Thursday, March 28, 2013

I'm exactly what I'm supposed to be

In the name of Allah..the most gracious and most merciful..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda rasulullah s.a.w
Doa kirman buat ayahnda dan bonda~

Lama sudah jemari ni tidak menaip diruangan blog cik mawar bbungo ni..
walaupun hobi suka menulis..tetapi disebabkan oleh masa mengejar-ngejar..bnyak hobi aku terbengkalai begitu shja~

salah satunya jahit menjahit..kononnyee dulu nak jadi cikgu ERT..boleh 2 in 1..kemahiran berumah tangga dan cikgu sekali gus..hihi (pakej jimat)..disebabkan terjerumus dalam kos sains..maka aku ambil inisiatif jahit2 sekadar hobi..


bantal untuk asilah dah siap..handmade dengan jahitan kasih sayang..2 minggu baru siap..mana taknya..jahit sikit, buat keje lain..
untuk kak tim jangan sedih2..otw..untuk wani, sila tuntut time besday ye..


felt craft
keychain and phone chain utk bagi kat kawan2..x jual pun..sebab saya masih budak baru belajar ^^,
(terima kasih banyak3 kat madusemalu yang ajar wat benda ni )

seterusnya..bila dah masuk JMK sidang kedua..musim quilling art craft pulak..pantang dengar craft, terus nak try buat..

maka dengan itu, blajar la dulu buat quilling pada wooden stick bookmark..first try (thanx a lot kat Melur yang sudi ajar akak)

hasil pertama bookmark ni saya bagi pada 2 kakak tersayang..
kak Halawati dan kak ummi

then selebihnye..



hehe..yang ni je sempat siap..nanti insyaAllah akan disambung bila ada waktu2 free..hehe

hobi melukis pun dah lama ditinggalkan..walaupun hakikatnya..saya bukannye pandai melukis sangat pon..lukisan bodoh2 boleh la..dulu masa kecik2 suka lukes guna crayon..tapi besar2 guna pen n magic colour je..



 dan kadang2 melukis kat lappy..setelah bertutorial dengan kak halawati..
aku mula meminati lukis2 kat paint..


walaupon lukisan tu buruk..tapi bila melukis..aku rasa aku boleh lukis apa sahaja yang tergambar oleh otak yang suka berangan ni :p hihi


next..
ni apam polka dot..
kat rumah, kalo ade resepi baru, mulalah aku ngn kakakku menggedik mencubanya..
rupa x cantik..dan rasa x sedap sgt pun..walaupon kami dah ikut sebijik-sebijik dalam buku resepi..hehe..

hakikat dan fakta sebenar, aku bukan jenis orang yang dikategorikan selalu masak..masak tu memanglah masak..tapi kalau tiada keperluan mendesak aku x mengvolunteerkan diri untuk masak..bagilah orang lain masak..yee idak yob?
tolong potong2 bawang bolehla..

WHY?
malaskah?
nononono!!
hehe

Its oke, nanti kawen barulah boleh masak banyak2..
sebab bagi aku masak itu sesuatu yang special~
SO, hanya orang special shja boleh rasa masakan aku~weeeee
x gitu?
(walaupun aku masak bukanlah sedap sgt pon.. :p hehe, nasiblah..)

next hobi yang aku macam xde peluang langsung nak buat sekarang ialah menanam pokok..
masa sebelum masuk U pernah gak berkira-kira nak amek kos perladangan or pertanian..something yang ada kaitan ngan pokok n bunga..haha, padan muka..kena marah sebakul ngan mak sebab nak amek kos tu..
last2..amek cikgu sains jugak (sudah tertulis begitu )

hobi yang satu ni memang susah nak wat kat kolej sbb tanahnya banyak..tapi sume tanah orang punyee..
tanam pokok membuat hati rasa senang~
nak2 pokok bunga..tak kisahlah bunga apapun..
nak jaga pokok senang je..pastikan siraman cukup, cahaya cukup dan kata2 positif untuk pokok tersebut setiap hari..
dalam bnyak2 pokok, bagi aku..
kaktus paling susah untuk dijaga..mgkin ada yang cakap jaga kaktus tu senang..
tapi bagi aku ia suatu yang sangat rumit..
silap siram lebih air, mati..
silap letak jauh dari pancaran matahari mati jugak..
silap gatal2 tangan nak cabut duri kaktus pun mati jugak..

