Thursday, August 09, 2012

Mahabbatur Ramadhan melabuhkan tirai


"Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini..saya merasmikan maslis perasmian penutupan program Mahabbatur Ramadhan.." ayat familiar pengetua utk perasmian apa2 program..hihi

Sedar x sedar, program Mahabbatur Ramadhan sudah melabuhkan tirai semalam..Program yang berlangsung dari 21 julai sehingga 8 Ogos 2012 sangat2 bermakna dan penuh pengisian dapat dijalankan dengan jayanya..
Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga..Atas pertolonganNYA jualah kami selaku AJK pelaksana mampu menjalankan amanat sepanjang program ini berlangsung..

adoii..macam laporan berita dah aku punya blog ni..

Apa2 pun tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua AJK pelaksana program yang bertungkus lumus sepanjang program ini..

Sedikit petikan dari Ceramah Penutupan malam tadi yang bertajuk "perginya Ramadhan"

Masih berbaki 10 malam terakhir dibulan Ramadhan..manfaatkan dengan amal ibadat sebaiknya..




Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:
 “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
hadith ni aku dah tulis dalam entry sebelum ni..
tapi ustaz tu cakap lagi sekali hadith ini..
jadi aku sampaikan sekali lagi buat peringatan kepada diri sendiri yang sering lupa..
moga sama2 meraih sebanyak mungkin pahala pada bulan yang mulia ini..
banyakkan zikir, qiam, tadarrus, khatam Alquran..sedekah..ziarah sahabat2..usrah dan sebagainya..
Allahurabbi..moga tidak tergolong dalam kalangan hambaMU yang rugi..amin..

p/s :Selamat beribadat..ampun dan maaf atas segala kekasaran bahasa..kepada kakak manis..zati mintak maaf..zati tahu akak bergurau :)

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com