
Maka kita masih terbelenggu..

Kita sudah lama merdeka!
Tetapi hati kita masih dijajah oleh Syaitan..
Pemilik tubuh itu kita, pemilik hati Nafsu??
makanya, kita belum merdeka!

"Oke yang ni aku setuju la Jah!"

Negara yang merdeka ditadbir sendiri oleh pemimpin dari rakyat negara tu sdri.. Tapi kita, tubuh badan Allah pinjamkan kita, tapi jiwa ditadbir nafsu dan setan!

Erk. gulp.. deep ayat ko imah!! hahaha.
Tetiba perbincangan kita ilmiah hari ni kan??


"Tu tandanya Hati kita sedang merdeka!"

" dan kerana merdeka itu bukan hanya 31 Ogos"... smbung Jah.


Penutup :

Islam menggalakkan setiap umatnya mencipta kejayaan dan kecemerlangan berdasarkan kepada nilai kemerdekaan yang diberikan. Sesungguhnya apa yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Allah tidak mendapat keuntungan atau kerugian atas apa yang dilakukan hamba-Nya. Allah memberi pembalasan bersesuaian dengan apa yang dilakukan setiap orang..



Salam Kemerdekaan
Dari Jah dan Imah.
^_^

 

Template by BloggerCandy.com