Tuesday, July 28, 2015

You know my name, not my story...."



Awak mungkin pernah tengok saya senyum tersipu sipu
tapi awak tidak intai saya menangis di balik pintu

Awak mungkin anggap saya happy go lucky
tapi awak tak nampak ranjau dan duri yang saya lalui

Awak boleh cakap saya keras hati
tetapi saat genting saya awak ada disisi??

Awak jumpa sehari saya makan pizza
pernah awak tnya 29 hari selebihnya saya makan apa?

Awak boleh anggap saya tiada perasaan
sebab saya sedang belajar dari ujian

Awak mungkin terlintas simpanan saya beribu ribu
pernah awak lihat saya kira syiling satu persatu?

Awak jumpa 1 buruk saya
awak lupa segala yang baik walau tak banyak mana

Awak cakap saya ikut kepala sendiri
waktu saya rebah awak bantu saya berdiri?

Awak lupa saya manusia
saya hina dengan dosa

Awak judge saya
seolah olah awak sudah menjadi ahli syurga


wniwmd,
28 july 2015
Teratak bekas kebakaran.


Monday, July 27, 2015

MYOB

Judgemental.

Bila saya berkata MYOB (Mind Your Own Bussiness).
Ia seolah bunyinya kasar dan tak patut saya berkata sedemikian.
Tetapi terkadang 'orang kita' suka judge seseorang atau mempertikaikan sesuatu. 
Buat andaian ikut suka hati.
Mudah menilai dan menghukum.
Selalu mempertikaikan apa orang tu buat, apa orang ni buat, kenapa dia buat begitu? kenapa tidak begini? sepatutnya macam tu.. sepatutnya begini..
Dia macam tu.. Dia macam ni.

Dia menjadi diri dia bukan menjadi seperti yang awak fikirkan.
Bunyinya kasarkah? bila saya cakap macam tu?
dan saya menembak diri sendiri bila kadang2 saya juga macam tu.
Menilai dan menghukum.

Saya pernah ada perasaan benci walaupun orangnya antara orang terdekat yang saya ada..
Tetiba.
Saya sentap sendiri bila terbaca status seorang kenalan "Jangan benci orang.. kita ni pun bukan orang suka sangat.."

Fuh. tajam menikam.
Ya. hati masih sedang cuba menghabiskan sisa benci. Entah bila akan hilang.
Harapnya masih ada peluang.
menghapuskan benci dan membaiki sikap.
Judge seseorang seolah olah kita sudah comfirm ahli syurga!
Fuhh. Mohon bukak hati bukak minda Izzati!!
Hablun minallah wa hablun minannas.
tiada terpisah keduanya..

T.T

Monday, June 22, 2015

Tudung bidang 100




5 Ramadhan ( 22 Jun)

Usai dia baca quran. Dia tutup dan kucup.. simpan rapi kat rak masjid.
Dia tarik tangan aku duduk tepi sikit.. betul2 ngadap kipas..

" Akak, hari ni besday saya.."

" MasyaAllah, yeke?Maaf, akk tak tahu..kita pun jumpa kejap2..xter tanya bila besday" (Alamak, taaruf belum lulus)

"Eh, tak pe kak.. bukan salah akk pon.."

"Saya nak request hadiah boleh?" (macam penah dengar je ayat ni..)

"haha.. ingatkan apa.. InsyaAllah boleh.."

"Saya nak request tudung bidang 100 dengan akk boleh?"

Bulat mata aku dengar. senyum2 dalam hati..comel betul request dia.

" hehee.. kalau nak tudung bidang 100, akk kena tempah khas lah kat kilang!"

hah?

terpinga dia.

" Tudung bidang 100 belum ada dik.. yang ada bidang 60, 50,55,45.. InsyaAllah ti akk bgi.."

"hahahahahaha.. " dia gelak sakan.. baru sedar yang dia tersalah cakap.





*eksaited nak pakai tudung besar.. sampai bidang 100 dia bagi! amek kau.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. All praises to him. DIA yang membuka hati dia seluas luasnya. Ramadhan dipilih sebagai hari bersejarah penghijrahannya. Moga terus istiqamah!!

#kipidap #dongibab

Wednesday, April 22, 2015

Bercerita tentang Syurga


Selalu waktu dalam kelas Bahasa Arab Qurani, ustaz sebut tentang kenapa Quran diturunkan dalam bahasa Arab agar mudah untuk kita pelajari..


Saya membuka microsoft word dan bahagian add-ins untuk membelek terjemahan secara cepat (Anda boleh juga mencuba jika anda pernah add in aplikasi Al quran )






Al Qamar : 22


dan Demi sesungguhnya! kami telah mudahkan Al Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Pernah aku bertanya pada diri sejauh mana aku mempelajari Al quran? sekadar membacanya tanpa ada rasa? atau membaca dengan berlagu tanpa getaran dalam jiwa.. membaca tafsiran tapi bukan membaca dengan berfikir.. Allahu akbar!


sungguh.. apa yang tersisa pada aku?


