Saturday, September 13, 2014

:'(

2 3 hariku yang mendung..
naluri aku makin kuat.
perasaan tidak enak menjengah kembali.
untuk bersuara bagai jantung luruh ke bumi..

kaki aku terketar-ketar.
seolah tiada tempat bersandar..
perasaan makin tidak keruan.
entah mengapa..
instinct itu lagi..lagi dan lagi..
arghhh..
mereka kesayanganku.
mereka kesayanganku bakal pergi.

tiada lagi mereka.
beberapa ketika akan datang.
mereka kesayanganku benar-benar pergi.
kerana mereka pinjaman seketika cuma.
dan
waktu itu..
aku mungkin rebah sebelum bangkit.
dan aku akan kembali bangkit.

13 sept 2014
_mood : swing



Monday, September 08, 2014

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR!

credit pict :)


Bermula Form 1 sampai Form 5 aku dikelilingi orang se agama, se bangsa, se gender.Risau suatu hari aku xboleh adapt dengan situasi asing!

Dan.

Masa aku jalani latihan Khidmat negara ( PLKN ) aku mula biasakan diri dengan surrounding yang lebih open. Ada macam2 orang aku jumpa.

Hari ini..Sudah 4 tahun aku diupsi..4 tahun jugalah aku menjadi penghuni paling setia di kolej Harun Aminurrashid.. Akhirnya,baru aku merasakan aku rupanya terlalu bermanja di kolej. 

Akhirnya Allah 'campakkan' aku pada situasi yang menyebabkan aku ‘perlu’ untuk bertindak dengan lebih serius dua rius!

Ya! Misi dakwah menjadi makin besar. Sebesar penumbuk gajah! *eh?

Satu tanggung jawab kini terpikul lebih berat di kedua-dua belah bahuku.

Dulu.
Mungkin aku terlalu bermanja. Lembik. Kerana dikelilingi orang se fikrah (satu pemikiran)
Satu hala, satu jalan yang sama. satu lorong dengan aku. Ada yang selalu menasihati, ada yang selalu mengingatkan. Ada yang selalu menegur!

Dan.
Dulu. (xdelah dulu sgt..beberapa tempoh ke belakang)

Aku berada dalam kelompok yang sama! Terkadang terlalu asyik berada di zon selesa di mana aku berada bersama ‘mereka-meraka’ yang berpurdah, bertudung labuh, bertudung segi, bertudung polka dot, bertudung saji (pendek kata bertudung) dan ‘mereka-mereka’ yang sefikrah. Sekali lagi aku ulangi ayat sefikrah.

Okay.Banyak yang ingin aku tulis a.kay.a kongsi sebenarnya. Dan mungkin perlu berepisod-episod entry bertajuk MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! kerana aku merasakan perjalanan hidup aku akan datang akan lebih seronok dan mencabar! Ahaaa..stay tune.


1. BE POSITIVE!

Bersangka baik pada Allah. Ini aku letakkan sebagai priority list.
Beberapa minggu mencari rumah sewa. Dan sememangnya aku mencari rumah sewa yang ‘kena’ dengan jiwa.. Dan duk mintak sgt2 dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Cari punya cari rumah sewa sejak bulan Ramadhan. Misi pencarian rumah sewa bermula di Kolej Aminuddin baki..Sebab dengar2 boleh sewa kat situ dengan kadar sehari RM4..entah mitos ke ape ni. Jawapan yang aku terima.. Dah full katanya.

Oke. Fine.
Menjadi penghuni liar sementara dapat rumah baru, aku menumpang kasih di rumah ex housemate semenjak Ramadhan sampai d end of August..
Dalam hati hanya Allah je tahu betapa segannya aku begitu lama menumpang kasih sayang peluk cium dirumah orang. Ohohoiii..Thanks to them :’(  (TAKPE..Ukhuwah katanya)


The BEST ever! BE POSITIVE.

Actually melly..

3 facts about me
1. Susah untuk positif di permulaan
2.  Tetapi akan mula berfikir di pertengahan
3. dan mampu rational di pengakhiran

At d end.
Berbalik kepada kata-kata “BERSANGKA BAIK PADA ALLAH”
Everything happened for a reason. A very good reason right?

InsyaAllah lepas ni akan ada rumah sewa.. Dan selang beberapa hari  Kak Ifah meng’offer’kan rumah sewanya untuk menggantikan tempatnya. Eksaited kemain. Taman U pulak tu..memang area situ jugak yang aku cari sebenarnya.


Ambil contct number , deal dan terus bayar deposit. Hiphip hooray!