YES..kaktus memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti..

so, tak dapat nak tanam, aku beli je lah..2 pasu seringgit (erk??)

setiap satu kaktus tu ada nama..satu cik satu mawar satu bbungo~ (hehe-gurau je)



okelah..penat berceloteh..nak wat keje lain pulak..okelah~



Tuesday, March 19, 2013

Just A Story!




In the name of Allah, the most gracious and most merciful..

Nak story sikit..just a story..a fairy story..Ada seorang kawan..aku tak kenal pun dia ni..kenal hanya di alam maya..
Hanya memperkenalkan namanya Yuz..tidak mengetahui identitinya lelaki mahupun perempuan..
tapi intinct aku kuat mengatakan dia seorang perempuan..maybe dari segi gaya tulisan itu aku boleh baca yang dia ni memang perempuan..

hari2 dia tegur aku..
tegur di alam maya..sekalipun aku tidak online..tapi akan ada inbox message daripada dia..
kalau nak diikutkan..macam malas je nak baca mesej2 yang dia sampaikan..
tapi tangan tetap tekan keyboard untuk baca..


Allahurabbi..setiap kali mesejnya mesti menyentapkan hatiku..

1)Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (al -alaq)

"Menuntut ilmu itu satu cabaran yang besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu."

gulp..sentapan di pagi hari..T.T..tq


setiap kali mesejnya..aku tidak akan reply..sekadar membaca apa yang ditulisnya..


Aku menjalani kehidupanku yang normal..setiap hari ke kelas..ke kafe, balik rumah, meeting, discussion, buat benda yang sama..
Program2 yang kami anjurkan biasalah ada latihan senam robik..dan aku tidak terkecuali mengikuti latihan tersebut..utk mengingat step bukan mudah..dan stepnya macam2 gaya..ada yang lompat..ada yang fast movement, ada yg slow motion..
Tapi aku buat ikut kemampuan aku jela..
One day..aku ditaklifkan unit aktiviti..menjadi instruktor handle senam robic..

So what?hoho..nak tak nak aku kena buat..erm..

Dengan jayanya..selamat berlansung dah pun program tu..untuk adik2 diploma intake baru..


Hoho, cuba teka mesej apa lagi yang aku dapat?

“ seronok jadi instructor?menggedik sana menggedik sini atas platform depan adik2 laki? Awak tu pompuan, bagilah kat orang lain hndle..”
Aduhhhhh..sakit sangat hati ni..aku tengok mesej tu..12 minutes ago..thats mean..masih baru..
Tangan lincah menaip papan kekunci..

“maaf la, saya tidak tahu siapa awak, datangnya dari mana, tapi saya cukup hairan bila datangnya mesej dari awak mesti ada relatenya dengan kehidupan seharian saya..awak ni siapa?kenapa stalk stiap gerak geri saya?
Lagi satu, untuk yang senangrobik tu “istilah gedik sana gedik sini tu” sangatlah hiperbola..saya dah cuba semampunya utk tidak nampak gedik..just doing the ‘kaku’ step macam kayu dihadapan adik2 baru untuk slot senaman..dan saya hanya handle sebuah lagu yang stepnya biasa2..saya pun berfikir soal itu..memang kurang manis sbb saya ni perempuan conduct senamrobic..but in that situation, saya memang kena buat..terima kasih atas teguran..”


Mematikan ayat sampai disitu..
Dalam kepala..masih curious..siapalah si pengirim tu..


Keesokannya kawan alam maya aku ni reply..

......ketikamana kita berasa bimbang akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan, maka berlindunglah kepada Allah dan bergantung kepadaNya. Katakana kepadaNya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya daku tidak akan terlepas dari keburukan ini, melainkan jika Engkau yang melepaskan daku. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu.” 


Tiada kata mampu terungkap..melainkan rasa nak T_T
Ya Allah..
Huhuhuhuhuhuhu..
Keciknya aku rasa..malunya aku rasa..

Beberapa hari berlalu..sudah tiada mesej dari kawan aku..
Mungkin, kawan aku sudah fade up dengan aku..mungkin la..

Tiba2..satu artikel ditag buatku..

Tajuknya “ KITA muslimah, MAHALKAN DIRI, TINGGIKAN MARUAH”
Pengisian artikel tersebut bercerita tentang srikandi2 islam zaman Rasulullah..peribadi mereka layak dicontohi...”

