Bismillah
walhamdulillah.segala puji hanya bagi Allah, Khaliq sekalian alam.
Selawat dan
salam ke atas baginda, kekasih Allah.
Al fatihah
sadaqah buat bonda dan ayahnda tercinta.
Saya nak
kongsi satu cerita.
Tentang students
saya yang masih kanak-kanak ribena. Tetapi kanak-kanak ribena itulah tanpa kita
sedar begitu banyak memberi pengajaran buat kita yang bukan kanak-kanak ribena
ni.
“ cikgu,tengok
dia ni..dia panggil saya hitam”
“cikgu,
saya Melayu, budak tu panggil saya keling” (ini bukan racist)
“cikgu,
kenapa diorang asyik kacau saya, paggil saya gelap..”
Begitulah ayat
yang selalu saya dengar. Daripada seorang pelajar tingkatan satu kelas yang saya
ajar.
Satu hari
saya panggil budak itu. Lalu saya bertanya.
“kalau
pelajar lain ejek awak, apa yang awak buat?”
“ Saya ejek
la dia balik..diorang bukannya baik sangat..”
Lalu aku
pun bagilah sepotong ayat ala2 ayat motivasi gitu..
“haa, kalau
awak ejek dia balik, maksudnya awak dan mereka 2 x 5 juga. Cuba awak cakap “terima
kasih awak cakap saya hitam. Sebab Allah yang bagi kulit saya macam ni..” dan
saya tambah sikit lagi “ kau ada?” lalu pelajar tadi gelak sehingga nampak
sebaris gigi ala-ala iklan dalam TV.
Esoknya dan
hari-hari berikutnya pelajar tadi SUDAH MAMPU TERSENYUM bila orang lain
mengejeknya hitam. Kerana dia rasa bersyukur disebabkan yang mengurniakan kulit
hitam itu adalah ALLAH.
Simple je
cerita ini. Tapi bagi saya. Ada pengajaran yang boleh kita kutip.
Back to d
title. Ustazah? Mengapa perlu rasa malu. Mungkin dalam kalangan sahabat2 saya
ramai yang bertudung labuh. Alhamdulillah. Jadi, disebabkan itu..panggilan
ustazah sentiasa meniti di bibir-bibir orang2 sekeliling.
USTAZAH. Bagi
yang bergelar guru, mungkin panggilan itu tiada masalah kerana membawa maksud yang sama
iaitu guru. USTAZAH dalam bahasa arab dan dalam bahasa melayunya maksud guru. Sama
juga konsepnya bila kita sebut syukran = terima kasih. teacher=guru, kerusi=
chair. Bak kata lecturer saya, itu cuma masalah bahasa. Boleh guna yang
mana-mana selagi maksudnya sama.
CUMA yang
jadi isunya bila di sekolah, students akan panggil USTAZAH untuk yang mengajar
bahasa arab, agama islam, syariah, quran sunah n subjek2 agama shja. Dan bagi
yang bertudung labuh juga kena tempiasnya walaupun mengajar subjek sains,
kimia, kemahiran hidup, sejarah,biology dan sebagainya. Panggilan ustazah, apa
yang AWKWARDNYA? Tidak semestinya kita mengajar bidang agama baru boleh
dipanggil ustazah kan?
Itu bagi
yang bergelar guru atau guru praktikal. Tapi bagi yang bergelar doktor, kerani,
peniaga atau siapa2 yang bertudung bulat@ labuh pun sering digelarkan ‘ustazah’
oleh orang2 sekeliling.
Saya juga pernah atau boleh dikatakan selalu dipanggil
macam tu. Masal awal-awal memang saya rasa macam “erghhh, geramnya..”
tapi bila
difikir fikir fikir fikir fikir balik rasa macam “Err, kenapa kita perlu rasa
malu?? Kenapa perlu rasa geram?”
Anggap
sajalah suara-suara mereka itu sedang mendoakan kita yang baik-baik..
Relatekan
dengan cerita di atas. Kisah seorang pelajar yang mampu tersenyum bila orang lain
sedang mengejeknya dengan kita yang dipanggil ‘ustazah’.iaitu panggilan yang
baik-baik.. wallahu’alam :)
No comments:
Post a Comment