malam ni, mata terasa segar..izinkan aku catat sedikit kata untuk aku kenang bila2..
"Hanis..aku ter nangis.. TER wei..TER.. tak sengaja pun.."
" Aku nangis bawah meja lab, sampai ter muntah!"
" Aku ingat hati aku dah cukup kayu..rupanya masih tisu..."
mesti korang cakap aku cengeng!! manja.. gedik. Its okay. aku boleh kunyah, telan dan hadam sampai lumat.
YA! Of course rezeki masing2.. belum masanya rezeki untuk jadi cikgu. ya, belum masanya Ma Abah.. jangan tanya lagi bila nak ada interview kali kedua.. Atie xde jawapan.. serius xde jawapan..
Sebenarnya, masa dapat keputusan gagal dulu. Aku tak tumpah langsung air mata. Mampu rasional. Mampu berfikir dengan akal dan iman. Mungkin sedih kalini lain macam sikit.. Bercampur macam2 rasa..plus ABC tu yang emosi tak berapa nak normal..akhirnya aku ternangis jua.. sekali lagi aku ulang., TER nangis je.. aku tak sengaja..
kepada yang berjaya posting.. Alhamdulillah 'ala kulli haal..
selamat berkhidmat di medan pendidikan.
Jadi murobbi terbaik. Dimana dicampakkan moga terus cekal menabur bakti, menyebarkan dakwah, menyuburkan jemaah.
Kepada yang dapat posting, tapi masih confuse untuk pergi posting,masih dilema memilih posting atau belajar..Aku doakan, semoga dilapangkan dada untuk buat keputusan. aku bukan siapa2 untuk mempengaruhi keputusan kamu. Hanya mampu selitkan dalam setiap doa moga dipermudahkan jalan untuk apa sahaja keputusan yang terbaik. Ya, apa sahaja keputusan InsyaAllah aku terus menyokong dari belakang.. (ohohoi, sejak bila aku macamni *omg)
Untuk sesiapa yang gagal iv macam aku.. InsyaAllah, #ISMPtuntutposting !! Jangan bazirkan masa. Habiskan apa yang ada depan mata. Gunakan peluang sebaiknya.
:) chill. Rezeki maha luas,
Teratak berhantu.
0109
No comments:
Post a Comment