Saturday, January 24, 2015

Kaum - kaum yang pupus!



Kaum kaum yang pupus.
Kita sudah seringkali mendengar cerita-cerita berkaitan kaum yang telah dihapuskan oleh Allah di atas muka bumi ini kerana kedegilan dan keingkaran mereka.

ALLAH BERI AQAL!


Manusia mempunyai otak dan haiwan juga mempunyai otak.

Beza manusia dengan haiwan adalah Aqal dan Deen. Aqal untuk berfikir dan agama untuk menilai mengikut piawaian dan landasan sepatutnya.

Jika kita tidak menggunakan aqal dan mensia siakan agama?

maka apa bezanya kita dengan haiwan??
tepuk dada dan tanya iman.

“Dia mengilhamkannya(manusia) keburukan kebaikan.” 

Surah Asy-Syams : 8.

Ya! memang kita ada hak memilih. dua pilihan terbentang luas. sama ada melakukan kebaikan atau keburukan.


dan


Dunia hari ini yang semakin tunggang terbalik. Cuba renungkan peristiwa peristiwa yang berlaku sejak akhir akhir ni? kejadian 2014 yang sangat memberi makna yang mendalam. Banjir yang Allah turunkan di beberapa negeri di Malaysia, beberapaka kejadian kapal terbang yang sangat memberi kesan yang saya kira semua cakna.


dan yang paling meruntun jiwa adalah masalah keruntuhan akhlak yang makin menular dan menjadi virus virus merebak halus dalam jiwa remaja muslim khususnya.


saya kira permasalahan keruntuhan akhlak itu masalah besar!

cukuplah dengan isu KPOP yang diviralkan beberapa minggu lalu menggemparkan kita semua. ada yang mengutuk, sumpah seranah, mengkritik, mengata dan sebagainya.

mereka itu tiada akalkah?

mereka itu tak faham agama kah?
mereka tu tiada rasa bersalahkah?
berpelukan tanpa rasa segan.

100% kesalahan disandarkan pada mereka. dan satu persoalan kembali menembak diri sendiri..


dakwah kita takat mana?

didikan dan pendedahan macamana?
kenapa dan kenapa masalah akhlak itu semakin menjadi jadi seolah olah agama diketepikan begitu sekali.. 

Maka kita kah yang akan menjadi fitnah kepada agama??

sekali lagi..tanya diri sendiri.. Apa sebenarnya kita buat??

Tidak pernah kah kita mengambil iktibar walau secebis dengan peristiwa kaum2 yang telah dilenyapkan Allah dari muka bumi kerana ingkar kepadaNYA.


Kaum 'Ad  dan Uber ditimbus ribut pasir yang dasyat

kaum thamud yang tidak seorang pon dibiarkan hidup
dan kaum Nuh sebelumnya telah ditenggelami banjir besar
kaum Lut a.s dan bandar yang telah dilingkupkan.
Firaun dan askar2 nya yang dilemaskan dilaut
Kaum saba' dalam banjir arim

maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kita dustakan?tidak sedikitpun kita mengambil pengajaran? 


Allahu.. tanda2 akhir zaman semakin banyak. dan kita sedikit sekali menangis dan banyak bergelak ketawa.

seolah olah tidak takut mati tidak takut azab!
nauzubillah..

kembali mohon kepadaNYA dan bersujud. Moga kita diampunkan dan diberi kesempatan bertaubat.. dan moga dijauhkan dari maksiat yang merosakkan.




Wednesday, December 31, 2014

Sucikanlah niat di hati






Tiba2 malam ni nak nyanyi lagu ni dan ulang3..
Ce teka lagu apa?

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Tuesday, December 30, 2014

Ma, nak balik.. :'(



"Titipkan rindu dalam doa-doa.
Maka ketika ia datang beribu kali,
 beribu kali pula doa itu dipanjatkan."
_Tere Liye


Masa yang selalu 'mengejar'.. Dan setiap kali itu aku rasa sesak..
Dalam hati tetap gentar dengan suatu rasa itu!!!
Takut luar dari biasa..
Moga terampun dosa.

Dia itu maha menghitung..
Moga dosa2ku terampun..
Yang dilakukan dalam sedar mahupun luar dari kesedaran..
Yang aku lakukan penuh sengaja atau tidak..
Yang aku lakukan dalam terang mahupun bergelap.
Sungguh! DIA maha melihat..

Aku rindu mereka saat ini..
Moga mereka juga merindui aku suatu saat nanti..
dan titipkanlah rindu itu dalam doa doa..

Tahun yang bakal melabuhkan tirainya..
memaksa aku menghabiskan tulisan tulisanku yang terakhir..
Ingin saja aku tulis panjang panjang..
Agar dapat aku titipkan pesanan untuk seorang demi seorang..
Yang aku cintai kerana Tuhan..
Mungkin di lain kesempatan.



Sunday, December 28, 2014

Manusia -manusia yang zalim



Moga aku selalu ingat
Allah itu selalu ada
Allah itu selalu dekat

Moga aku juga tak lupa
Allah itu maha mendengar
Allah itu maha Pengampun..

Awan memberi peringatan..
menyampaikan titah Tuhan pada makhluk sekaliannya.
Maka kita campakkan dalam jiwa atau buang tidak bererti??


"Dan tidaklah Kami menzalimi mereka tetapi 
merekalah yang menzalimi diri sendiri" 
(43:76)


dan kitakah manusia manusia yang zalim itu??
Ya!
andai kitalah yang menjauhkan diri dariNYA
Ya!
andai kitalah selalu ingkar padaNYA
Ya!
andai kitalah manusia yang melampaui batasNYA
Ya! 
kitalah yang berfoya foya bergelak ketawa
seolah dunia ini kita punya..

Masih jua Allah pelihara kita dalam kasihNYA.
Menegur penuh sayang.
Menghantar makhluk berbahasa alam

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Wednesday, December 24, 2014

Sebenarnya untuk aku



Selalu saja, ayat yang kutulis tidak sampai maksudnya..
Selalu saja butir bicaraku tidak difahami..
Selalu saja perkataanku disalah erti, disalah tafsir..
Selalu juga, tulisanku ini mengundang masalah komunikasi..

Tidak mengapa..
tulisan kecil yang aku bumikan di blog ini adalah untuk diri sendiri dan jiwa jiwa yang memahami..
tidak mengapa, tidak perlu kamu ulang tayang kesalahan lampau aku lalu dibandingkan dengan tulisan cintaku pada tuhan.

Hari ini, cita cita aku cukup besar untuk buat itu dan ini..
Lalu untuk membenih suburkan cita cita aku,
ku coretkan sedikit demi sedikit dalam ruangan maya ini.
Walau bercorak peribadi..kurasa ia ber erti..

Silakan kamu berlalu..kalau ucapmu cuma menikamku perlahan lahan..
Silakan kamu berundur.. kalau setiap hari kamu mengintaiku untuk mencari salahku..

Benar. 
dalam tulisan seolah olah aku lah pengerusi, aku lah presiden, akulah menteri, akulah orang paling berjaya, akulah orang paling baik, aku lah paling hebat.
hakikatnya,
Aku cuma seorang gadis kecil yang bersembunyi dibalik pintu almari.

Adapun aku..bukanlah keyboard warrior.
sedikit sedikit aku cuba kumpul kekuatan.
mencari keberanian menyuarakan luahan hati yang kasihan..

*wahai makhluk kuning yang selalu duk jadi silent reader dan mengutuk aku..shiuhh3..ruqyah baru tahu*

 

Template by BloggerCandy.com