Tuesday, June 28, 2016

Moga Allah sembuhkan hati

Bismillah.

23 Ramadhan 1437H /28 Jun 2016

Tak sangka post aku yang lepas, juga cerita sedih. agaknya yang sedih2 jelah aku post kan?
ok hari ini, dengan izinNya juga aku dapat siapkan post ini. setelah tulis dan padam, tulis dan padam maka aku pilih tulis dan Siapkan.

Tajuk aku dah tulis siap2 kat atas tu boleh ulang baca. Isu kali ni isu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas terik matahari yang menyilau dan kemilau.. haa, amek kau peribahasa aku edit kasik hiperbola sikit.

All about posting.

Aku sebenarnya takdelah niat nak menulis panjang2 kat blog ni.. tapi malam ni tangan macam laju pulak taknak berenti daripada papan kekunci ni haa..

so, ada beberapa perkara untuk aku abadikan kat blog ni..

* Ya, sebagai graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda PENDIDIKAN, surely ; absolutely, seriously, tak tipuly akan mengharapkan kerjaya sebagai guru/ cikgu! terasa wei nak jadi cikgu..sebab tu kami amek pendidikan 4 tahun.. bukan pendidikan ekspress DPLI atau KPLI atau GSTT atau apa2 lah lagi.. dan secara jujur dari lubuk hati yang paling dalam kami teringin bebenor nak jadi cikgu. tak gitu yob? jiwa ni haa berkobar kobar nak marking paper, nak ajar fotosistesis nak PJK sekali student..  haha. (Walaupun hakikatnya bila kau dah jadi cikgu barulah kau terhegeh hegeh nak komplen macam2 dalam fesbuk ; cikgu bizilah, cikgu banyak kerja lah penatlah dan sebagainya) .. belum masuk lagi yang posting jauh2..pjj bagai tuh..Tapi dalam hati tetap nekad juga berharap untuk jadi cikgu.

okay sebenarnya faktor mak ayah juga. mereka nak tengok anak dia pegang kapur kat papan hitam.haha.

* tiga kategori keputusan pada 'zaman kami' . pertamanya lulus cemerlang- pergh pergh pergh. Big clap kepada beberapa yang lulus cemerlang dari ratusan ratusan (aku highlightkan fakulti sains matematik)
kedua kategori calon simpanan. calon simpanan ni akan bila bila masa diposting kan.. kena ready Jasmani , Emosi, Rohani dan Intelek..haa, tudiaa habis JERI aku keluar dah.. dan kategori ketiga Adalah Gagal bertauliah.. Yang gagal bertauliah ni pendek katanya di liquidkan dari list guru..

bila baca kategori di atas, mesti meng kome meng kome fikir.. REZEKI.

Ya, nampaknya fikiran kita sama..All about REZEKI.. Bila namanya rezeki, ada yang cepat ada yang lambat, ada yang tak 4 flat dah awal2 lulus jadi cikgu, ada yang 4 flat pun Gagal juga macam aku.
1) Rezeki Allah bagi terus
2) Rezeki Allah simpan dulu
3) Rezeki Allah ganti dengan yang lebih baik atau berganda ganda baiknya.

* Allah itu maha tahu sedang manusia itu belum cukup tahu atau pura pura tidak tahu. Dan aku perasan, kawan2 seangkatan aku semua tahu pasal rezeki dan aku nampak semua berlapang dada dan berhati kental..kan ? terbaiklah kome

Cuma, biasalah tu kadang2 kita rasa nak nangis, keciwa, sebak, duka lara, haru biru, pedih hempedu, ter emosi, terluka, ter meraung seketika. Dalam hati sangat terluka..kan? kan? cuma kadang2 ada yang memilih untuk berdiam, senyum, pendam dan lupakan. Tak boleh nak cerita. Sebab 40 kali cerita pun takdak sapa yang paham. kecuali satu kamu jangan lupa, kamu adaTUHAN!!

kau simpan sebak tuh dalam hati kau dalam dalam.. kau bangun malam malam.. kau sujud panjang panjang.. kau nangislah sedu sedan..

FUHHHHHHH.. kau akan rasa aman, tenang, tenteram.

Then, kau akan berbalik balik ke konsep rezeki tadi kan??
Nice, Manusia hidup bertuhan, walau nangis sampai lebam, Dia akan balik ke pangkal jalan. selagi tersisa IMAN. dan aku yakin, bakal2 cikgu yang digagalkan tak selamannya digagalkan. ADA JALAN insyaAllah..

