Saturday, January 24, 2015

Kaum - kaum yang pupus!



Kaum kaum yang pupus.
Kita sudah seringkali mendengar cerita-cerita berkaitan kaum yang telah dihapuskan oleh Allah di atas muka bumi ini kerana kedegilan dan keingkaran mereka.

ALLAH BERI AQAL!


Manusia mempunyai otak dan haiwan juga mempunyai otak.

Beza manusia dengan haiwan adalah Aqal dan Deen. Aqal untuk berfikir dan agama untuk menilai mengikut piawaian dan landasan sepatutnya.

Jika kita tidak menggunakan aqal dan mensia siakan agama?

maka apa bezanya kita dengan haiwan??
tepuk dada dan tanya iman.

“Dia mengilhamkannya(manusia) keburukan kebaikan.” 

Surah Asy-Syams : 8.

Ya! memang kita ada hak memilih. dua pilihan terbentang luas. sama ada melakukan kebaikan atau keburukan.


dan


Dunia hari ini yang semakin tunggang terbalik. Cuba renungkan peristiwa peristiwa yang berlaku sejak akhir akhir ni? kejadian 2014 yang sangat memberi makna yang mendalam. Banjir yang Allah turunkan di beberapa negeri di Malaysia, beberapaka kejadian kapal terbang yang sangat memberi kesan yang saya kira semua cakna.


dan yang paling meruntun jiwa adalah masalah keruntuhan akhlak yang makin menular dan menjadi virus virus merebak halus dalam jiwa remaja muslim khususnya.


saya kira permasalahan keruntuhan akhlak itu masalah besar!

cukuplah dengan isu KPOP yang diviralkan beberapa minggu lalu menggemparkan kita semua. ada yang mengutuk, sumpah seranah, mengkritik, mengata dan sebagainya.

mereka itu tiada akalkah?

mereka itu tak faham agama kah?
mereka tu tiada rasa bersalahkah?
berpelukan tanpa rasa segan.

100% kesalahan disandarkan pada mereka. dan satu persoalan kembali menembak diri sendiri..


dakwah kita takat mana?

didikan dan pendedahan macamana?
kenapa dan kenapa masalah akhlak itu semakin menjadi jadi seolah olah agama diketepikan begitu sekali.. 

Maka kita kah yang akan menjadi fitnah kepada agama??

sekali lagi..tanya diri sendiri.. Apa sebenarnya kita buat??

Tidak pernah kah kita mengambil iktibar walau secebis dengan peristiwa kaum2 yang telah dilenyapkan Allah dari muka bumi kerana ingkar kepadaNYA.


Kaum 'Ad  dan Uber ditimbus ribut pasir yang dasyat

kaum thamud yang tidak seorang pon dibiarkan hidup
dan kaum Nuh sebelumnya telah ditenggelami banjir besar
kaum Lut a.s dan bandar yang telah dilingkupkan.
Firaun dan askar2 nya yang dilemaskan dilaut
Kaum saba' dalam banjir arim

maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kita dustakan?tidak sedikitpun kita mengambil pengajaran? 


Allahu.. tanda2 akhir zaman semakin banyak. dan kita sedikit sekali menangis dan banyak bergelak ketawa.

seolah olah tidak takut mati tidak takut azab!
nauzubillah..

kembali mohon kepadaNYA dan bersujud. Moga kita diampunkan dan diberi kesempatan bertaubat.. dan moga dijauhkan dari maksiat yang merosakkan.




No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com