Sunday, September 29, 2013

Don't play play





Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka “Jangan Main-Main”

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. 
Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. 

Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.

Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love.Memetik kata-kata Phua Chu Kang, “Don’t play play.” Jangan main-main.

Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.
Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi…
“Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati…”

“Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah …Wei, tak payah pakai niqab lah wei…”

“Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la”
Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.
Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik.
Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.
Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.
Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.
Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, “Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku.”
Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? 
Tidak, sayang! 
Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.
Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.
Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. 
Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.
Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah? Allahurabbi
Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?
Lihatlah akhlak dalam diri. 
Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?
Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan “mak ayah saya tak bagi saya berniqab”.
Pilihlah ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. 

Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai ‘kamu-orang-pelik-ewww’. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas.Right? So, just go with what you’re doing now, my love!

Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!
Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.
Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. 

Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That’s the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis,it’s alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.

Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, “Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?” tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. 

Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.

Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!

Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.
iluvislam.always.



Friday, September 20, 2013

Chuah.lagi.

“ Dina, kenapa awak tak pakai sarung lengan macam mek ni??”tangan chuah menghala arah aku.
Awak menulis kat whiteboard,lengan baju jatuh ke bawah, nampak lah lengan awak. Bukan lengan tu tak boleh orang lelaki nampak ke?”

Tersentap Dina. Aku turut tersentap bila aku dikaitkan sama.

Gulp. Telan air liur.

Aku saling berpandangan dengan Dina. Hanya mampu tersenyum bila ditegur oleh Chuah.

Memang betul. Tapi agak terkesan kat hati bila yang menegurnya lelaki.non muslim pulak tu. Aku menepuk-nepuk bahu Dina. “Takpe Chuah, insya-Allah lain kali Dina pakai..kan Dina?” Dina hanya mengangguk malu. Senyum

Petang itu. Aku, Atiqah dan Khalilah pergi ke koperasi. Membeli makanan sekadar alas perut. Sampai di kaunter bayaran terjumpa lagi Chuah.

Pelik. Chuah membeli  2 pasang sarung kaki berwarna coklat yang biasa dipakai oleh Muslimah.
Saja aku menegur. “ Chuah beli sarung kaki untuk siapa?”

“ owh, Mek. Ingat sape tadi.. saya beli untuk saya lah. Nak pakai bila keluar pergi jalan-jalan.”
Garu kepala.tak gatal pun.

Memang ya, mulai detik itu, saya nampak Chuah memakai sarung kaki coklat berserta sandal Pallasnya. Ke mana sahaja, walaupun untuk ke kedai makan sekitar kolej.

 Ada kesempatan. Lalu aku sukasuki bertanya.
“ Chuah kenapa ya tiba-tiba awak pakai sarung kaki?  Ni sarung kaki perempuan.” Aku senyum.

“ Oh, lelaki tak boleh ke pakai? Kaki kan aurat.sebab tu saya pakai..”

Adehh. Salah faham rupanya Chuah ni..
Aku senyum lagi..Chuah-Chuah..macam2 awak ni.

“ Kaki memang aurat. Tapi aurat bagi perempuan. Aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Tak salah pun Chuah nak tutup kaki tu. Tapi kalau pakai stoking biasa pun oke. Sebab kalau chuah pakai sarung kaki perempuan ni… takut kawan2 pandang pelik..”

“ Owh..macam tu ke? Patutlah saya pergi kafe, budak laki pandang saya semacam je..hahaha” Chuah akhirnya tergelak sendiri.
“ Awak baca kat mana pasal aurat ni?teringin jugak saya nak tahu.”

“ saya baca kat Tinta Tarbiyah. Ada orang letak helaian tu depan pintu rumah. Tapi banyak saya tak faham..”

‘Tinta Tarbiyah’ . Terkedu. Bagusnya Chuah. Saya tabik spring. Dia baca rupanya. Biasanya nonmuslim yang lain tak berminat pun nak baca sebab lihat ada tulisan jawi atau sepotong ayat al-quran mahupun hadis pada tinta tersebut. Masakan tidak, Muslim sendiri pun ada yang masih ignorance tentang hal-hal tersebut. Tinta tu biro saya yang buat. Biro Penerbitan dan Informasi Majlis Tindakan Dakwah kat Matrik ni. Tinta yang diedarkan setiap rumah satu pada setiap dua minggu.

