Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

HUDUD bukan untuk orang PAS




Pelaksanaan hudud di kelantan..Saya kira sudah selesai isu ini..
namun, agak kurang enak bila terdengar suara2 yang menyalah anggap bahawa hudud ini untuk orang PAS.. 
eheh! lawak. 

Memetik kata2 Datuk Paduka Marina Mahathir beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan,dan menyatakan dengan terlaksananya Hudud akan memecah-belahkan masyarakat.ohohoi..Memecah belahkan masyarakat tang mana? Hudud dilaksana untuk merawat penyakit2 yang menular dlm masyarakat,masyarakat yang makin tenat!! bukan sekadar hukuman semata.Hudud bukan undang2 orang PAS. Hudud undang2 Allah! kena faham itu.

Bukan mileage politik utk kerajaan kelantan! 
kesungguhan itu hanya datang dari kerajaan kelantan ..kalau sekalipun Umno mahu laksanakan Hudud silakan! tapi ramai yang menentang bukan?

Kalau kita faham, Malaysia mengamalkan sistem federalism..ade dua kuasa yang ada iaitu peringkat persekutuan dan negeri.. dan kalo lah pringkat prsekutuan tak setuju berkaitan satu undang2.. maka ia akan dihapuskan.. So, how about Hudud di kelantan?

Islam sebagai agama negara agama persekutuan! 
dan yang kita nampak sekarang ialah sekularism semata! 
lalu apakah yang dikatakan islam sebagai agama rasmi itu? dengan membenarkah pesta arak itu kah? dengan kelulusan mahkamah bahawasanya pondan boleh berpakaian wanita itu kah? ITU KAH? yang dikatakan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi.

ISLAM is not only a religion, Islam is DEEN.. the way of life.
maka selepas ini apa lagi penyakit masyarakat akan timbul?

Memetik kata2 Tun Mahathir dalam komen beliau tentang hudud! Hukuman itu perlu bersifat adil.
Adehh.. rupanya beliau tafsirkan adil itu sama rata. sedangkan maksud adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Bala Allah menimpa keseluruhannya, tak kira baik atau jahat orang itu..nauzubillah
Dan Banjir dikelantan.. petandakah itu?
Moga Allah ampunkan dosa2 kita..dan melindungi ahli keluarga, sahabat handai, sedara mara di kg dan seluruh rakyat yang ditimpa banjir.. Moga terus kuat



Sunday, January 06, 2013

Al Qassam pencinta syahid!



Allah..ghayatuna..
Ar-Rasul qudwatuna..
Al-Quran dusturuna..
al-jihadu sabiliuna..
Almautu fi sabilillah..
Asma amanina..
Allah adalah tujuan kami..
Rasulullah..teladan kami..
Al quran pedoman hidup kami..
jihad adalah jalan juang kami..
mati dijalan Allah adalah..cita2..kami tertinggi..
(sila nyanyi dengan melodi shoutul harakah )


Gaza..jihad mereka mengangkat senjata.. Syahid cita2 mereka..Takbir!! AllahuAkbar..

Kita di Malaysia..hnya bersenjatakan doa untuk mengiringi mereka..itu pun yang kasihkan saudara seagama..alhamdulillah..ada yang masih cakna isu ini, ada yang mengumpul dana untuk mereka..ada yang sampai ke Gaza untuk menghulurkan bantuan..Allahurabbi..moga Allah nilai usaha murni mereka..

Gaza yang digeruni tentera zionis..
Biar Israel dengan Shayetet 13 nya..
Gaza ada Al Qassam !!
Tentera yang berani mati dan pencinta syahid..Pemilihan tentera Al-Qassam bukan sewenang-wenangnya..

Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.
Bakal pejuang juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajjud setiap awal pagi. Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang tapi juga untuk memastikan setiap langkah mereka sentiasa dirahmati Allah. Allahurabbi..

Lagi..
Setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka adalah terdiri daripada golongan2 profesional, guru dan penuntut universiti..
Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam hingga pagi. 

Allahurabbi..tentera hebat yang mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin..
mampukah kita menjadi seperti mereka..?? tepuk dada tanya iman..


p/s : contohi peribadi tentera pejuang islam..jom !! koreksi diri..kearah menjadi muslim yang lebih baik.. J




Thursday, December 13, 2012

PRU 13 : Masa depan Islam ?


In the name of Allah, the most gracious and most merciful..
Wacana perdana 11..video ni dah lama lepas..tapi saya baru tengok..
jomlah tengok sekali..menarik!!buka minda..apa komen anda itu terpulang..





point dari panel..
1. Dr Fadzli
2. Ust Fathul Bari
3. Dr MAZA
4. Dr Ridhuan Tee

**agree to disagree?
** kalau nak cerita tentang agama, perlu keluar dari kepompong politik?betul ke?
**menegur pemimpin terang-terangan?
**dakwah dan politik
**perselisihan atau perpecahan?
**semangat assabiah.assabiah..assabiah
**royalti patutkah diberi kepada kelantan??
**ukhuwah perlu merentasi parti
**perpaduan vs keadilan
**bersatu parti tegakkan agama?
**isu aqidah


p/s : ini first entry psl politik..pandangan masing2 berbeza..yg baik ambillah..nilailah dengan ilmu dan mata hati..mohon jgn semberono judge setiap apa yg disampaikan..wallahu'alam bissowab..xde ilmu xleh nak jawab..





 

Template by BloggerCandy.com