Showing posts with label events~. Show all posts
Showing posts with label events~. Show all posts

Tuesday, January 01, 2013

ke arah lebih osem!


selamat study..
slamat exam..
selamat cuti..
selamat bergerak kerja..
selamat berprogram..
selamat postmortem..
selamat hari lahir..
selamat tahun baru..

tu rutin 365hari tahun lepas..
sekarang dah 2013!!

hoho..sangat la cepat masa berlalu..meskipun aku x ready menghadapi masa itu..detik xakan berkurang walau sedikitpun..tapi akan sentiasa bertambah bertambah dan terus bertambah..
semoga dengan bertambahnya tahun seiring dengan pertambahan amal..
semoga istiqamah menjalani rutin +++ dakwah seiring..++ baiki diri hiasi peribadi..kearah menjadi muslimah lebih baik+ lebih comel+ lebih osem!! (heee..jgn marah..ini blog saya!)

p/s : Life isn't about to find yourself, but its about creating yourself 
(copypaste-credit to penulis)





Monday, December 10, 2012

congratez both of you~

may Allah bless both of you..


my sis..


now,be someone's fiance



 iklan3..peace ^^,

:)

wniwmd



Tuesday, November 27, 2012

MAPIN'12

MAPIN'12
singkatan nama bagi program Mahasiswa Pencetus Intelek Negara atau bahasa mudahnya Baktisiswa Perdana yang menggabungkan 5 kolej di UPSI..22-25 NOV 2012
4 hari berada di Gerik, Perak meninggalkan mcm2 kenangan..3 kampung terlibat dalam baktisiswa ni, Kg.Kerunai, Kg Jong dan Kg. Padang Stang..
saya dan Aisyah, pelajar dari Kolej Za'ba berkongsi mak angkat..Kami tinggal kat Rumah Warisan, Kg Kerunai..




Menjejakkan kaki ke rumah warisan..mata x berkelip..tengok rumah cantik..macam penah tengok rumah tu..rupanya rumah ni penah jadi lokasi pengambaran Sebelum Aku Mati..n bnyak lagi crita lain yg aku x tahu..


bagi aku rumah ni unik..cantik.. :)


hehe..bertuah boleh jadi anak angkat kepada pemilik umah ni :)

2nd day..

pagi2 dah p lawatan ke IKS..buat sos cili..

ni dia punya tokey sos cili..



mula2 masak sos ni..


hampir masak..

ni dia bahan pengawet yg dibenarkan


sempat jugak tagging botol2 sos ni sume..





makcik tu baik hati hidangkan kami keropok and sos yang telah siap dimasak tadi..

petang hari ke2..rewang ayam golek..ayam golek kat sini bukan macam biasa..masak dalam kawah..ala2 masak lemak cili api..marvellous..yummy


3rd day kat sana
pagi - mini karnival kat padang kg jong..aktiviti dimulakan dengan kempen 10000 langkah..jalan kaki ramai2..sampai x terasa dah jalan jauh tu..then sambung dengan senaman ringan..


kat sana khar kena handle bengkel Quilling..
best jugak buat benda ni..dapat sambutan menggalakkan daripada makcik2 and adik2 yang berminat dengan kraftangan ni..

ni aku punya..tak siap lagi..

ni azrin yang buat :) kreatif..

hari keempat juz majlis penutup..before balik, amek gambar kenangan dengan mak angkat dulu..




salam peluk cium mak angkat..x sangka mak angkatku menitiskan airmata perpisahan.. T_T huhu..really miss my mum kat kg !
okelah..nk tutup tirai dulu..assalamualaikum wbt..have a nice day!

wniwmd

Thursday, August 09, 2012

Mahabbatur Ramadhan melabuhkan tirai


"Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini..saya merasmikan maslis perasmian penutupan program Mahabbatur Ramadhan.." ayat familiar pengetua utk perasmian apa2 program..hihi

Sedar x sedar, program Mahabbatur Ramadhan sudah melabuhkan tirai semalam..Program yang berlangsung dari 21 julai sehingga 8 Ogos 2012 sangat2 bermakna dan penuh pengisian dapat dijalankan dengan jayanya..
Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga..Atas pertolonganNYA jualah kami selaku AJK pelaksana mampu menjalankan amanat sepanjang program ini berlangsung..

adoii..macam laporan berita dah aku punya blog ni..

Apa2 pun tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua AJK pelaksana program yang bertungkus lumus sepanjang program ini..

Sedikit petikan dari Ceramah Penutupan malam tadi yang bertajuk "perginya Ramadhan"

Masih berbaki 10 malam terakhir dibulan Ramadhan..manfaatkan dengan amal ibadat sebaiknya..




Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:
 “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
hadith ni aku dah tulis dalam entry sebelum ni..
tapi ustaz tu cakap lagi sekali hadith ini..
jadi aku sampaikan sekali lagi buat peringatan kepada diri sendiri yang sering lupa..
moga sama2 meraih sebanyak mungkin pahala pada bulan yang mulia ini..
banyakkan zikir, qiam, tadarrus, khatam Alquran..sedekah..ziarah sahabat2..usrah dan sebagainya..
Allahurabbi..moga tidak tergolong dalam kalangan hambaMU yang rugi..amin..

p/s :Selamat beribadat..ampun dan maaf atas segala kekasaran bahasa..kepada kakak manis..zati mintak maaf..zati tahu akak bergurau :)

Thursday, February 09, 2012

cuti2 @kedah..

Bismillah walhamdulillah..
Syukur atas nikmat islam dan iman..

Alhamdulillah sekali lagi..
ats peluang yang Allah berikan untuk mengikuti Rehlah bersama adik2 matrikulasi dan juga Alumni2 KMK..rndu sungguh KMK..rndu roomate2 tersayang..Lin, Syaza, Fara..dan juga kawan2 seperjuangan QG..


hari pertama..                           
pegi umah besfren..akhirnya smpai jugak kat umah Asilah kat sungai Pau, Sik.
Macam mimpi lak rasenya..

tanggal 3 Feb 2012

hari ke 2 di kedah..
Rehlah bersama sahabat2 matrik kedah..hari ni rehlah utk muslimah..niat dihati ingin bermandi manda..
tempat : lata Mengkuang, Sik.
Subhanallah..maha cantik ciptaan Allah, air terjun yg sgt cantik.. :)
tapi x sempat nk mandi sebab cuaca tidak mengizinkan..
apa lagi.. ambik gmbar jela..





petang  : singgah sebentar di ladang anggur Tasik Beris..subhanallah..
x percaya ada anggur kat kedah..

ni Tasik Beris..
cuaca gelap coz hari nk hujan..


tapi sempat je lagi mereka2 ni posing..hehe  >_<

subhanallah..subhanallah..
haa..ni bendang ayah k.hala..
sebelum balik tg.Malim..singgah dlu merenung sawah padi yg menghijau..


p/s : cuti2 yang cukup bermakna..kenangan manis bagi saya..kepada kak halawati dan family..syukran jazilan kathiran kerana tumpangkan zati kat rumah..terima kasih bawak zati jalan2..makan angin..makan2..pusing2..rasa terubat rindu kat kampung..halalkan smua makan minum..insyaAllah..ada rezeki sampai lagi zati ke sana.. :)


Tuesday, September 13, 2011

kutitip doa buatmu..


Assalamualaikum..hari ke 2 kuliah..jadual full..
nway,nk jgak mencoretkan short entry kat sini..
hihi..Adik bongsu saya UPSR hari ni..jadi..hanya mampu doakan dari jauh..moga2 dia dapat jwb dgn tenang n dpt apa yg dihajatkan selama ini..ameen Ya Rabbal alamin..best of luck dik..

Salam sayang dari kakakmu..
-wniwmd-

Friday, May 27, 2011

sanah helwah :)



Berlalu sudah tanggal 25 Mei 2011..
diriku masih dipanjangkan umur..
genaplah 20 tahun usia aku..semakin dewasa aku rupanya..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi aku ksmpatan merasa nikmat2Nya yang tidak mampuku hitung nilainya..

Terima kasih buat bonda tersayang..kerana melahirkanku ke dunia..Terima kasih kepada ayahnda tercinta,menjaga dan mendidikku sampai sekarang..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..

Seperti biasa..apabila sampainya tarikh besday aku..mesti ramai kawan2..family yang wish.. “semoga panjang umo n dimurahkan rezeki....” 
ameen..ameen..ameen..:)
masih ramai yang mendoakanku rupanya..syukran ‘alaik
Sedar x sedar..ada juga yang mengingatkanku 
“ selamat pendek umur...”
 thanx kepada shamim n beberapa lagi sahabat2 lain yang mengingatkan aku...
mungkin aku dan sahabat2 lain tidak sedar bahawa inilah hakikatnya..
semakin bertambah usiaku semakin berkurangla umurku..

Apa2 pun..ku panjatkan doa kepadaMu Ya Rabb..
moga diriku istiqamah dijalanMU..
moga Hidupku Dilimpahi RahmatMu..
dan semoga bahagia menjadi peneman dunia dan akhirat..
ameen..

Wallahu’alam.. 




Monday, May 16, 2011

selamat hari guru..