- continue-


Thursday, September 19, 2013

Chuah.

tetibe gambar ni?


Chuah. Tiba-tiba teringat kat dia.
Anak cina Pulau pinang. Putih melepak. Kalau dia malu mesti merah-merah pipi dia macam udang kena bakar. Mata sepet. Tinggi lampai. Rambut pulak panjang dah macam artis korea.. Ala-ala Kpop gitu. Lelaki yang berbudi pekerti. Pandai pulak tu.


Teringat perkara pertama dia bertanya masa mula-mula dia berkawan dengan aku..

“Awak pandai tulisan jawi?”

Aku mengangguk. “bolehlaa..kenapa amoi?haha amoi pulak. Kenapa Chuah?”

“ Boleh awak eja nama saya dalam tulisan jawi..I mean, nama cina saya dalam tulisan jawi?”

“ Oh, InsyaAllah..boleh.nak eja kat mana?”

“ Apa awak sebut tadi?”

“yang mana satu?”

“In..In..in apa?”

“owh..InsyaAllah. jika diizinkan Allah. Maksud saya, jika diizinkan Tuhan saya, bolehlah saya tulis..”

“oooo..ni..tulis kat sini..”
Chuah menghulurkan bolol air 1000ml yang selalu dikendongnya ke kelas..

“Biar betol, nak tulis kat sini ke?”

“ Ya, awak tulis bahagian atas, tinggal space kat bawah tu, nanti saya nak tiru..”

Aku mencapai permanent marker pen berwarna purple lalu mulalah aku mengeja nama cina Chuah dalam tulisan jawi..

Usai sahaja aku menulis..marker pen bertukar tangan. Chuah mencoret namanya dalam tulisan jawi. ‘pandai jugak dia tiru.. cantik, Cuma tulisan terketar-ketar sedikit. A good try’

-continue-

Tuesday, September 10, 2013

Blog saya bukan blog Jiran awak

Oh. tajuknya.
credit- Tulis apa yang kau rasa

"Orang tulis blog ni orang yang banyak berangan!"

"cik mawar bbungo tu kau ke?"
" Dahlah menulis..banyak lagi kerja lain boleh buat.."
"Buat ape ada blog, bazir masa ja.."


" Terima kasih cik puan.datin datuk ingatkan."
dan menyebabkan lagi sekali tangan saya menaip papan kekunci di laptop untuk menulis entry blog ni.

Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan apa??
cikmawar bbungo??
oh, saya menulis BUKAN kerana nama!
Tinggalkan nama, saya bukanlah orang2 Fehmesss.


Tulisan.
baik buruk yang saya coretkan.
pasti ada sesuatu yang saya 'maksud' kan dalam setiap yang disampaikan.
Ini blog saya !! (sila baca dengan nada sopan santun. abaikan tanda seru)
So, saya ada hak untuk menulis.menyampaikan,menceritakan,meluahkan.mencurahkan whatever men lagi..


"Meluahkan HANYA PADA DIA.."
yes.  tak disangkal sedikit pun.
meluahkan masalah memang hanya padaNYA..
Dia sebaik-baik pendengar..
YES..memang betol.
tetapi setiap orang itu berbeza.
menulis.
kalau bukan blog pun. key pointnya adalah MENULIS
sampingannya MEMANG itu caraku.
dari kecik saya selalu ada diary..bila dah besar2 (eh, besar ke?)
blog dah jadi macam diary.
saya tak mintak pun kamu baca.

dan saya percaya blogger2 yang ada.
mereka ada tulisan mereka sendiri. mereka ada sesuatu untuk disampaikan.
mereka ada cerita untuk dikongsi, mereka ada penyampaian untuk disampaikan.
BLOG.
ITU MEDAN.