KITA muslimah, maksudnya..kawan aku tu perempuan..
Yang cukup mengenali aku siapa tetapi aku tidak cukup mengenali dirinya siapa..Allahurabbi..

suatu petang yang damai..aku keluar berjalan-jalan ke tasik bersama 3 orang sahabat muslimat..
kami jalan2 menghirup udara segar sambil makan cempedak goreng..saya meluangkan masa bersama sahabat baik..tiba2 datang 3 org kawan laki ke tempat kami buat bulatan gembira...tidak dapat menghalang kehadiran mereka..mereka borak2 dengan kami..mungkin orang sekeliling memandang kami seperti agak 'social' berbual2 mesra..yelah..sbb 3 orang kawan kami tu cukup dikenali....

erm..
malam itu, dapat lagi mesej misteri..
"once dah cakap nak jaga ikhtilat..
bukan jaga ikhtilat dengan orang yg kita suka shja..nk jaga hati..jaga itu dan jaga ini..
tapi dengan semua yg bergelar ajnabi~
watch out~
 
Terima kasih..Allah hadirkan insan menegurku..meskipun tidak aku kenali siapa dirinya..yang aku tahu dia seorang sahabat..yang memimpin aku kejalanNYA..yang aku tahu..aku dan dia dibawah langit yang sama, di ats bumi yang sama..di jalan yang sama, menuju redhanya..
Aku manusia biasa..bnyak lemah dan kurangnya..tapi disaat itu juga..Allah hadirkan insan2 yang mampu mengembalikan aku dari terus-terus menjadi lemah..

Buat insan bergelar kawan di alam maya..terima kasih..

p/s :just a story..a fairy story..


Saturday, February 23, 2013

Dia Qistina # 9




Hurm..cepat sungguh masa berlalu..rasa macam sekejap sangat berada kat kampung..malam ni dah nak bertolak ke bumi murobbi..entah bila pula agaknya dapat balik ke kampung halaman lagi..aku akan merindukan mereka..rindu mama, ayah, abu zar, fatimah dan aisyah..berat rasanya ingin pulang..tapi apakan daya, tanggungjawab di sana menanti..

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Yang berusaha Dr Syed Mikdam Syed Ahmad,Pengetua kolej , yang dihormati Muhammad Yazid bin Yasin,pengarah program Bicara Ilmuan,barisan panel forum , Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Ustazah Norhafizah Musa serta saudara Ahmad Tasqidi bin Haji Mokhtar selaku moderator serta hadirin dan hadirat sekalian.”

Allahurabbi..aku membulatkan mata setelah mendengar nama yang disebut pengacara majlis sebentar tadi..Nama yang cukup kukenali..Ahmad Tasdiqi bin Haji Mokhtar..Moderator?

Aku memandang ke arah pentas utama untuk memastikan kesahihan tersebut..Ya Allah, memang benar sangkaanku selama ini..memang sah dia orangnya..Dia yang aku jumpa dalam kelas Organic Chemistry, dia juga yang duduk seat sebelahku sewaktu pulang ke kampung tempoh hari..Ya! memang dia..Ahmad Tasdiqi yang kukenali sebagai Ketua pengawas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian dulu..Dia yang melemparkan fitnah keji terhadapku dulu..dia yang mencemarkan namaku dulu..Dia yang menyebabkan aku diberhentikan sekolah..

Bukankan aku mencadangkan nama akhi Fakrul ataupun akhi Fikri? Kenapa boleh tasdiqi yang menjadi moderator?

Air mataku jatuh ke pipi..segera kukesatnya supaya orang sebelah tidak perasan..kulapangkan dada untuk mendengar jua forum tersebut sampai ke penghujung..tidak ingin aku merosakkan majlis..lagi-lagi, forum ini program yang baik..program ilmiah yang patut aku ambil manfaatnya..takkan aku nak rosakkan ilmu yang dicurahkan ustaz dan ustazah yang banyak ilmunya disebabkan oleh seorang moderator sahaja..

Lamunanku terhenti..jiwaku tersentap mendengar bacaan ayat suci Al- Quran yang cukup merdu dituturkan oleh moderator sebagai pembuka bicara..ayat dari surah Az Zumar ayat 53 dibaca berserta maksud :

“Katakanlah : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Seolah-olah kena dengan situasi..ayat tersebut sangat menyentuh hati..Astaghfirullahal’azim..Engkau penerima taubat..ampunkan diriku yang penyimpan dendam..ampun diri ini yang tidak berjaya mengawal amarah..ampunkan diri ini yang tidak berdaya melupakan perkara yang telah berlaku terhadap diriku...entah mengapa seakan ada sekelumit sakit di dada bila mengenangkan perbuatan tasdiqi terhadapku..Ya Allah,redhakanlah hatiku memaafkan dia..
***
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya..Tepat jam 12 malam kami selesai postmortem..itulah yang selalu diharapkan..postmortem yang tidak lewah dan segala masalah diselesaikan dengan cara yang terbaik and semua krew pelaksana take note dengan penambahbaikan yang dibuat agar kesilapan yang sama tidak berulang untuk next program.. 