"Tak kuat wei.. aku tak kuat.."

"Zati aku rasa loser..adik2 posting dulu"

"Zati, nak minta ayat semangat..."

"Aku nak pinjam bahu boleh?? aku tak boleh buka FB.. sini sana pasal posting.."

Semalam ada beberapa kawan mesej aku.. Mungkin mereka sangka Aku kuat! *mungkin
hakikatnya Allah pinjamkan aku rasa kuat.. dalam hati aku biarlah rasa itu menjadi rahsia yang aku tutup rapat2..

Ya, sekali lagi post post Facebook mengusik dan mencuit jiwa2 kita.. posting , guru, Tahniah, dsb menjadi ayat2 yang cukup sensitif, sehingga kan ada segelintir berkeputusan untuk tidak post apa2 berkaitan posting untuk menjaga hati kawan2 yang belum dipanggil posting.. Allahuakbar, mulia sungguh niatnya.

dan aku tak cakap yang update status kat facebook tu tak mulia..tidak sama sekali.. Kita Raikan khabar gembira itu.. Moga Allah lapangkan urusan mereka..berdoa yang baik2 untuk mereka.

dan update khabar gembira di fesbuk itu hak mereka.. sebagaimana hak mereka ketika meng update makanan, pakaian, kereta, selfie, gambar anak, gambar kawen dan etc.. ADIL kan?

tak perlu caci maki mereka yang gembira. DOAKAN. itu sebaik baiknya.. Moga kita juga dilapangkan urusan :)


Fuh, tadi konon nak taip sikit, ter panjang pula membebel bebel kat sini..

Oh ya, sekarang bulan Ramadhan.
Bulan berkat,
bulan diangkat doa doa
bulan dimakbul permintaan
bulan didengari rintihan

Jom, Taqarrub.
Kembalilah BERTUHAN.

nak mintak posting cepat pun boleh. Allah maha mendengar dan DIA mengetahui APA YANG KITA LANGSUNG TAK KETAHUI.

wallahu'alam.
sekian bebel bebel hari ini.

**Yang ISMP digagalkan haritu..jom siap2.. Awal januari Tahun depan kita posting.. Cun, sekali dengan buka sekolah. :)


_wniwmd
Moga Allah sembuhkan hati.





Tuesday, April 05, 2016

Belum cukup kayu ~



Aku ingat tulisan aku dah mati.. Ya, lama aku tidak mencoretkan sesuatu.. lama aku tinggalkan menulis di ruangan kecil teratak ini.

malam ni, mata terasa segar..izinkan aku catat sedikit kata untuk aku kenang bila2..

"Hanis..aku ter nangis.. TER wei..TER.. tak sengaja pun.."

" Aku nangis bawah meja lab, sampai ter muntah!"

" Aku ingat hati aku dah cukup kayu..rupanya masih tisu..."

mesti korang cakap aku cengeng!! manja.. gedik. Its okay. aku boleh kunyah, telan dan hadam sampai lumat. 

YA! Of course rezeki masing2.. belum masanya rezeki untuk jadi cikgu. ya, belum masanya Ma Abah.. jangan tanya lagi bila nak ada interview kali kedua.. Atie xde jawapan.. serius xde jawapan..

Sebenarnya, masa dapat keputusan gagal dulu. Aku tak tumpah langsung air mata. Mampu rasional. Mampu berfikir dengan akal dan iman. Mungkin sedih kalini lain macam sikit.. Bercampur macam2 rasa..plus ABC tu yang emosi tak berapa nak normal..akhirnya aku ternangis jua.. sekali lagi aku ulang., TER nangis je.. aku tak sengaja..

kepada yang berjaya posting.. Alhamdulillah 'ala kulli haal..
selamat berkhidmat di medan pendidikan.

Jadi murobbi terbaik. Dimana dicampakkan moga terus cekal menabur bakti, menyebarkan dakwah, menyuburkan jemaah. 