Terpulang. anda yang mencoretkan.
peringatan mahal semahal harga minyak.
**anda ialah apa yang anda coretkan. Kalau baik, baiklah.kalau buruk.buruklah..

mohonlah pada DIA, setiap yang dilakukan bukan bertitle 'SIA-SIA'



Sunday, September 08, 2013

OMG



Terlalu harap yang sempurna.
Eh? Kau sempurna ke?
Gitulah. Kelebihan aku kau terima .
Kekurangan aku pandang takde mata.



Shiuhhhh.. pergi jauh-jauh.
Setan kiri kanan belakang depan.
Tak nampak? Tapi ada je sepanjang masa.
11 bulan.tolak bulan puasa.
Lawan beb!
Kalau taknak sengsara.



I lebiu, U labi air..
Sayang,darling,papa mama.
Dating tak kesah lama-lama.
Pegang tangan dosa percuma.
Hampeh! Tak takut masuk neraka?
Kalau tak tegur pun, Aku kau heret sama!
Taknak aku.. aku nak ke Syurga



Peace no war.
Malaysia aman damai.

Minyak naik. Naik minyak.

Takpe.
20 sen kan?
Tak kesahla kalau semua jalan kaki
Tapi gua guna motor hari-hari

Nak ajar rakyat berjimat.
Wa tak kesah. Sebab amalan murni lagi terpuji.

Tapi bila minyak naik.
Satgi tambang bas, teksi, harga baju seluar,karipap,donut,rotijohn,
unclebob,martabak,petai,jering 
yang takde kaitan pun semua mahu kasi naik.

Adehh. Kira jari sebelum gigit.



Pergi sekolah.
budak-budak itulah harapan bangsa!
Tapi solat entah ke mana.
Melayu islam.tepatnya rakyat Malaysia.
Terlalu bahagia dan selesa..

Nuuhhh..tunjuk jari kat negara sana..
Mesir, Syria, Rohingya, Gaza..
Anak-anak tidak merdeka.
Hari-hari pegang senjata.
Syahid. Tingginya darjat mereka.

Kita tidak.
Meriahnya kita sambut merdeka.
Tak salah.
Itu tanda kita menghargai keamanan negara.
Tahun ni bonusnya merdeka cum raya.
Wahh, happening gile..
Ambil gambar sini sana..
Post merata-rata..
Di fb mahupun twitter.


Aku guru praktikal
Pergi sekolah ajar mereka.
Apa aku tengok?
Kecik-kecik sudah bermain mata.
Tingkatan dua sudah bercinta.
Bertepuk tampar itu biasa
Apa lagi yang selalu berdua.
Duduk rapat rapat berlainan jantina.
Nak kata belum mumaiyyiz, semua dah dewasa.
Ikhtilat? Itu ke yang dijaga?


Oh,rupanya inilah dia..
Bakal-bakal pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
Nuhh..tunjuk sekali lagi.
Mereka nun jauh di sana.
Setiap hari berperang setiap hari diserang.
Peluh menitik darah terpercik.
Kita? Tengok saja?
At least tolonglah saudara seagama..
Tembak dari jauh doa-doa.


Oke dah.nak tutup diary.
Saja teringat nak berkongsi.
Meh nak ketuk kepala sendiri
Isu hangat setiap hari
Kad kahwin selalu diterima,
Kain kafan sentiasa dibeli.
Masanya tiba masanya menjelma,
Setiap hari bersilih ganti.
Tepuk dada tanya hati..
Owh, agaknya bila aku nak ready?



Pinned_cikmawarbbungo.
pasak dalam hati.

Saturday, September 07, 2013

tersingkap seribu s.a.t.u

tersingkap disebalik itu

Tangan mengambil sekotak tisu.
Habis.
Bila nangis.
Habis juga bila selesema..
Berguna, tapi buang juga akhirnya.


Hujan.
Rahmatnya. Makin lebat katak makin bergembira.
Tetapi tetap mentari diharap menjelma semula.
Itulah manusia.


