Wednesday, October 23, 2013

Ustazah. Kenapa perlu rasa malu?

Bismillah walhamdulillah.segala puji hanya bagi Allah, Khaliq sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas baginda, kekasih Allah.
Al fatihah sadaqah buat bonda dan ayahnda tercinta.

Saya nak kongsi satu cerita.

Tentang students saya yang masih kanak-kanak ribena. Tetapi kanak-kanak ribena itulah tanpa kita sedar begitu banyak memberi pengajaran buat kita yang bukan kanak-kanak ribena ni.

“ cikgu,tengok dia ni..dia panggil saya hitam”

“cikgu, saya Melayu, budak tu panggil saya keling” (ini bukan racist)

“cikgu, kenapa diorang asyik kacau saya, paggil saya gelap..”

Begitulah ayat yang selalu saya dengar. Daripada seorang pelajar tingkatan satu kelas yang saya ajar.

Satu hari saya panggil budak itu. Lalu saya bertanya.

“kalau pelajar lain ejek awak, apa yang awak buat?”

“ Saya ejek la dia balik..diorang bukannya baik sangat..”

Lalu aku pun bagilah sepotong ayat ala2 ayat motivasi gitu..

“haa, kalau awak ejek dia balik, maksudnya awak dan mereka 2 x 5 juga. Cuba awak cakap “terima kasih awak cakap saya hitam. Sebab Allah yang bagi kulit saya macam ni..” dan saya tambah sikit lagi “ kau ada?” lalu pelajar tadi gelak sehingga nampak sebaris gigi ala-ala iklan dalam TV.

Esoknya dan hari-hari berikutnya pelajar tadi SUDAH MAMPU TERSENYUM bila orang lain mengejeknya hitam. Kerana dia rasa bersyukur disebabkan yang mengurniakan kulit hitam itu adalah ALLAH.

Simple je cerita ini. Tapi bagi saya. Ada pengajaran yang boleh kita kutip.


Back to d title. Ustazah? Mengapa perlu rasa malu. Mungkin dalam kalangan sahabat2 saya ramai yang bertudung labuh. Alhamdulillah. Jadi, disebabkan itu..panggilan ustazah sentiasa meniti di bibir-bibir orang2 sekeliling.

USTAZAH. Bagi yang bergelar guru, mungkin panggilan itu tiada masalah kerana membawa maksud yang sama iaitu guru. USTAZAH dalam bahasa arab dan dalam bahasa melayunya maksud guru. Sama juga konsepnya bila kita sebut syukran = terima kasih. teacher=guru, kerusi= chair. Bak kata lecturer saya, itu cuma masalah bahasa. Boleh guna yang mana-mana selagi maksudnya sama.

CUMA yang jadi isunya bila di sekolah, students akan panggil USTAZAH untuk yang mengajar bahasa arab, agama islam, syariah, quran sunah n subjek2 agama shja. Dan bagi yang bertudung labuh juga kena tempiasnya walaupun mengajar subjek sains, kimia, kemahiran hidup, sejarah,biology dan sebagainya. Panggilan ustazah, apa yang AWKWARDNYA? Tidak semestinya kita mengajar bidang agama baru boleh dipanggil ustazah kan?

Itu bagi yang bergelar guru atau guru praktikal. Tapi bagi yang bergelar doktor, kerani, peniaga atau siapa2 yang bertudung bulat@ labuh pun sering digelarkan ‘ustazah’ oleh orang2 sekeliling. 

Saya juga pernah atau boleh dikatakan selalu dipanggil macam tu. Masal awal-awal memang saya rasa macam “erghhh, geramnya..” 

tapi bila difikir fikir fikir fikir fikir balik rasa macam “Err, kenapa kita perlu rasa malu?? Kenapa perlu rasa geram?”

Anggap sajalah suara-suara mereka itu sedang mendoakan kita yang baik-baik..

Relatekan dengan cerita di atas. Kisah seorang pelajar yang mampu tersenyum bila orang lain sedang mengejeknya dengan kita yang dipanggil ‘ustazah’.iaitu panggilan yang baik-baik.. wallahu’alam  :)


 

Template by BloggerCandy.com