Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah utk kesekian kalinya~

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah the most gracious and most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah s.a.w..




Tangan masih lagi mampu menulis..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya..
sedikit bingkisan..
supaya aku lebih  faham dengan sebenarnya 
erti sebuah syukur dan sabar..
Suatu hari yang damai.. 

Allah gelapkan seketika pandangan..
tetapi Allah luaskan hijab utk aku selami hikmah..

Allah tarik sedikit sahaja nikmat..
tetapi Dia hadiahkan aku berjuta-juta nikmat yang lain..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya

Allah ganti perasaan sulit itu
dengan kemudahan sehingga tiada kurasa secalit perit..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya

Saat tubuh menyembah ke lantai bumi..
seakan terpinga-pinga mencari siapa aku?
adakah sudah menyinggah ke alam yang lagi satu..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya..

Disaat aku memerlukan ibu untuk bertanya itu dan ini..
terpaksa kututup rapi agar tiada gusar di dalam hati..
tetapi Dia datangkan teman bersilih ganti 
menjenguk menasihati mendoakan dan meminpin lengan saat hendak tersungkur..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya..

Disaat kurasakan kaki kaku untuk melangkah..
hadirnya kaki-kaki lain..seiring dengan perjalanan..
biar mengensot..asal sampai ke tempat yang ingin dituju..
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya..

saat tangan sukar untuk digerakkan..
berjuta tangan-tangan yang memapah dan memaut lengan kecil ini..
Adakah dengan segala yang aku dapat itu aku boleh mengingkari lagi segala suruhanNya?
Dengan segala saat indah yang Allah hadiahkan buat aku..
Hanya aku yang rasai..
tidak terkeluar untuk digambarkan dengan kata-kata..
Dengan demikian, tidak layak sedikit pun untuk aku mengeluh dan resah walaupun sesaat..
kerana APA YANG AKU ADA SEMUA MILIK DIA.. :)




 

Template by BloggerCandy.com