Pelangi.
Indah sungguh.
Tersenyum melihat tujuh warna..
Tetap nanti hilang dipandangan mata.
Bertahan sementara cuma.


Aku ambil kertas kosong.
Kosong.
Masih kosong.
Selagi tangan tidak mencoret apa apa.
Tiada usaha tiada juga guna


Itu hakikat manusia.
Mungkin aku bercerita.
Tetapi cerita itu mungkin buat diri sendiri terasa.
Alpa.
Tanyalah jiwa.
Bukan bersandar pada rasa.


Belajar untuk menerima
Belajar untuk berusaha
Belajar untuk mengerti
Belajar untuk memahami.

Friday, September 06, 2013

Ruang.



Aku bukan dia.
Kalau hati dia mungkin tidak berpenyakit,
tapi kalau hati aku mungkin YA..
Kalau dia.aku yakin dia mampu.
Kalau aku.
aku rasa belum tentu.

Aku bukan dia.
Aku terkadang lalai dan alpa..
Sebelum hati ter’jatuh’ cinta
Baik aku terus-terusan memilih untuk lupa.
Kerana apa?
Aku belum tentu selamanya menjaga.
Tapi insya-Allah terus mencuba.


“Dik mai sini..”
Kakak nak tunjuk sesuatu..
Ini surat cinta..

‘Allah..Al-quran yang kakak tu baca’
Nikmatnya cinta paling tinggi darjatnya..

“Dik, dalam ni semua ada.. Cuma perlu hayati ketika baca..hadirkan hati bersama sama..”

‘Allah, macam2 cara engkau menegur, begitu halus penuh kasih sayang’

Aku fikir dalam2..
Nukilan tarbiyah aku selak berkali-kali.
Jentik lagi hati aku.

Oh, sekali lagi
Aku bukanlah dia,
Ikatan belum menjamin apa2..
Dia mungkin iman qawiyy..
Aku belum.

So, aku takut kasik hati aku awal2..aku takut aku tidak kuat.
Dia ok. sangat ok. sebab itu nanti akan aku simpankan sikit ruang.
Maaf, bukan sekarang. Akan datang.
Itu pun jika diizinkan Tuhan.

Sebab ruang yang ada sekarang. Nak isi penuh2 dengan kemanisan iman..
“Qod aflahal mukminun” 
(al-mukminun:1)

Sungguh beruntung orang-orang beriman


Jubah.




" Kenapa awak pakai jubah ke sekolah?"
" Erm, kenapa ya cikgu?, tak boleh ke?"
" Hari ini takpelah sebab hari jumaat...hari-hari lain tak payah la pakai.."

Garu kepala.x gatal pun.
" Boleh saya tahu kenapa tak boleh pakai jubah ke sekolah/ semasa mengajar?"

" Jubah. Takut nanti awak di cop pembangkang"

" owh, macam tu ya..macam mana mereka boleh cakap yang saya ni pembangkang? mengundi kan rahsia?"

" erm, awak pakai baju kurung je lah. tak payah tanya kenapa tak boleh jubah.."

" maaf ya, setahu saya,garis panduan pemakaian guru di sekolah mengikut surat pekeliling ikhtisas tiada pun mention tidak boleh memakai jubah. Guru-guru mesti memakai pakaian yang sesuai dengan profesion keguruan..tidak menjolok mata, memakai baju batik hari khamis, memakai tag nama, blazer hari isnin. dan tambahan,saya siap pakai baju puteri islam lagi hari rabu. dat's ol..jadi rasanya tiada masalah rasanya kalau saya berjubah kan? lagipun bukannya apa,sayangla..jubah saya banyak.." (mengatur gigi sebaris menayangkan iklan colgate)

fuh. carik maut.

" okelah..kalau macam tu cikgu pakailah jubah hari-hari pun takpe.."

*eh, gitu pulak?perli ke ape?
haha. puas hati.


(agak2 nama aku kena blacklist KPM tak bagi jawapan macamtu?)

p/s : Ada sape2 lagi nak cakap cikgu tak boleh pakai jubah?




