Wednesday, August 24, 2011

Mencari kemanisan Ramadhan

credit to k.hala..

Salam'alaik..
Tanpa ku sedari..Ramadhan sudah sampai ke titik2 penghujungnya..
Andai ini Ramadhan terakhirku..
adakah aku tergolong dalam kalangan orang2 yg beruntung?
Astaghfirullahal'azim..
Sempatkah aku mengejar sisa2 Ramadhan ini..
untuk dipenuhi dengan amal ibadat kepadaMu..
ya Rabbul'izzati..
berikanlah aku peluang..
merasai kemanisan Ramadhan kali ini..
mungkin ini Ramadhanku yg terakhir..
izinkanlah diriku..
merasai kemanisan Ramadhan..
Kemanisan Ramadhan..
aku masih berusaha..
mencari keuntungan dalam bulan yg barakah ini..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan di atas kebenaran dan kesabaran”
( Al-Asr 1-3.)

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta. 

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi. 

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar. 







Thursday, August 18, 2011

cinta itu membunuhku..♥



cinta itu..
sungguh susah untuk ditafsirkan..
kadangkala..
bait-bait kata tidak mampu menterjemahkan cinta..
mata manusia terkadang buta..tidak dapat menilai hakikat cinta..
YA Allah..aku jatuh cinta..

cinta itu..
andai mulut bisa bertutur seperti bicara di dalam hati..
pasti mudah seperti memetik jari..
tapi tidak..
tidak sama sekali..

andai cinta itu..
boleh ditanam dan disiram baja..
sudah pasti aku menjaganya..
bagai menatang minyak yang penuh..
tapi sayang..
cinta ibarat pelangi..
yang terkadang datang terkadang pergi..

oh cinta..
tanpa lidah ternyata lebih baik..
tanpa ucapan sayang ternyata lebih manis..
tanpa merindu ternyata lebih indah..
tanpa meluahkan aku nyata lebih bahagia..
Cantik AturanNya..
sungguh cantik percaturanNya..
Ya Allah..aku jatuh cinta..
moga Dirinya adalah imam yang terbaik utkku..

Ya Allah..
Jika dia benar untukku..
dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milikku..
tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMU..


w.n.i.w.m.d  


Wednesday, August 10, 2011

Perkongsian Ramadhan #3

Salam'alaik..

Picture by http://oddzoddy.deviantart.com/



Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Semoga dalam bulan yang barakah ini..dapat kita kuasai ciri2 seperti di atas..amin..


credit to: permatakata


Thursday, August 04, 2011

Perkongsian Ramadhan #2





Marah menyebabkan akal berfikir tanpa kewarasan..


Tipulah andai manusia biasa itu tidak pernah marah..lagi-lagi orang yang hot tempered macam saya..
jadi, saya ingin kongsikan di sini pesanan apabila timbul perasaan marah dalam diri..pesanan ditujukan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian..


Rasulullah bersabda


"Marah itu adalah daripada Syaitan,Syaitan itu ialah daripada api,api boleh dipadamkan dengan air,maka apabila kamu marah, berwudhuklah."
(Hadis Riwayat Al-Imam Ahmad)

Nabi SAW juga bersabda:


"Apabila kamu marah,maka jauhilah orang yang kamu marahi, berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah, jika kamu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah kamu duduk, jika kamu marah dalam keadaan duduk,hendaklah kamu berdiri."


p/s : oke..insyaAllah,bulan yang mulia ini..sama2 kita cuba baiki diri walaupun secara slow2..hehe, pesanan khas utk diri saya.. "kurangkan marah, bnyakkan bersabar.. " keep it up..



Tuesday, August 02, 2011

Perkongsian Ramadhan #1





Alhamdulillah hari ini sudah 2 Ramadhan..
Terpanggil utk saya coretkan sedikit perkongsian sempena bulan yang mulia ini..
sama2 la kita bermuhasabah dan jadikan sebagai peringatan utk dri saya sendiri dan juga utk shbat2 sekalian..

" wahai orang yang beriman, jauhilah daripada banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian daripada berprasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah pula ada daripada kamu yang mengumpat sebahagian yang lain...."
(Al- Hujurat :12)


p/s: Peringatan utk diri sendiri agar tidak mudah berprasangka buruk terhadap orang lain..sesungguhnya bersangka-sangka ialah tergolong dalam penyakit hati..
Lepaskanlah perasaan berprasangka buruk terhadap orang lain kerana tiada yang lebih buruk daripada ditipu oleh firasat sendiri..


Monday, August 01, 2011

Ahlan Wasahlan.. :)



Salam Ramadhan utk semua umat islam diseluruh pelusuk dunia..
pesanan utk diri sendiri dan sahabat2..
semoga bulan Ramadhan ini melatih kita utk lebih bersabar..
berfikiran positif dan berlapang dada..
dan diharapkan pada bulan ini dapatlah sama2 kita 
memperbanyakkan amalan dan saling ingat memperingati antara satu sama lain..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya..


 

Template by BloggerCandy.com