Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka “Jangan Main-Main”
Sebetulnya,
bukan untuk mereka yang berniqab sahaja.
Bertudung labuh juga begitu.
Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita
memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita.
Apa yang betul
dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih
besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang
sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah
bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat
tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga
terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini,
kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love.Memetik kata-kata Phua Chu
Kang, “Don’t play play.” Jangan main-main.
Ini bukan
soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga
mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang
meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.
Akhlak mesti
dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya
segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya,
ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi…
“Saya
tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati…”
“Apa
la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah …Wei, tak payah
pakai niqab lah wei…”
“Ala, yang
berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu,
dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la”
Bukan semua
orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi
kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.
Ustaz Pahrol
Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung
pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat
suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak
memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak
dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan
tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah
dengan sentiasa berzikir.
Muslimahku
sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan
antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan
syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu
sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa
riak dan takbur.
Sememangnya
perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik.
Baik dengan erti kata
sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita
pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi
mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung
labuh. Kasihan.
Namun,
tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana
bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad
memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya
keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.
Sayangku,
jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah
seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada.
Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri,
sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan
kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus
tanpa diri sedari.
Tiap kali
melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya
kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk
aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu
mengatakan, “Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga
sahaja kau jatuh cinta padaku.”
Apabila itu
yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah?
Tidak, sayang!
Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah
keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah
amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai
begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung
menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya
kita manusia yang pelupa dan berdosa.
Utamakan yang
lebih penting daripada yang penting.
Sayangku,
pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun
ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup
muka bersama secebis kain indah itu.
Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan
berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk
menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka
untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama
berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.
Lihatlah
solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha
keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat
sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah
bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri
merasa terlalu dekat dengan Allah? Allahurabbi
Lihatlah
hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum
terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah
hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah
diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu
sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?
Lihatlah
akhlak dalam diri.
Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa
diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik
untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah
diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia?
Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian
daripada Allah?
Sayang,
lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih
dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting
dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang
dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka
sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti
pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita
sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian
niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan “mak ayah saya tak bagi saya
berniqab”.
Pilihlah ibu
bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu
hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita
muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai
pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik
berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada
mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat
kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka
menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila
benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah
itu yang akan memberi kekuatan berterusan.
Walaupun ramai yang memandang
serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri
sebagai ‘kamu-orang-pelik-ewww’. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah.
Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya
benar ikhlas.Right?
So, just go with what you’re doing now, my love!
Andai terasa
lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah
putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua
tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi
ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia
semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah
sejati. Terus kuat, sayang!
Sayangku,
pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah
niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat
mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi
begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu
menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya,
tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik.
Bersama ilmu dan akhlak.
Yang
kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan
akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung
labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang
diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi
lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk
menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang
dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu.
Jadikan niqab sebagai dorongan
untuk menjadikan diri lebih baik. That’s the best. Namun, andai diri bukan daripada
kalangan niqabis,it’s alright dear.
Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan
tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.
Jaga
akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya,
“Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?” tetapi manusia akan mula menilai
melalui peribadi.
Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara
sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu
berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga
melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.
Tidak
semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya
yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang
memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya
mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana?
Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana
setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih
terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang
lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala
prasangka andai ada ternyala.
Jadi
baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas.
Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang
terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang
kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!
Mari kita
sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga
pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak
kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.
iluvislam.always.
No comments:
Post a Comment