Thursday, September 05, 2013

Aku juga ingin bercinta



Dahi dia berkerut.
Kening sudah bersambung.
Menandakan dia menahan sakit.
Macamtulah bila datang migrain.

“Ecah oke tak?”
Sambil senyum dia jawab.
“Alhamdulillah, sangat oke. Allah sayang ecah kak, tapi ecah je kadang2 lupa DIA”

Terjaga sekitar jam 4 pagi..terdengar esakan halus.

“Ecah menangis?”

“Dah lama ecah nak menangis kak, tapi ecah tak dapat nangis pun dalam sujud. Ecah baca Quran, ecah nak hati ecah bergetar bila mendangar ayat-ayat cintanya..tapi ecah x dapat..”sebak suaranya.

“Ecah takut hati ecah mati….”

Allahurabbi. Gugur jua air mata. sayu begitu terasa. riak wajahnya ikhlas.
Bersungguh-sungguh dia meraih cintaNya.
Untuk dipenuhi dalam setiap genap hatinya.


Aku juga ingin jatuh cinta
Memenuhi segenap jiwa
Dengan cinta sang pencipta
Melebihi cinta kepada selain DIA.


“Ecah, jom kita sama2 baca doa ni.. Doa memohon kecintaan kepada Allah..
Agar cinta kita kepadanya memenuhi setiap ruang di dalam hati kita, setiap hela nafas kita, setiap kerdipan mata kita..”


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMU agar selalu mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintaiMU,dan amal perbuatan yang dapat menghantarkanku untuk mencintaiMU. Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMU melebihi cintaku kepada diriku, keluargaku dan melebihi air yang menyejukkan "



Monday, September 02, 2013

Travelog seorang aku


Assalamualaikum wbt
In the name of Allah the most Gracious and most merciful.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Hari ini dah isnin, bermakna dah start mengajar balik untuk minggu ni..OMG..rasa macam tak sanggup nak teruskan baki beberapa minggu lagi praktikum.
Last week adalah minggu aku tersangat-sangatlah tension entah ape2..(*sila cek balik hubungan kita dengan DIA)

Dan disebabkan itu, aku plan melarikan diri ke shah alam.
Kononnya nak cari ‘sesuatu’ yang aku tak dapat kat tapah ni.

Perjalanan berliku selama 1 jam 35minit aku naik moto dari tapah ke tg malim dalam keadaan panas terik (macam tak serik2 ja naik motor)..

bila fikir balik, macam tak percaya aku boleh pergi sejauh tu. nak dkat 80 km naik moto.

fuhh..gigih sgt.

aku pun kurang pasti kenapa aku boleh buat keputusan macam tu.Tak penah lagi pergi jauh2 ngan moto.

Sampai Tanjung malim tercinta, alhamdulillah.entah kenapa aku rasa macam aura tg malim tu buat aku excited.tengok bangunan UPSI buat aku feeling sayu sgt2..aku rindu bumi murobbi rupanya.aku rindu pengisian.aku rindu member2..aku rindu adik-beradik sebulatan gembira aku rindu adik-beradik jmk..

Serius.rindu!

Perjalanan diteruskan lagi ke s.alam . Kononnya nak menenangkan fikiran. Aku meninggalkan semua buku2 student, PBS,MODUL TIMSS & PISA (sape mengajar math sains tingkatan 1 & 2 mesti tahu),RPH segala bagainya di rumah..nak tinggal semua2 yang berkaitan dengan praktikum.

Naik ktm jam 5 petang sorang2.Tiba2 ada sorang Indian tengok pelik kat aku.. suspicious.bikin gua suspen ja.
Aku pun melelapkan mata pura2 tidur. Haha, serius x leh tdo. Sbbnya tiba2 je Indian tadi parking eloook je duduk depan aku.

Transit kat rawang, tren delay pulak.alahai, sempat tak ni aku nak sampai shah alam before hari gelap ni..dahlah sorang sorang.
Oh.memang tawakal pada Allah je mampu.

