Tuesday, April 24, 2012

"......"

assalamualaikum wbt..


mood hari ni : macam biskut jacob yg lemau..


entah knapa..
tak tahu macam mana..
nk buat diri rasa x bersalah..
nk buat hati kecil ni rase x kecil hati..
nk jadikan diri ni berbahagia mcm kanak2 dpt coki2..
nk jadikan bibir tersenyum mcm seorg puteri..
nk jadikan hati terus segar mcm bunga seri pagi..


sbb terkadang rasa tiada daya..
huhu..
semalam test..
mlm ni test lagi..
tp x boleh nk study..
xley nk fokus..
buka quran coklat kecil kesayangan..
ada ayat2 yg mampu menenangkan..
cukuplah sekadar itu..




maa..
ati nk pinjam bahu..
air jernih bertakung dikelopak mata..
tp x mampu jtuh kepipi..
sbb masih ada bisikan " ati kuat! masih mampu berdiri ..."


duhai jasad yg masih bernyawa..
knapa terus-terusan macm ni?


kpd insan itu..
maaf jutaan maaf..
untuk kesekian kalinya..
aku cuba meraih maaf darimu dan dariNYA..
moga dosaku diampunkan..




huhhuhu..lemau lagi hati ni..
xtahu nk buat ape..
kawan2..sahabat2..tolong doakan..
moga jiwa ini tenteram..
moga hati boleh tenang..
tanpa ada anasir2 jahanam..


^^,
wniwmd
1801
24042012

Friday, April 13, 2012

buat ma~

13041960
13042012

ma  (^_^)


Salam'alaik..
hihi..hari ni besday ma..selamat hari lahir ma..
dah cukup umo 52 tahun
semoga hidupmu sentiasa dalam lindungan NYA..
moga mendapat barakah dalam menjalani kehidupan..ameen.


credit to mcyah..beli kek ko ma.. :)




tadi sampai je tanjong malim trus call ma utk wish besday..
ma oyak.. 
" semoga taun ni ma cpat2 dpt menantu.."ngeh2..


so, abang n kakak2ku..cepat2la yer..
peace (^^, v)


Tuesday, April 03, 2012

Kerana cinta itu suci..jangan kau kotori..

kerana cinta itu suci..jangan kotori dengan bisikan dari syaitan..






Bila ada yang bertanya tentang cinta..huhu.. x terfikir jawapan apa yang ingin dikongsikan..ramai sahaja meminta pendapat cinta sedangkan aku bukan arif tentangnya..kadang2 aku juga mencari2 jawapan tatkala hati ini penuh question mark mnunggu suatu kepastian..


Tidak dapat dinafikan..
aku juga manusia biasa2..
kadangkala terfikir juga soal cinta..
Namun saat cinta bertasbih..
aku masih lgi mempertahankan moga cintaku hanya berlabuh selepas kahwin..
mungkin aku harus lebih peka soal itu..
agar nanti dapat kujaga batas pergaulan..

" wahai wanita..semakin engkau menjaga dirimu..
semakin engkau menutupi auratmu..
semakin terjaga kesopanan tuturmu..
semakin tinggi nilai pekertimu..
semakin luhur budi dan santunmu
semakin tinggilah nilai harga dirimu..."


tertarik dengan kata2 seseorang..lebih baik langgar dinding kerana menundukkan pandangan daripada melanggar hukum Tuhan kerana menurut kemahuan syaitan.."


Justeru itu yang ku takutkan..






wanita biasa2 seperti aku..
namun masih punya keinginan mempunyai pasangan luar biasa..
Sudah semestinya ada checklist ciri2 bakal imam yang diinginkan..
tertulis rapi dalam diari kehidupan..
namun..ku akur..manusia itu punya kekurangan..


Dikatakan penciptaan HAWA itu daripada tulang rusuknya ADAM..
Aku ingin sekali tulang rusukku itu dari tulang rusuk ' Adam' yang soleh..


JADI..
Ku andaikan Adamku itu seorang yang soleh..
agar nanti aku boleh menperbaiki diriku menjadi Hawa yang solehah..
 Yang Mencari redha Allah dan Syafaat rasulullah..
yang menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya sebelum menjadi isteri solehah..
yang menjadi kakak yang baik buat adik2nya..
yang menjadi adik yang baik buat kakak dan abangnya..
yang menjadi sahabat terbaik buat sahabat2 sekelilingnya..


jadi..
Berpesanlah kepada hati..
" bersabarlah "
kerana bilamana hati manusia itu terburu-buru..
nescaya kehadiran cinta belum tentu yang terbaik..
Sesungguhnya pengakhiran sabar itu tersembunyi kemanisan hikmahNYA..


SATU JE PESANAN BUAT DIRI DAN SAHABAT2..

