Wednesday, August 28, 2013

Hitam.Putih

Search image :hitamputih keluar gmbar ni..haha *tetibe
Hari rabu.
Oh,wajib baju putih kain pink tudung pink (pelis imagine aku pakai baju puteri islam)
then keluarkan telefon dari beg.covernya kaler pink
pencil case pun keluar sekali.kaler pink
gunting.pink lagi
botol air.masih pink
tupperware, baldi, fail?
tetap pink.
oke..ini bukan merancang.ini kebetulan.

"tak sangka zati minat pink"
"wah..merah jambuuuu..."
"Amboi pink nya.."


pembetulan okay. saya tak minat pink.saya suka warna hitam putih.
dan seangkatan dengannya adalah kelabu.
hitam putih kelabu.fullstop

kalau beli barang warna pink.
1)mungkin disebabkan tangan aku yang 'terambil' haha.boleh pulak taknak mengaku.
2)oke,alasan lain.mungkin sebab aku ni masih ada naluri keperempuanan keayuan kelembutan sebab tulah beli barang kaler tu kan..
3)Kalau tak percaya lagi, mungkin aku beli barang warna pink sebab dipengaruhi oleh kecomelan barang tu yang mempengaruhi aku.haha.
4)Tak mestinya suka hitam putih mesti beli barang hitam putih. right?


Faktanya : Aku bukan minat pink. tapi aku tak nafikan pink itu cantik, sweet dan mampu buat hati aku cair..(ayat macam ape dah)

dan

Rasulullah s.a.w pun suka warna pink,putih,hitam,hijau, kelabu dan juga warna bercampur-campur.

you say you love rain,but you use umbrella to walk under it
you say you love sun,but you seek shade when it is shining
you say you love wind, but when it comes you close your window
so, that's why I'm scared when you say you love me

_Bob Marley


love black and white but choose pink?
haha-kena batang hidung sendiri. =.='


Monday, June 24, 2013

Fuhh..tiup laju2

Salam 15 syaaban
makin menghampiri Ramadhan.Allah.sayunya..entah sempat entah ke idokk yob?


Jerebu.
sekarang isu jerebu kalah drama Teduhan Kasih..
masing2 update status berkaitan jerebu sana sini..keselamatan bagai sepanjang musim jerebu nih..
tak kisah.di twitter, facebook mahupun blog.tak kurangnya aku..haha

Alhamdulillah.
tanjong malim masih dalam keadaan terkawal..


Jerebu.
Kita sibuk sana sini pasal jerebu
Dalam hati dah lama jerebu kan  ??entah2 dah sesak dalam dada.
JEREBU DOSA
Fuhh..tiup laju2 angin jerebu..




patutlah angin 'moody' semacam kan?
aku lah tu..
mesti something wrong somewhere!

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah! 

Masih punya waktu.InsyaAllah..terkadang manusia banyak sangat Allah bagi nikmat sehingga lupa untuk mengucap SYUKUR alhamdulillah..

Sedangkan sibuk mencari-cari kurang dimana-mana..masih kurang itu dan ini..masih tak kena sana dan sini..
Masih merungut macam2..
seolah-olah tiada satu pun yang kena dengan hati..


Allahurabbi..celik mata luas2..
rupanya jerebu dalam hati dah lama tebal..berkepuk-kepuk sudaa..pernah kita kesah?pernah kita hirau?
Tepuk dada tanya Iman..


....Warahmati wasi'at kulla syai'
"My Mercy embraces all things" "... Rahmat-KU meliputi segala sesuatu.."
jom belek2 Quran tafsir kejap..
Surah Al-A'raf verse 156

Pesan ustaz Siddiq, bukan ‘amal’ yang membawa kita ke Syurga, tetapi ‘rahmat’ ALLAH SWT. 


Rahmat ALLAH
Rahmat ALLAH
Rahmat ALLAH
dan Rahmat ALLAH..

koreksi diri kembali..
Teduhan kasih.
jangan tengok kosong2..
ambillah ibrah daripada kronologi cerita tersebut **eh?dah macam pengulas crita dah aku ni

The law of nature..
segalanya dengan Rahmat dan Kasih sayangnya..
buat aku terfikir.
termenung.
ter tak senang duduk. 
ter itu dan ter ini [aku memang suka macam ni pun]

sampai nak lelap mata pun kadang2 susah..