Kepada yang dapat posting, tapi masih confuse untuk pergi posting,masih dilema memilih posting atau belajar..Aku doakan, semoga dilapangkan dada untuk buat keputusan. aku bukan siapa2 untuk mempengaruhi keputusan kamu. Hanya mampu selitkan dalam setiap doa moga dipermudahkan jalan untuk apa sahaja keputusan yang terbaik. Ya, apa sahaja keputusan InsyaAllah aku terus menyokong dari belakang.. (ohohoi, sejak bila aku macamni *omg)

Untuk sesiapa yang gagal iv macam aku.. InsyaAllah, #ISMPtuntutposting !! Jangan bazirkan masa. Habiskan apa yang ada depan mata. Gunakan peluang sebaiknya. 


"tak dapat jadi cikgu kpm, jadi cikgu sepenuh masa untuk anak2.. haha "
wniwmd


senda pagi **


:) chill. Rezeki maha luas,


Teratak berhantu.
0109




Wednesday, October 14, 2015

Mind #1

Bilik 24 jam.
Aircond sangat menggigit. Rasa macam tubuh disengat sengat kesejukan..
Taufiqah capai pen pilot warna hitam.. Buat checklist kerja yang perlu disetelkan. 
.
.
.
Tangan shaking.
tulisan berubah jadi cakar ayam.. (bukan sebelum ni sudah cakar ayam ke?)
pen jatuh ke lantai.
kejap aku tunduk mengambil pen, handphone di riba jatuh ke lantai juga..
retak skrinnya..

MasyaAllah.
Tangan aku terketar lagi.. sejuk sangat aircond nya.. Walaupun dah sarung sweater, masih menggigit hingga tulang..
.

Hamba Allah datang menghampiri.
tinggikan nada denganku..ouh, aku tak perasan waktu handphoneku jatuh, tertanggal wayar headphone dari telefon bimbit.. lagu yang aku play jadi loud speaker..

dalam hati aku cakap.

' tak perlu tengking, 
jarak kita kurang semeter,
dan 
aku punya dua telinga yang mendengar'

ku akui juga salahku.
cepat cepat tangan mematikan lagu..~


huh!
manusia. cepat sungguh melatah.

Tuesday, September 08, 2015

Please take care of yourself..."

" please take care of yourself,
with,
or
without me...."

tangan Taufiqah shaking...handphone terlepas dari genggaman. hempap ke lantai..
Ya Allah, macam mana nak bawak motor ni..?
tangan terketar ketar...
masyaAllah. ATufiqah duduk sebentar. pandangan terasa kuning..
"Aku dah nak mati dah ke Ya Allah..?"

Air mata laju gugur.
Masyaallah lemahnya aku. ujian kecil pun nak nangis. cengengnya!
Taufiqah sarung juga helmet putih ke kepala, bawa juga motor perlahan lahan mengenangkan ada tugasan yang belum selesai. Pasti muridnya sedang menanti2 Taufiqah datang mengajar petang ni.. Tak mungkin dia menghampakan harapan anak kecil itu untuk menadah sedikit ilmu.

Gagahkan juga..
40km/h shja.. slow yang amat. Dia akur.. Tiada kekuatan kecuali kekuatan yang dipinjamkan kepadanya.

.......

7 Sept 2015



Tuesday, August 25, 2015

"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...."



"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...." Tanya cikgu Rabiah.

Maka, ramai lah kwn2 aku yang angkat tangan. Masa tu darjah satu, semua bercita cita nak jadi cikgu. Tapi aku tak angkat tangan pon, sebab konon konon masa tu nak jadi Doktor.. (haha, lawak plak rasa).

Bila naik darjah 4 buat karangan Bahasa Melayu, aku tukar cita-cita pulak.. tulis nak jadi pensyarah pulak. (Padahal masa tu, kurang pasti apakah sebenarnya yg dinamakan pensyarah? )

Then, bila darjah 5, rasa macam nak jadi Chef.. sebab sokmo duk tengok buku resepi..

Darjah 6, sebelum berpisah dengan kawan2.. masing-masing mintak tulis biodata.. dalam tu cita-cita aku Pensyarah balik.. (kali ni dengan kefahaman bahawa pensyarah itu yang menjadi target) - konon2 nya. *berangan

Sekolah Menengah aku tak sure apa aku nak jadi.. yang aku tahu, aku kena score utk PMR dan SPM.walaupun SPM aku takde lah perform sgt!  :p cukup2 makan je.
dapat A beberapa ketul je..
.....
Then, masuklah matrik dengan kursus Sains Hayat.
Ber BIO lah aku selama setahun.. kat matrik lah aku suka bio sangat2..dan sekali gus menyebabkan aku cinta tumbuh tumbuhan, bunga-bunga, rumput rumput dan hidupan2 yang ade atas muka bumi ni.. (gittu...)