Tiba kat KL sentral, dah azan maghrib, berbuka kat dalam perjalanan la jawabnya.Nasib bawak makanan, blueberry cheese tart dan air kosong  selamat mendarat diperutku.alhamdulillah.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah selamat sampai kedestinasi yang dituju. Shah Alam..aku datang menjengukmu!

Detik 31 ogos yang dinantikan. Semangat nak sambut merdeka..kami pergi jalan2 kat karnival depan iCity..
Ada ceramah tentang syiah yang menarik perhatian. Tapi sempat dengar sekejap ja..orang terlalu ramai dan suasana kedai2 makan yang bising membuatkan kami berjalan jalan amek angin sekitar iCity.
Sebenarnya aku nak buat pengakuan. Hati aku tak tenang seperti yang aku harapkan.Iyalah..mungkin salah niat dan salah cara.

First2 melangkahkan kaki ke pintu masuk iCity dah dapat tontonan free orang bergaduh. Takut kot, bergaduh cam dalam filem2 Mat rempit. 
Semua bertumbuk-tumbuk keluarkan tali pinggang bagai, yang tak tahannya siap bawak bendera Sabah lagi depa2 ni semua. Adoi. Spoil betol. Apalagi, kami lari lah jauh2 sebab takut mereka keluarkan senjata api. Bikin gua lagi stress.

Takde sivik punya orang, buat kekacauan tempat awam.aishh

Aku pun balik lah rumah kakak dengan hampanya.
**Then sempat lagi koreksi diri..macam salah je apa yang aku buat ni..salahke aku datang sini ea?

Esoknya, aku ikut kakak gathering kat Air Terjun Ulu yam ngan officemate dia.




excited dah dapat main air terjun. Tapi mood excited jatuh merudum bedebukk bila time balik jalan jem tahap jem nenas jem straberry semua ada. kereta mulalah bau hangit2 sebab kaki duk main tekan c lutch pedal n brek je..

Huhu *sekali lagi koreksi diri, betulke apa yang aku buat nih?

Hari ahad aku balik kembali ke tg malim. Singgah di seri harmoni jap. Jumpa adik tersayang. Nadh Fadzil..


 makan2, borak2..


sebelum balik sempat lagi budak comel tu bagi ole2. Thanx dear. Really appreciate dat. 




sebelum balik, nadh sempat berpesan," hati2 kak, jangan lupe baca doa"
Allah..Bertuah berpeluang jumpa adik.. I'll miss u.

P khar sekejap..tengok pendaftaran adik2 degree yang baru.Ramai jugak diorang.
Then, jodoh pulak bertemu dengan member2 yg sgt dirindui..owh, eksaited bukan kepalang. Jumpa Husnil khatimah, ‘Atiqah zamri dan Kak lai..geng MPP sentiasa bersatu..haha, terubat rindu seketika..



Kami bertukar-tukar cerita. sempat lagi Husnil berkongsi ayat.
"Kalau kita buat sesuatu sebab manusia, manusialah yang kita dapat..."

Lepas zuhur, baru bercadang nak teruskan perjalanan yang masih panjang ke tapah, tiba2 hujan rahmat turun dengan Lebatnya membasahi bumi KHAR..tunggulah juga hujan reda sebab aku hanya membawa kenderaan yang tidak berbumbung

3.30 petang.masih juga lebat. Lalu dengan nekadnya aku gagahkan jua kaki menaiki motor dalam keadaan hujan..kira bawak motor cum mandi hujanlah kan?


1jam 45 minit aku bawak motor dalam keadaan hujan lebat dari tg malim ke tapah. Basah kuyup satu badan. Dengan menggigil seluruh badan akibat sejuk yang terlampau,sampai juga rumah sewa dengan izinnya..Alhamdulillah.

Berakhir sudah travelog perjalanan aku selama 2 hari mengharungi pelbagai-bagai yang aku tak boleh nak lupakan.. and I'm very grateful for everything that has happened. Allah oweys give the chance..OSEM!
huhu



 

Template by BloggerCandy.com