Wednesday, January 29, 2014

"Enti tak malu ke?"

*gambar sekadar hiasan


Kiri, Kanan, Belakang depan..yeah..1,2,3,4 pusing..

1 mesej masuk ke inbox.. Tak kenal pun siapa pengirimnya..

" Enti gedik, tak malu ke?"

Allahu.. *tersembur.tersedak.tercekik!!

Apa yang aku buat? 


-throwback-
Suatu ketika dolu3..Aku jadi AJK aktiviti merangkap urusetia yang handle senamrobic..
Jadinya aku jadi salah seorang insructor yang handle senamrobic ratusan orang..
pergh..macam tak percaya je kan..

Nak jadikan cerita..Bila dapat satu mesej direct yang ketuk kepala macam tu baru nak sedar..
First2 terima memang rasa nak baling henpon kat longkang. *eh, overnya..
Memang benganglah bila dilabel "Enti GEDIK"

OMG.. perkataan gedik sangat2 melampau. Sebab aku rasa aku senamrobik dah macam kayu..tapi tak tahu lah orang pandang aku macamana.. Agaknya pengirim tu lelaki..dan pandangannya menampakkan aku GEDIK..

dan 'Dia' jugak perantara bukak mata aku seluasnya.. Memang tak manislah perempuan jadi instructor senam robic. Astaghfirullah..Moga terampun dosa2 lampau..
Dan mungkin sebab aku dolu3 jahil. Sebab tu Allah pilih seseorang untuk tegur aku..

dan alhamdulillah..
Sehingga hari ini..Bila aku pilih untuk berada dalam jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini..sentiasa ada 'perantara' yang menegur.. sama ada aku kenal atau pun tidak.. sama ada muslimin ataupun muslimat..

dan alhamdulillah sekali lagi..sehingga hari ini..setelah diusulkan,Instructor yang dipilih untuk senam robic semua dah lelaki.. :)

dan syok jugak kena tegur sentap2 ni.. Tercabut tangkai jantung aku..barulah terasa sikit kan..Memanglah mula2 rasa tak boleh terima..Tapi lama2 baru mata ni nampak seluas2nya apa yang ingin disampaikan..
Jazakumullahu khairan jaza buat semua yang menegur secara direct, sentap, terselindung, sindir, dan macam2 cara lagi..Moga ada rantaian saham akhirat buat korang2..
Doakan aku cool and istiqamah selalu..

peace. no. war.. :)



Sunday, January 26, 2014

Jelajah Ho Chi Minh | Part I

In the name of Allah the most Gracious and most merciful.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda s.a.w
Al fatihah buat Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib.. Semoga Allah jaga.Moga pemergian beliau tidak memperlahankan langkah kita untuk terus mara bergerak kerja untuk ISLAM.


Alhamdulillah3..
xterhingga syukurnya.
Melaksanakan program terakhir secara rasmi sepanjang bersidang..
InsyaAllah ada lagi program2 'tak rasmi' akan datang  *ehem, betulkan kerongkong. 


Hari pertama (19jan2014)

Seperti biasa, sebelum bermusafir..niatkan agar nanti aku pulang membawa 'sesuatu'.Bertolak sekitar jam 8 pagi ke LCCT dan fly ke Ho Chi Minh city pada jam 12 tengahari.. Alhamdulillah sampai di sana sekitar jam 2 petang Malaysia, 1 petang Vietnam..

Memandangkan kami akan terus ke destinasi seterusnya, kami bersolat jamak qasar Di Masjid Jamiul Muslimin, di Sai Gon city.. Eh, dah sampai masjid rupanya..? Masjid Hijau ini dijaga oleh golongan minority muslim iaitu masyarakat melayu Champa..



