Syukur..
tidak tersangka..hari ini masih ada untuk aku memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada sang pencipta..ya Rabbul'Izzati..
masa begitu pantas berlalu..
tanggal 3 , dibulan pertama tahun baru masihi..
banyak..bnyk lgi x stdy..hihi
lagi 2hari memulakan hari pertama final exam..moga Allah permudahkan..
|
at least i've tried |
Study[studyla sgt]..sibuk[sibukla sgt]..terkadang terasa penat..lelah..malas dan sebagainya..
tapi masih juga terasa jari jemari ini ingin mencoretkan sesuatu..
menaip apa sahaja yang jari ini ingin menekan keyboard lappy kesayangan..
moga ada 'sesuatu' yang bermanfaat untuk diriku dan sahabat2..
secara jujurnya..
hati saya rasa x sedap..situasi sekeliling agak mempengaruhi..
dengan bermacam-macam peristiwa yang bagi saya berlaku begitu pantas..
tanpa sempat untuk saya mentafsirkan apa yang sebenarnya berlaku..
bukan niatku tidak ingin ambil tahu apa yang berlaku..tetapi terlalu bnyak informasi daripada pelbagai pihak..
susah untuk saya menilai..
hakikatnya..
kuhanya mampu berdoa..agar al haq tetap menang..:)
(=__=)
okelah..nk cakap psl ape ye..
"fanzuru"
maka lihatlah..
macam tajuk buku Hilal Asyraf je..
maka lihatlah..manusia itu akan memandang apa sahaja di dunia ini hanya dengan 4 pandangan..
pertama.
pandangan mata..yang sering dikatakan pandangan mata itu selalu menipu..
kalau dalam sains kita ada belajar..
field of vision has it's limit..
yes..pandangan mata itu ada hadnya..dan pandangan mata itu boleh dikatakan selalu menipu..
kalau saya nampak jalan raya yang panjang..
terasa semakin jauh jalan itu, semakin runcing yang saya nampak..
hakikatnya..jalan itu tetap sama lebarnya..tidak ada runcing di mana2..
kedua..
pandangan akal..
tidak dinafikan manusia hari ini mengagungkan pandangan akal dan ada yang memutuskan segala sesuatu itu atas logik akal semata-mata.
hakikat akal manusia itu begitu terbatas..
kerana kita manusia biasa..
ketiga.
pandangan nafsu yang selalu melulu..
kadang2..tanpa terkawal..kita mungkin akan terbabas..
kerana nafsu sentiasa mendorong kearah kejahatan..
keempat.
pandangan mata hati..
inilah pandangan yang paling tepat..
pada asalnya hati itu diciptakan bersih dari segala kotoran.bergantung kepada individu yang menjaga dan mendidik hati itu sendiri yang dapat mencorakkannya..
di sini..
ingin saya kongsikan sedikit pengisian yang saya dapat daripada kembara ilmu beberapa hari lepas..
seronok mendengar cerita Abg.Farid..panjang bercerita tentang seorang ustaz yang begitu beliau kagumi..
kalau x silap saya..namanya Ustaz Adam..
Ustaz Adam dilahirkan dengan cacat penglihatan..
dan ustaz Adam pernah bertanya ustazahnya sewaktu zaman belajar beliau..
"Kenapa Allah itu kejam memberikan saya buta.."
lalu ustazahnya menjawab..
" Allah itu tidak kejam kerana walaupun kamu buta dan tidak dapat melihat menggunakan pandangan mata..
tapi kamu lebih beruntung kerana mempunyai pandangan mata hati yang jauh lebih tajam daripada kawan2 kamu yang tidak buta..
kamu tahu bilangan selekoh berapa..kamu tahu berapa bilangan anak tangga..kamu tahu longkang kat mana.."
begitu lah lebih kurang jawapan yang diberikan ustzh beliau..
jika dihayati kisah yang diceritakan abg.Farid,boleh menitis jua air mata ini..
dan sekarang..Ustaz Adam merupakan seorang pensyarah..Subhanallah..
Allah itu maha penyayang..
Usainya kembara ilmu meninggalkan kesan buat diri saya..
ya..walau tak banyak yang saya sempat dengar perkongsian ilmu dari sahabat2..
tapi rasanya terisi juga hati ini..
Alhamdulillah..syukur..masih mendapat nikmat itu..tapi benarlah iman manusia itu ada pasang surut..
ada turun naik..
tinggi rendah..
Hingga ada saatnya..saya terfikir..terkedu..dan terlintas untuk berhenti daripada terus melangkah..
tapi alhamdulillah..Allah masih memilih saya berada di jalan ini..
hanya saya yang perlu berusaha mencari wasilah terbaik agar dapat mendekatkan diri padaNya..
(^_^)
panjangnya saya tulis entry kali ni..
xpelah..
mungkin kali ni je banyak sikit nak cakap..
entah esok lusa sudah tiada kesempatan untuk mencoret lagi diruangan ini..
walau menggunung dosa diriku..
namun masih mengharap pengampunan dari MU..
moga Engkau ampunkan..
Tapi..
seandainya..masih ada hari esok untuk saya..
ingin sekali menghiasi dengan butir2 mutiara iman..insyaAllah..
ingin ku hargai setiap sahabat seperjuangan yang ada disisi..
...it's hard to make people smile..
but at least i've tried..
oke..dah2..nk tutup kata2 saya dengan satu ayat..
yang orang pernah cakap kat saya..
"..x perlu untuk memetik bintang..tapi jadikanlah dirimu bintang.."
syukran..ma'assalamah :)
wniwmd