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". 
(Riwayat al-Tirmizi)


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari guru kepada ibunda tercinta,teacher mira, semua cikgu2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung dari saya kecik hinggala skrg ni yg masih x besar2..kepada bakal2 cikgu iaitu ditujukan khas untuk diri sendiri dan rakan2 seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris..Selamat hari guru..teruskan usaha dan semangat untuk menjadi seorang guru bitara..InsyaAllah..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa..
(Usman Awang)

Jasamu guru akan ku kenang hingga ke akhir hayat..hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa cikgu-cikgu sekalian..Saya hanya mampu menadah tangan memohon doa agar hidupmu guru diredhai dan sentiasa dibawah lembayung RahmatNYA..


Wednesday, May 04, 2011

sematkan dihati terkesan dijiwa..



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur kerana masih lagi diberi nikmat islam dan nikmat iman..
masih lagi diberi kesempatan menaip bait-bait kata sekadar meluahkan rasa berkongsi cerita..
Tiga hari dua malam menyertai kursus kepimpinan di Kem Rimba Tamu amat meninggalkan kesan kepada saya.. Meskipun pada awalnya, jujur saya katakan agak berat hati saya untuk menyertai kem seperti ini..Lagi-lagi cuti semester sudah pun bermula..penangan rindu untuk balik kampung amat kuat..namun, setelah berakhirnya kursus ini, at least saya dapat sesuatu..sesuatu yang dinamakan ilmu..sesungguhnya.."Ilmu itu boleh datang dari pelbagai cara " teringat pesan YDP..tidak semestinya hanya mengadap buku 24 jam dan hanya masuk kelas semata-mata..

so, saya pun betulkan mindset awal2 lagi..untuk kutip seberapa banyak ilmu..kerana ilmu dah ada depan mata..why kita nk sia2kan..btul tak..?walaupun at the end kursus ni..bukan semua ilmu yang kita kuasai..tapi sekurang-kurangnya kita belajar..
"Apa-apa pun yang kita lakukan bergantung pada niat.. " 
pesan abang Abu menguatkan lagi diri saya untuk membetulkan niat supaya kem yang saya pergi bukan hanya dapat penat dan letih..tapi adalah suatu platform utk saya menuntut ilmu dan juga menimba pengalaman..
"Guru yang paling baik adalah pengalaman..." 
pengalaman yang baik boleh dijadikan pedoman utk kehidupan masa-masa akan datang..
pengalaman yang buruk itu boleh dijadikan sempadan utk penambahbaikan..

walaupun kursus ini sudahpun berakhir dgn selamatnya..
tapi ia merupakan suatu permulaan untuk kami semua terus melangkah dan terus maju.. InsyaAllah..
onesly..sy suka dengan objektif utama kursus ini iaitu untuk menjalinkan dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami..sbb sy yakin..tanpa ukhuwah yang kuat..sesebuah organisasi tidak mampu untuk berdiri..

betullah apa yang orang selalu kata bahawa ukhuwah itu sangat indah..dan hubungan kasih sayang itu sangat kuat..dengan adanya sahabat2 yang sentiasa menyokong..berbekalkan semangat yang tersisa..insyaAllah saya Mampu..Overally, w'pun kursus ini nampak simple tapi ia akan terus tersemat dihati dan terkesan dijiwa..

p/s : kepada sahabat-sahabat seperjuangan..moga ukhuwah kita tidak akan berakhir setelah usainya kursus ini..biarlah ia kekal abadan abadaa..



Tuesday, April 12, 2011

MAPSI '11

Assalamualaikum wbt..

First of all, alhamdulillah..syukur x terhingga dan for surenya memang lega sgt2..akhirnya selesai juga program MAPSI’11 ( Matematik penggerak revolusi ) setelah menghadapi pelbagai rintangan dan cubaan..dpt juga berjalan dengan jayanya..Rasanya ini adalah program last yg saya involved untuk sem ni.. Yang baik itu datang dari Allah, dan segala kelemahan itu juga dari Allah tetapi disandarkan pada diri saya..moga untuk program akan2 datang saya dapat improvekan apa2 yg ptut..

Oke, x nk ckp bnyak..tgk gmbr je la..wpun x byk..

unit urusetia..



LDK

3 sekawan

AJK logistik..

Chicken dance..

jogging..smbil tepuk2 sayang..

apa yg penting..kerjasama..

2nd day kat sana..
math race..
terbaeeekkk !!


okela..x bole berblog sgt..da x byk masa dah..

Akhirul kalam..mohon doa sahabat2..agar saya boleh jawab final xm dengan tenang..InsyaAllah..moga kejayaan milik kita bersama..ameen..

P/s: students UPSI, AT 16 khususnya..Best Of Luck!!



 

Template by BloggerCandy.com