Hanya melalui sebuah lorong kecil..kami mengatur langkah ke menuju ke masjid. 
Muslimin muslimat masuk melalui pintu yang sama..
dan yang menjadi tanda tanya ialah mengapa ruangan solat muslimin di atas dan muslimat di bawah??
juga tempat berwudhu' muslimat longgar privasi..tiada penghadang..
jadinya kami bergilir-gilir menjaga laluan untuk memudahkan muslimat berwudhu'..
Alhamdulillah.. :)

Next destination :
Saigon Notre-Dame Cathedral Basilica
Ini adalah Church terbesar kat sini..
ataupun orang panggil red wall church. sbb dinding luarnya warna merah..

kecik sudah lah gambarnya.. *dan tiba2 lebah dan rama2 hinggap menutupi simbol salib..

Penduduk di sini majoritinyanya beragama buddha doktrin komunis.. Segelintir sahaja beragama kristian sisa-sisa penjajah Amerika..

Next, 
Saigon Post Office. Old post office saigon 1881


**sebenarnya x suka bergambar reramai gini..menampakkan ia 'sempit', 'semput', 'sesak', dan tersedakk.. 

lebih baik begini.. selamat. *acah2 oldskool

Post office yang sangat unique dan menarik..Bukan sekadar menjalankan khidmat 'pejabat pos'.. dalam bangunan ni juga menempatkan kedai2 yang menjual hasil kraftangan asli orang vietnam..seni quilling dah lama rupanya kat vietnam.halus mulus dan kreatif..

dan.
tergantung besar dalam post office ni..gambar president vietnam..

ni lah dia Ho Chi Minh
Sebenarnya baru tahu yang Ho Chi Minh tu nama orang 
=.= * buta sejarah betol..haish..

Sebelum dinner dan check in Hotel, kami singgah di The Community City Hall..Kat sinilah juga ada tugu Ho Chi Minh .. Untuk pengetahuan.. Perdana Menteri vietnam ni sangatlah kasih kat kanak-kanak dan sangat penyayang. Sehinggalah tugu yang dibina itu pun PM Ho Chi Minh sedang memangku seorang kanak-kanak..

*time capture photo pun tetap nak masukkan bunga :p

pelancong2 dari China memakai baju tradisi vietnam. very nice and polite :)


The Community City Hall park sangat2lah cantik.subhanallah.. dipenuhi pokok2 bunga, dan rumput2 menhijau yang dijaga rapi menyebabkan kami excited seketika. :p * eh, 'kami' pulak..

p/s : excited2 jugak..ambik gambar jarak2 sikit..  *peace

to be continue....






Sunday, January 19, 2014

37 wonders ke udara

Bismillah wal hamdulillah..

pandang jam lappy dah 0135..
masih jua jemari riang gembira menaip aksara menjadi tinta..
mencoret sesuatu tentang 'mereka'


"Yang tidak dirancang itu adalah perancangan yang indah"
(Srikandi Nazira, 2014)


JMK-sekali lagi diulang. Jalan Mencari Keredhaan.
dan alhamdulillah sehingga hari ini..
walau ranjau onak berduri (ayat xley blah =.='' )
kami masih lagi tersenyum meniti jalan ini.

Dan tidak lupa Allahuakbar! Alhamdulillah , dengan Taufiq dan HidayahNYA jua, salah seorang 37 wonders (Kak nita) telah memeluk agama ISLAM!! TAKBIRR!! Walaupun kak nita tak ikut..insyaAllah..hati akak kami pinjam bawak dalam bagasi.. :)

oke, untuk yang kali ini, mungkin perlu taip pendek je..
selebihnya nantikan travelog cikmawarbbungo seusai pulang dari 'Kembara Musafir' 
moga beroleh sesuatu.



Hikmah kembara.
selalu ada.
tinggal kita yang mencari galinya.

double check before bertolak
1. Niat
2. Matlamat
3. Tujuan
-done-

*eh, macam lebih kurang je..?

wallahu'alam.Doakan kami selamat di bawah lindunganNYA pergi dan kembali. 
Biiznillah :)





 

Template by BloggerCandy.com