T.T
tersentap sendiri.

***
Apabila saya membaca Kalam Allah, saya tertarik dengan ayat-ayat berkenaan syurga :

“… barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(an-Nisaa’: 13)


“….kelak Kami memasukkan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(an-Nisaa’: 122)


“….sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi [di dalam surga], yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(al-Ankabuut: 58)


“[yaitu] surga-surga ‘Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(an-Nahl: 31)

Jadi, terlintaskah di fikiran kita, apa yang membuatkan sungai dipilih dari yang lainnya? dari tasik, dari laut, dari air mata air? Apa yang membuatkan sungai begitu istimewa sehingga ia digambarkan sebagai keindahan syurga dalam Al-Quran?

-Nenda-

Terima kasih nenda atas post sentap yang tidak disengajakan.. mungkin itu teguran direct dariNYA..



Selalu bercerita tentang Syurga.. bahkan dalam Al quran diulang sebanyak 96 kali perkataan Jannah iaitu Syurga..Allah memberi gambaran indah tentang syurga.. Tidak kurang juga Allah mengulang ulang perkataan Naar (Api/ neraka) sebanyak 145 kali dalam Al quran.. kenapa neraka lagi banyak disebut berbanding Syurga? (tidak tercapai aqal saya untuk menjawab persoalan ini)..


YA! sungguh..semua bercita cita mahu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai2..
yang tidak pernah kering..tidak tandus..

Begitu perumpamaan Allah cukup cantik tetapi sedarkah kita hanya berangan angan kosong.
T.T

kenapa?

masih juga kita berseronok.
Tanpa segan silu berbahagia di bumi DIA tanpa risau kembali padanya dalam keadaan bekalan sedikit cuma. MALU!


MALU bercerita soal syurga tetapi tiada tindakan ke arah meraih Syurga!!

Moga Allah ampuni dosa2.. dan membuka hati kita seluas luasnya untuk melakukan sesuatu demi meraih redhaNYA..moga kita menjadi penghuni Syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.. :)

Sunday, April 19, 2015

Penulis dan tulisan



Berpeluh peluh kalau nak siapkan kerja/assignment/ journal writing apatah lagi thesis writing..
Tapi kalau menulis yang tak de kaitan dengan assignment boleh pulak bahagia??

Lumrah.
Itu terjadi pada saya..
Boleh menulis blog walaupun disaat tengah sibuk dengan kerja
oh.my bad~ jangan tiru aksi ini 

Sebenarnya..saya sangat teruk menyusun ayat yang proper.. kalau buat cerpen sekali pun banyak kali diedit dan banyak kali juga ditongsampahkan..~ (dulu belum ada laptop, saya tulis atas kertas)

pernah juga saya berangan nak jadi penulis buku.. dan pernah menghantar manuskrip ke beberapa tempat..tetapi ditolak dan ditolak.. (sakitnya tuh disini) sehinggalah terasa nak terbitkan sendiri even hanya mampu terbitkan 'zine' space..
tapi saya kira itu langkah kecil untuk mendepani masyarakat melalui tulisan..

saya sangat kurang pengalaman dalam bidang penulisan.. jadi banyak benda harus belajar dan belajar dan belajar.. Seminar penulisan merupakan platform terbaik untuk saya mula mempelajari teknik2 penulisan.. 

Tips untuk menulis oleh A samad said.. Ada 5 syarat untuk menulis

1) Membaca
2) Membaca
3) Membaca
4) Membaca
5) Menulis.

Nampak apa yang saya nampak?
Betapa ilmu itu sangat penting supaya tulisan yang ditulis sampai ke hati pembaca.. meskipun menyentuh hati itu 'kerja Allah' tetapi.. tulisan yang ditulis lahir dari hati akan bertapak jua ke hati..

Satu lagi tips menulis adalah MULA MENULIS.. Jika saya tidak mula menulis sekarang? maka bila saya akan menulis?

Maka, saya menggedik hantar artikel kat tazkirah.net dengan harapan mereka membimbing saya menulis.. kononnya nak jadi penulis sukarela.. banyak betul masa aku.. pastu stress..tq Afifah jamal tagged saya.. haha..


cik puan.. haha.. confuse aku cik ke puan. tapi secara bahasa formalnya puan adalah panggilan hormat untuk perempuan dan tuan bagi lelaki.. tiada sebarang kaitan dengan status.  :)



Fuhh.. part ni membuat saya berpeluh di hari hujan.. Objektif tu sangat mencabar diri.. menakutkan.. sungguh, nak mendisiplinkan diri menulis dan menulis tu susah.. sebab saya menulis kadangkala bermusim.. ikut mood..~
oh..my bad again..





So, dengan adanya tawaran tersebut.. saya cabar diri sendiri buat sesuatu.. maybe itu boleh jadikan saham buat saya akan datang..
dan mengasah lagi skill menulis..
iyeke yob?

doakan. 
doakan
dan doakan saya..
may Allah ease.

^_^

cikmawar
teratak siti khadijah
1900
 

Template by BloggerCandy.com