Kan dah cakap  “Be positive”.. There will be a solution. All praises to HIM.


**Banyak lagi nk storymory..next entry lah ye. Penat nak taip.



Tuesday, August 12, 2014

Intai dibalik tirai





Usah kau minta diundurkan MASA.

Walau dikembalikan ke masa lalu. tidak mustahil kau tetap melakukan kesalahan yang serupa.

Pintalah Allah aturkan masa depan yang ada.
Agar setiap langkah diiring berkahNYA.
Setiap kerdipan mata tidak tersia
Setiap hembusan nafas penuh redha
Setiap denyut nadi merindui SYURGA!

ah!
Kau selalu alpa.
pura-pura.
dusta.
bongkak.
riak.
sombong.
bakhil.
degil.

hina.

*memang daku hamba yang hina,jangan Kau hinakan kami di akhirat sana. 


Wednesday, April 30, 2014

'SPACE'



" Apa kita buat ni luqluq?nur insan?"
" Betulke apa kita buat ni ye?"
"Macam takde thesis je kita buat benda2 ni semua kan?tengah sibuk2 macam ni, kita gatal2 nak terbitkan SPACE.."

khali;

macam2 ayat sinonim lagi yang keluar dari mulut 3 sahabat.

"Syukurlah. kalau kita sibuk bukan pada perkara maksiat. Kalau kita tak buat Tinta ni sekali pun, adakah masa kita gunakan sebaiknya untuk Thesis?" tak juga kan? hahaha..kena batang hidung sendiri"


Lama dah.
menulis di 'daerah pribadi'
meluahkan suara2 halus yang jarang didengari.
tiba-tiba dengan ke 'eksaited' an yang melampau-lampau,
kami buat keputusan ingin terbitkan BUKU!!
oke, pembetulan. Its more to TINTA.
46 karya.nak kata prosa ke puisi..tapi sepertinya tidak mengikut format-format sastera
nak kata ia cerpen, mungkin ia lebih kepada cerapu (cerita merapu)

what so ever.
again.khali;

maka pada tanggal 23 April merangkap hari kek buat si cantik luqluq, kami nekad menerbitkan jua!
ia merupakan satu kepuasan!
bila berkongsi rasa.
biar bertebaran seratanya.
kalam ekspresi cinta pada Tuhan.

terima kasih buat yang menyokong.
memberi sumbangan.
memberi 'support' secara diam-diam. haha
dan
yang tak putus-putus mendoakan.

meskipun Tinta SPACE tulisan-tulisan ringan.
terkadang kami pun tak tahu 'apalah agaknya yang kami tuliskan'
selayaknya dipanggil tulisan jalanan. 
kerananya kami menulis tidak ada masa khas diperuntukkan.
sepanjang perjalanan.yang jauh lagi panjang,
terkadang terlintas.terkadang sesaja tangan menaip di papan kekunci.
senang cerita. Itu aku kira sebuah tulisan kecintaan.
DIA hadiahkan.
DIA ilhamkan.
titik.

Pernah juga aku rasa.

"Malulah orang baca, lagi-lagi bila orang yang baca tulisan aku tu bersebelahan je dengan aku.. kalau nak baca boleh, tapi bila aku tiada dekat-dekat.." hurm..bukannya apa..aku kan pemalu.. *err? :p

oke, dah mengarut. 
akhir kalam, terima kasih buat anda2 yang telah mendapatkan tinta SPACE.
Alhamdulillah, tak pernah disangka-sangka sambutannya sebegitu..
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Syukran buat luqluq dan Nur Insan.
Yang selalu support idea yang tak 'masuk akal' kadang2..
thanx.. A lot dear.

Sebarang feedback atau komen penambahbaikan dari pembacaan tinta tersebut di alu-alukan dengan suka hati dan girang gembiranya. 
dan lagi satu.
jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi.
bahawasanya jika anda mendapatkan Tinta tersebut,anda akan membaca ayat-ayat power,meletop,tiptop,bombastik, gedebum dan seangkatan dengannya.

kerananya.
Ia hanya tulisan 'cakar ayam'
sekadar tinta 'jajan' 
mungkin anda pun mampu bertulisan sedemikian.lebih dari apa yang kami tuliskan.
wallahu'alam.

Tuesday, April 22, 2014

Hanya satu kali | 24

Yang ada dalam kepala Taufiqah penuh question mark..
Abah pula seakan selamber je x de ckp apa2 pun..
Ibu biasanya memang senyap kalau belum masanya dia cakap sesuatu..
So, aku pun buat tak tahu juga la..
tapi remain puzzle..ahhaa..

biarkan masa berlalu bersama angan2 palsu..eh?

satu mesej masuk. Daripada Lily..

