sekian lama tidak mengupdate blog ni..sgt2 sibuk dengan tugas hakiki sbgai pelajar dan amanah yg dipikul sebagai salah seorg pemimpin..
syukur masih diberi kesempatan dan nikmat yang tak terhitung nilainya..
nikmat utama islam dan iman..alhamdulillah..syukur.syukur.syukur.
Kadangkala terdetik di dalam hati, adakah mampu kuteruskan perjuangan ini?
andainya hari ini aku mampu tersenyum, lebarkanlah senyumanku ya Allah..agar aku mampu utk terus tersenyum sehingga akhir perjalananku..Walau wujud sebesar mana cubaan dan dugaan dariMU ya Allah..
Kadangkala terasa lutut ini rebah ke bumi..Adakah mampu aku bangun kembali?
Jika suatu saat dulu..aku yang memulakan langkah itu..kuatkanlah Ya Allah..agar aku mampu terus mara menghabiskan langkah-langkah seterusnya..
Jika hari ini..tatkala sahabat2ku lemah..
hatiku ingin sekali menjadi pembakar semangat mereka..bangkitkanlah ya Allah..kumpulkan semangat2 mereka..kerana mereka adalah kekuatanku..
ingin sahaja aku menghulurkan tangan untuk membantu..
menghulurkan bahu untuk ditangisi..
Ya Allah..aku tahu..
maha hebat perancangan dari Mu..
maha pemurah nikmat dari Mu
maha sempurna ketentuan Mu..
maha bijaksana ketetapan Mu..
tabahkanlah hati ku ya Allah..
agar aku terus kuat..sehingga ke akhir nafasku..
amin ya Rabbal alamin..
0745
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI