Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur kerana masih lagi diberi nikmat islam dan nikmat iman..
masih lagi diberi kesempatan menaip bait-bait kata sekadar meluahkan rasa berkongsi cerita..
Tiga hari dua malam menyertai kursus kepimpinan di Kem Rimba Tamu amat meninggalkan kesan kepada saya.. Meskipun pada awalnya, jujur saya katakan agak berat hati saya untuk menyertai kem seperti ini..Lagi-lagi cuti semester sudah pun bermula..penangan rindu untuk balik kampung amat kuat..namun, setelah berakhirnya kursus ini, at least saya dapat sesuatu..sesuatu yang dinamakan ilmu..sesungguhnya.."Ilmu itu boleh datang dari pelbagai cara " teringat pesan YDP..tidak semestinya hanya mengadap buku 24 jam dan hanya masuk kelas semata-mata..
so, saya pun betulkan mindset awal2 lagi..untuk kutip seberapa banyak ilmu..kerana ilmu dah ada depan mata..why kita nk sia2kan..btul tak..?walaupun at the end kursus ni..bukan semua ilmu yang kita kuasai..tapi sekurang-kurangnya kita belajar..
"Apa-apa pun yang kita lakukan bergantung pada niat.. "
pesan abang Abu menguatkan lagi diri saya untuk membetulkan niat supaya kem yang saya pergi bukan hanya dapat penat dan letih..tapi adalah suatu platform utk saya menuntut ilmu dan juga menimba pengalaman..
"Guru yang paling baik adalah pengalaman..."
pengalaman yang baik boleh dijadikan pedoman utk kehidupan masa-masa akan datang..
pengalaman yang buruk itu boleh dijadikan sempadan utk penambahbaikan..
walaupun kursus ini sudahpun berakhir dgn selamatnya..
tapi ia merupakan suatu permulaan untuk kami semua terus melangkah dan terus maju.. InsyaAllah..
onesly..sy suka dengan objektif utama kursus ini iaitu untuk menjalinkan dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami..sbb sy yakin..tanpa ukhuwah yang kuat..sesebuah organisasi tidak mampu untuk berdiri..
betullah apa yang orang selalu kata bahawa ukhuwah itu sangat indah..dan hubungan kasih sayang itu sangat kuat..dengan adanya sahabat2 yang sentiasa menyokong..berbekalkan semangat yang tersisa..insyaAllah saya Mampu..Overally, w'pun kursus ini nampak simple tapi ia akan terus tersemat dihati dan terkesan dijiwa..
p/s : kepada sahabat-sahabat seperjuangan..moga ukhuwah kita tidak akan berakhir setelah usainya kursus ini..biarlah ia kekal abadan abadaa..
al ilmu bila amalin kassyajarin bilas samarin
ReplyDeletejangan lupo teruskan semangat tu lepas abih kusus
tq cemomoi..
ReplyDelete