"Taufiqah, awak kat mane? saya nak jumpa awak boleh??"

Masya Allah. Aku lupa nak infom kat Lily yang aku balik kampung sekejap..tulah..balik pun adhock..sempat bagi tau kat nazira je..

Segera aku menekan keypad telefon menyusun aksara.

"Saya kat Kampung Lily..ada apa2 boleh bantu ke?" Tanya aku penuh rasa bersalah sebab tak maklumkan sepatah kat Lily..

Tak lama kemudian masuk lagi mesej...

"Erm, tak pelah..saya tunggu awak balik. Saya rasa lama sgt tak jumpa awak..saya rindu..saya tak sabar nak tunjuk awak sesuatu..."

"Tunjuk sesuatu? ni buat saya tak sabar..Ok, c u soon dear... :).." aku mengakhiri mesej dengan penuh 'ke eksaited an'..haha..ayat dah tunggang tebalik menunjukkan betapa terujanya ingin tahu apa yang berlaku pada lily lebih daripada ingin mengetahui persoalan siapakah 'adam' yang jenuh aku pikir2 dari tadi..

Aku mengambil angin di beranda..Angin malam yang mendamaikan..
kononnya macam Rapunzel tengah tengok bintang2 yang cantik..
kat kampung ni semuanya rasa rasa yang nyaman sahaja..
semua membahagiakan.

3 hari berada di kampung.
Taufiqah balik semula ke bumi ilmu!

Sesampainya di universiti,
Apa yang  paling tak sabar2 dia nak buat ialah menemui Lily.
Terus mengatur kaki menaiki tangga blok4 aras 3.. biliknya di hujung sekali..
penuh debaran.
Taufiqah mengetuk perlahan pintu biliknya.senyap. tidak berjawab.

tiba2..ada suara lembut. aku tahu itu suara lily...

"kejap..kejap..."

tapi daun pintu masih belum dikuak. 300 saat Taufiqah menunggu di hadapan pintu bilik Lily.

"Tadaaaaaaaaaa" dengan senyum simpul meleret dengan sebaris gigi ditayang lily menarik tepi jubah biru lembut ala2 mempamerkan gaya princess..

menggayakan dengan Tudung bidang 60' warna biru gelap, dihadapan pintu bilik..Lily seolah-olah bahagia sgt....

Beg yang dipegang Taufiqah terjatuh ke lantai..
sedikit terkejut.
Eh, bukan sikit. banyak jugaklahh..

Kurang dari 3 saat Taufiqah terus memeluk Lily seeratnya dengan titisan air mata berjujuran ke pipi.
kasih teramat.
itu yang dirasakan.

jauh disudut hati. Taufiqah masih berteka teki.
Bila Lily memeluk Islam?
Allahurabbi .. hanya syukur memenuhi segenap jiwa dan nubarinya.

" Fiqah... saya mahu memeluk islam!" lily yang tadinya tersengih sengih terus menangis.. sebak mungkin. Sekali lagi erat pelukan Taufiqah. Kali ini diiringi doa agar segalanya dipermudahkan.

"Saya dulu memang athies. Tak percaya wujudnya Tuhan....tapi saya fikir2 balik..kenapa saya menafikan wujudnya Tuhan sedangkan saya begitu cemburu bila kawan2 saya yang islam, mereka percaya Tuhan dan hidup mereka lebih tenang, dan teratur. Saya tengok, kawan2 yang rapat dengan saya..awak, nazira..masing2 sibuk thesis sama macam saya. tetap solat tak pernah tinggal..waktu senggang buka Al quran..paling kurang buka buku2 bacaan.. osemm!! orang islam osem!! hidup mereka terisi..dan semestinya saya percaya Tuhan agama awak memang hebattt!!!!"

panjang lebar Lily menerangkan. Bersungguh sungguh.terkadang terjongket bahu dia bercrita.. Allahurabbi! 

AllahuAkbar!! speechless.Tiada perkataan lain selain Alhamdulillah mampu kuucap. Hidayah itu milikNYA.DIA akan berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. 
dan Lily terpilih kerana dia juga berusaha mencari Hidayah Allah itu.. :)


"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNYA menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit.Demikianlah Allah menimpakan siksakepada orang-orang yang tidak beriman"

Al-An'am : 125

 

Template by BloggerCandy.com