Sebelum habis matrik..borak2 dengan housemate (Lyn, fara, Sya).. nak pilih kos apa bila masuk U..
Dan jawapan aku..  "Sains Pertanian! ataupun Perladangan!!"

Huh!!
punyalah semangat aku nak amek pertanian tup2 bonda tercinta tak bagi amek.. Ma kata sains pertanian ramai laki.. kena naik jentolak (bhasa klate panggil kreto ggalo).. perladangan ma kata muka burn. duk kat ladang sokmo pakai kasut bot! hahaha. oke fine.

Maka, aku isilah Kos Sains tanpa ada 'Pertanian' di belakangnya!

Diterima di UPSI dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.. Ada pendidikan ditengahnya!!

Means, bakal jadi cikgu! (haha, punyalah banyak cita-cita masa kecik.last2 pilih jadi cikgu)
Abah nak aku jadi cikgu. Ma nak aku jadi cikgu.
So, masuklah aku ke UPSI dengan bahagia utk menjadi cikgu

Kononnya, fikrah dah jelas utk jadi cikgu!
Yes.. tahun demi tahun berlalu di UPSI adalah mengajar aku untuk menjadi cikgu. Sehinggalah berpraktikal di salah sebuah sekolah menengah utk latihan mengajar sangat memberi kesan buat aku utk betul2 nak jadi cikgu!

Medan mengajar yang sementara itu membuat aku membuak buak nak mengajar dan mengajar dan mengajar.
*walaupon xde lah pandai sgt mengajar.

Tapi itulah yang sebenarnya yang aku harapkan., membawa juga harapan ma abah utk tengok aku jadi cikgu.

4 tahun di upsi mengajar aku apa itu cita cita dan cinta.  *eh

dan harapan untuk jadi cikgu semakin menghampiri bila dah rasa pegang skrol time konvokesyen meskipun hari konvo aku rain pouring cats and dogs..hahaha.. hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum..

tapi takpe. Alhmdulillah, secara rasminya dianugerahkan ijazah sarjana muda PENDIDIKAN Sains.
senyum sorang2. sampai ke esoknya masih juga senyum.

Sebulan kemudian, dua bulan, tiga bulan..dan bulan bulan seterusnya.. masih belum kunjung tiba panggilan temuduga untuk pegawai pendidikan DG41.
oke takpe..tggu lagi..

krik2..
hampir setahun barulah kami diinterview..
dan ramai lagi rakan seperjuangan belum diinterview. sadis kan.. kesian kami


3 bulan kemudian~
waktu yang ditunggu tunggu telah pun tiba, dengan penuh pengharapan yang membukit menggunung melangit, kami dibolehkan untuk check keputusan interview..

dan.. jeng3.. surprisingly..

Keputusan aku GAGAL!
T.T
bertabahlah.
ada hmpir 2 ribu lagi status GAGAL macam aku..

"Ati jangan nangis..."
ma bagi siap2 kata2 semangat kot2 aku hati tisu.

So far, alhamdulillah setakat hari ni, aku belum lagi menangis disebabkan aku GAGAL jadi cikgu..
hati tiba2 jadi batu. takde airmata keluar.

sejujurnya jauh disudut hati aku masih mengharap jadi cikgu.. sebab setiap kali telefon mak atau abah setiap minggu diorang akan tanya "bila lagi nak interview balik??"
" Bila lagi penempatan buka?"
"bila lagi keputusan posting kali kedua?"

bila dan bila aku tak pernah ada jawapan.
Aku sedih sebb seolah olah aku dah sumbat harapan maabah aku dalam tong sampah. walaupun tu bukan nya salah aku..

T.T
dan sekarang segelintir kawan2 telah posting ke sekolah masing2..TAHNIAH.. selamat berbakti!
dan aku??
masih berteka teki.
Masihkah ada peluang untuk aku jadi CIKGU??


**Hikmah tersingkap terlalu besar. Ada sebab aku belum dipilih jadi cikgu. DIA 'hold' aku dulu untuk aku belajar bersabar.

U/P : Sektor pendidikan ; SPP ; KPM ; Pak Menteri2 dengan tagline " Kurangkan korupsi, tingkatkan prestasi "

wallahu'alam




 

Template by BloggerCandy.com