T.T
"Besarnya pengampunan Allah pada hambanya sedang kita tetap berbuat perkara yang maksiat dan melanggar perintahNYA..yet repeating the same mistakes and keep repeating n repeating and repeating..."

oh..


p/s : Jerebu kat luar boleh pakai mask, jerebu dalam hati nak buat apa?? again.tepuk dada tanya IMAN!!




Thursday, June 20, 2013

headshot # 3



"Dakwah bukan untuk orang manja ! "

"Tarbiyah, tiada yang mudah! "

Alih2 dakwah dan tarbiyah..dakwah dan tarbiyah.
2 perkara.tak boleh berpisah.


oke, meh sini nk debik sikit.
betulke.... Kau dikatakan seorang pendakwah?
sedang kau memilih-milih orang untuk berdakwah?
Kau dikatakan pendakwah?
sedang target kau cuma yang berkopiah?
Kau sedang berdakwah?
sedang yang dipilih cuma bertudung labuh dan berpurdah?

come on lah!

Pinjam tagline Inche Gabbana


" we do too little dakwah, 
  too little tarbiyah
and too much jahiliyyah,
yet we expect to enter jannah?"


dush! ketuk kepala sendiri laju2..




Dakwah tu satu proses utk menghimpunkan manusia2 atas kebaikan dan bimbing mereka untuk mengenali kebenaran..yes..

It is a process. not a stop centre!

Perjalanan seorang dai'e panjang. dan jalannya bukan dihampar karpet merah, kuning, biru, hijau dan karpet berbunga2..
tapi penuh duri ranjau dan halangan yang perlu ditempuh.

dush! batu hempap kepala lagi..
tiba2..
satu soalan yang keluar buat aku betul2 berfikir sepanjang hari..
tak senang duduk..
"Fikrah?"
kejelasan fikrah.
oh! buat aku terkedu..
mutarabbi mencerminkan murabbi..
sedikit sebanyak terpalit padaku..


Satu perkataan buat aku berfikir panjang..Fikrah.

Isu kejelasan fikrah.
kejelasan fikrah.
dan kejelasan fikrah selalu ditekankan. yes..fikrah yang jelas itu perlu dan penting sebelum mengintimakkan diri dalam jemaah.I admit. mungkin ada salah aku di mana2..


oh my?
Apa yang aku rasa ini?
Apa yang bermain-main dalam kepala aku ni?

perlu ke timbul lagi soalan itu?
once mutarabbi dah menjejakkan kaki mengikuti jalan dakwah itu.. bermaksud Allah yang pilih dia. bukan aku.. melepasi tapisan Allah setelah ditapis berkali-kali.

i wonder..
tapisan manusia masih ada keraguan..

Dulu,
aku juga sama.
aku bukanlah outspoken seperti mereka2..
aku pendiam.
aku pemalu.(err?)
ilmu aku cuma seciput..
yang  ada masih perlu ditambah-tambah
banyakkan bacaan, luaskan thaqofah
jelaskan fikrah..
perbetulkan akhlak..
sebarkan dakwah.

mereka.
ilmu tinggi..tarbiyah mantap..akhlak tip top..akademik daebakk..
ukhuwah terbaik..aku tabikk..
dengan aku bezanya jauh bagai Kelantan dengan korea. *ehh tibe2??
oh.sampai bila aku nak berfikiran macam tu?
lalu siapakah yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w kalau bukan kita2..?
Ubah diri.
belajar jadi rajin.rajin mencari.rajin menuntut.



Maka wujudlah halaqah atau happy circle atau usrah atau bulatan gembira..
sehingga aku rasa aku perlu untuk mentajmikkan adik2 dan kawan2 rapat mengikuti jalan yang sama.
Lalu teruskanlah dakwah fardiyah untuk berbulatan gembira segembiranya..



tanpa mengira bertudung labuh atau tidak.
berjeans atau tidak
yang penting.kelangsungan dakwah dan tarbiyah..
yes.
kelangsungan dakwah dan tarbiyah.
kerana kita tahu umur dakwah itu bukan dikira dari segi berapa usia individu yang melakukannya, tetapi umur ummah dan pendakwahannya..segalanya adalah di dalam percaturan Allah s.w.t.