" Hebat cabarannya untuk mendapatkan wira hati yang hebat yang berjaya menakluki belahan jiwamu.."
Subhanallah..


Friday, March 30, 2012

madah berkata peringatan bersama

"Sayang anak tangan-tangankan..

sayang sahabat ingat-ingatkan.."




Aku tersenyum membaca bicara kata yang diluahkan..entah..mungkin ada kaitan dengan diri ini..itu yang aku rasakan..
dan mungkin suatu kebenaran yang telah lama terpendam..ya..mungkin benar sekali..tidak ku nafikan..setiap perkataan yang dibicarakan mampu mengguriskan..

Jika direnungkan dengan hati yang kudus..mungkin perlu sama- sama kita muhasabahkan..bukan niat mencari siapa betul siapa salah..sesungguhnya diri yang hina ini tiada secebis hak pun untuk menentukannya..


Andai kau rasakan bicara teguran bisa melukakanmu hati kecilmu..

apatah lagi bicara senda..

Andai dianggap bicaraku ini panahan berbisa buatmu..

hanya satu kupinta padamu..

kembalikanlah persoalan ini kepada dirimu..

adakah bicaramu itu bukan panahan berbisa buat jiwa2 yang mendengar..??


mungkin pada hakikatnya..menganggapnya sekadar biasa-biasa..gurauan semata..adakah orang sekeliling berfikir yang sama..??adakah orang lain juga menerima?susah ingin diungkapkan..bagiku itu lumrah manusia..aku adakalanya aku turut begitu..

suka diingatkan sekali lagi..ini peringatan bersama..bukan mencari salah dimana-mana..aku juga sama..insan yang satu jiwa, satu hati dan satu mulut..dikurniakan lidah untuk berkata..namun tidak didasari dengan akal dan iman disaat ingin mengeluarkan kata2..menyebabkan satu hati dan satu jiwa telah terluka dek tusukan tajamnya..
saat ini..maaf mungkin tidak lagi bermakna..atau mungkin perkataan itu sudah muak didengari semua..disaat segalanya sudah terlaksana..


ya..serius..aku tidak menyalahkannya juga bukan berniat mematikan setiap katanya..sejujurnya..ada kekesalan di balik hatiku.. andai teguran kasarku membuatkan dia begitu jauh meninggalkan kami..mengelukan lidahnya untuk berbicara..apatah lagi diam seribu bahasa.. 

serius..hal ini mungkin bukan hanya dia yang merasakan..tapi ku juga begitu..terasa seakan ada sesuatu yang menghalang setiap kali bertemu..seakan aku tidak pernah mengenalinya..seakan tiada secebis kata yang mampu kuungkapkan bila bertemu muka..hanya mampu mendiamkan diri..mungkin itu jalan terbaik untuk kami sama2 koreksi diri..

Tanpa sengaja..terdengar ayat ingin berubah..

ku  jadi tersenyum sendiri..

syukur.syukur.syukur.

mungkin hanya itu yang harus kupanjatkan..

Subhanallah..hanya Allah yang mampu melembutkan hati mana2 hambanya..

atas kesedaran itu..kuberharap..yang terbaik buat dirinya..sesungguhnya, disebalik perangaiku yang gila2..mungkin x sejajar dengan penampilan luaran juga pemakaian..

namun kuakui..masih ada dalam hatiku perasaan sayang terhadap semua sahabat2 ku..ye..lama kita bersahabat..walaupun bukan semua kerenahnya kufahami..namun..percayalah kau juga namanya sahabat yang pernah mengisi ruangan diari hidupku..

terkadang..aku begitu berharap..agar masa ini pantas berjalan..agar bisa aku lupakan perkara2 silam..agar aku dapat padamkan segala keperitan..namun, bila diimbaukan..banyak yang manis jika ingin dibandingkan..

lantas tidak ingin sesekali aku meninggalkan mereka yang merupakan nadi2 penawar buatku dikala kurasakan lelah menyelubungi..

Jadi, harapanku..di pengakhiran perjalanan ini..kau tidak terus sendiri dek masih mengenangkan hatimu yang pernah aku lukai..



p/s : setiap kata2 itu akan diuji..mahupun cepat atau lambat..ia terpalit pada diri sendiri..kata2 itu cerminan pribadi..



Tuesday, March 20, 2012

menunggu kasih Tuhan





"Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu"

-SIGMA-

Aku rela membuangnya sebelum Allah membuangku..
dulunya terpahat kini kuhakis..
pada Allah juga tempat mengadu..
Andai ini terbaik buatku..
simpankan dia sebagai belahan jiwa..

moga mulanya kakiku melangkah di jalanMu ini..
aku lebih kuat..
mencabar diri mencari RedhaMU..
Mencabar diri kerana Allah..
menagih cintaMu Tuhan..
Cinta pertama cinta TerAgung..
Subhanallah..






 

Template by BloggerCandy.com