Bismillah walhamdulillah.. berkesempatan lagi bertemu jumaat kali ni..how time flies..
rasa macam baru je jumaat lepas aku rushing ke shah alam.
Perancangannya nak bertolak pukul 3, tapi perancangan Allah lagi hebat.. pukul 3 aku masih tercongok kat Lab, hahaha..
berkemas belum hape pun belum.. beli tiket jam 5petang, tapi 5.50 pm baru ktm sampai.. punyalah penat baru balik lab + kelaparan + ngantuk yang hamaaat...
naik ktm, cadangnya nak sleeping beauty..cadangnya la..
sekali lagi tak kesampaian.. dek kerana seat sebelah adalah foreigner merangkap student postgraduate kimia lab sebelah. Kami berborak panjang tentang research, proposal etc.. dia buka laptop dan minta cadangan penambahbaikan untuk slide presentation dia.. ohohoi.. dengan speaking london ku tak berapa nak betul , tibai je cakap..yang penting paham, ye dok??
okay, kemudian, beliau turun di rawang.. aku pun bahagia lah kengkononnya nak tidur..sambil peluk beg galas ke depan ala2 buat bantal peluk.
baru je nak lelapkan mata, ada adik comel duduk seat kosong sebelah aku,.
Alahai sweet pulak budak ni..
"Adik nama apa? "
"Syakilla"
"Umur?"
"12 tahun..akk nama apa?"
"akk kak zati..nak turun mana??"
"Kajang.."
"oooo..." aku senyum2 sambil ambil posisi selesa untuk melelapkan mata...
tak sampai 2 minit aku tutup mata, tiba2 rasa macam orang landing atas bahu aku..ohohoi.. adik comel ni, elok je parking kepala kat bahu aku.. tidur dengan selesanya sambil peluk lengan aku..
terus tak jadi aku tidur..hahaha.. aku tepuk2 bahunya ala2 ulik dia bagi tidur lena gitu.. **fefeling macam ibu muda
rupanya seat sebelah lagi tu kakak dia.. kakak dia nampak dia landing atas aku, dicubit cubitnya budak tu..
" eh, tak pe, biar je dia tidur kat sini, penat la tu.. takpe2..saya tak kisah.." aku tersenyum bagi isyarat okay..
hhaha..terus segar bugar mata aku wei..dek kerana menjaga kepala adik tu kat bahu aku, risau terpeleot ke hape..sebab tren gegar gegar..aku tahan kepalanya guna tangan.
Sampai stesen kajang..kakak dia kejutkan dia utk turun..Dia bangun segar bugar "SEOLAH OLAH TAK PERNAH TERTIDUR"
dan dia amek tangan aku serta merta terus salam dan cium tangan sambil cakap " Saya doakan akak panjang umur.."
"Allahumma amin, " spontan aku balas sambil senyum.
Allahu..tetiba mataku berkaca.
Pengajaran apakah ini yang Allah nak tunjuk??
budak ni saja2 nak uji aku ke apa?
atau dia memang tak tidur tapi saja2 nak test aku??
Omg..
atau apa ya? hurm..
puas aku fikir2..
dan mungkin bukan untuk saja2..
YA!! Allah hadirkan dia untuk MENDOAKAN AKU
;)
senyum.
Aku yakin ucapan doanya sungguh sungguh.
tetiba aku sebak.
untuk kesekian kalinya.
aku rasa sesuatu.. dalam perjalanan musafir lalu.
hikmah tak tersingkap.
tak terungkap.
Alhamdulillah. bukan senang orang nak doakan kita.