Hari ini apa yang kita2 buat?
masih berada di depan laptop?
sibuk menaip status2 di facebook dan tweet2?




kena ketuk kepala lagi sekali..


So,Pacak dalam2 dalam hati..
Islam itu tidak akan kembali memerintah dunia jika penolong2 agama ini tidak bersungguh, bermalas-malasan dalam bekerja untuk agama..


wallahu'alam


**Allahurabbi..tembak laju2 doa untuk mereka2 yang sedang menjalani proses tarbiyah itu..grablah peluang yang ada untuk terlibat secara langsung dalam perjuangan itu..insyaAllah.. Allahu musta'an!




Friday, June 14, 2013

headshot # 2



Puan hajah lagi..
maksudnya dia masih memanjangkan ukhuwah dengan puan hajah

kali ini bertegur sapa melalui telefon pula?
kadang2 dia terfikir..
puan hajah yang dipanggil ibu itu bnyak mengajar dia erti sebuah perhubungan~


ibu.
kali ini ibu berpesan pada dia..
jaga kesihatan..
jaga makan minum.
yang paling penting jaga solat.


ibu bertanya dia lagi..
sejauhmana dia bersedia untuk menghadapi praktikum.
dia terkedu.
lupa bahawa ibu juga seorang guru.
guru bahasa inggeris sekolah rendah.


Dia hanya cakap "macam belum ready lah ibu..."
kalau dia cakap begitu pada emaknya..
mesti kena bebel. 


ibu tanya, " agaknya bila dia ready? mungkin sampai tiba di sekolah nanti pun masih tetap jawapan yang sama..kan? "

oh. head shot.

"Dalam kehidupan ni..perkara yang penting adalah merancang. PLAN and ACTION.
baru kita sentiasa maju ke depan...." sambung ibu lagi..
"........... sama jugak bab kahwin.. yang ni ibu taknak cerita, kamu kena fikirkan sendiri..."


oh.dia macam nak nangis..
asyik2 sebut soal kahwin..
ayat itu macam dihiris-hiris..
dia taknak fikir
dia perlukan masa
dia baru belajar menjadi lebih dewasa..


mungkin ibu tidak tahu..
dalam tidak bersedia..sebenarnya dia sedang membuat persiapan.


Dia merenung makanan atas meja..
tidak habis dimakannya.
tiada selera..

air mata jatuh dalam pinggan..

kenapa ibu?
ayatnya seolah-olah menaruh harapan.
buat dia serba salah..

dia mengangkat satu panggilan di telefon bimbit..
tepat pada masanya....

makkkkkkk........ :'(

to b cont~




Thursday, June 13, 2013

Thabat




Allahurabbi.ini gambar adik2 junior..
mereka bertadararrus setiap pagi..
sungguh. buat aku cemburu!



"biar rebah, jangan berubah" pesan kak sue naqibah disayangi..
satu ayat. cukup ringkas.
namun sampai sekarang, masih terkesan pada hati.


"jangan berubah..."
itu beerti kearah kejahatan..
dan setiap kali itu juga lah hati ini turut tersentap.


menyelak sejarah.. beberapa kali aku tersungkur.
namun akhirnya Allah jentik jua hati ini rasa kesayuan..
untuk kembali.


tudung ini..
yang kupakai sekarang. dulu yang kusarung bukan yang ini..
meskipun aku disekolah agama..


SMKA Naim Lilbanat.
disitu tempat pentarbiyahan aku bermula
sekarang..aku berada di UPSI
Universiti pentarbiyahan Syuhada Islam..


Hala tujunya sama, waqi' nya berbeza
wataknya sama. cabarannya berbeza

Doaku..moga Thabat dijalan ini..
moga hari demi hari 
aku belajar membaiki kelemahan diri!


 

Template by BloggerCandy.com