Tentang moderator tu..rupanya Tasdiqi tu backup moderator akhi Fakhrul yang terpaksa membatalkan jemputan last minute disebabkan ayahnya mengalami kemalangan.. Ahmad tasdiqi mendapat pujian daripada pengarah program atas keprofesionalannya mengendalikan panel forum..selain itu, hadith dan alunan suci al quran fasih dibibir sebagai pemula ayat atau kesimpulan..Allah itu maha merancang..kalau dia tidak menjadi moderator malam ini, tentu aku tak tahu lagi siapa dia sebenarnya..

Hurm..abaikan soal dia.anggaplah sudah tutup buku kisah tentang dia..aku sudah maafkan dia..manusia boleh berubah dan mungkin dia salah seorang daripadanya..sudahlah suu zhon..there are lessons for every sensible person..perubahannya ke arah kebaikan menyebabkan hatiku lembut untuk memaafkan dan melupakan kisah silam..

Al Mulk dibaca sebelum tidur untuk menenangkan hati..didikan dari asrama meninggalkan kesan yang mendalam..setiap malam membuat liqo' al-mulk bersama ahli dorm membuatkan ia menjadi satu kebiasaan sebelum melelapkan mata untuk tidur malam..Alhamdulillah..indahnya tarbiyah..andai aku ingin bercinta..aku ingin bercinta dengan Dakwah dan Tarbiyah..pasti tidak akan kecewa..

2.30 pagi..

mataku masih lagi tidak boleh lelap..hatiku rasa tidak sedap..seperti ada something wrong berlaku..
dari jam 12.45pagi aku cuba melelapkan mata..tapi tetap tidak boleh tidur..Ya Allah..lindungilah keluarga dan sahabat2ku ya Allah..

selang 5 minit..aku mendapat panggilan..
Ya Allah..Liana,anak usrahku pengsan lagi di biliknya..aku bergegas ke sana..
kali ini lebih teruk..badannya lemah sgt..bibirnya biru..tangan dan kaki sejuk bagai mayat hidup..

4.00pagi-liana masih begitu..kami membawanya ke hospital..menunggu sampai pagi..moga Liana kuat..

hatiku masih tidak sedap..ya Allah..apakah perasaan ini?kukembalikan segalanya kepadaMU..

Waktu subuh sudah tiba..sayu aku melangkahkan kaki ke surau di hospital Slim River.Seusai solat subuh,aku membelek-belek telefonku..5 missed call from 'mama sayang'..3 missed called from abang Umar, 3 missed call from Aisyah..hati aku berdegup kencang..yaAllah..kenapa aku rasa berdebar??missed call dari ahli keluargaku dikampung pada waktu pagi2 mcm ni? segera aku men dial mama..

"Qis, Abu zar dah tak ade..."esak tangis mama dalam percakapannya..
yaAllah..kaki aku longlai..betulkah apa yang aku dengar??

Abu zar, adikku sudah tiada??abu zar sudah meninggal?sewaktu mama ingin kejutkan subuh..
YaAllah..kuatkanlah hambamu..anak usrahku sedang berperang dengan sakit di hospital sekarang..Abu zar adikku..meninggal dalam tidurnya..

aku segera telefon Qanitah..mintanya datang hospital segera menemani Liana..aku ingin pulang ke kampung..aku ingin pulang melihat abu zar buat kali terakhir..tapi liana dalam keadaan tenat di sini..Allah..Allah..menitis jua air mataku..meskipun hati pinta untuk aku terima kenyataan, namun fitrahku sebagai manusia biasa membuatkan aku menangis jua atas berita pemergian adikku tersayang..Ya Allah, redhakanlah hatiku..

Tiket ke kelantan habis..ujian buat diriku..Ya Allah..aku ingin pulang ke kampung segera..saat inilah jua tiket habis..tanpa berfikir panjang aku terus menaiki teksi ke Lapangan Terbang..berharap agar dpt pulang segera..

to b continue


Thursday, February 21, 2013

Campaign of covering aurat properly~

In the name of Allah the most Gracious and most merciful,
selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w

Promo COCAP..
atau nama panjangnya Campaign Of Covering Aurat Properly..boleh like kat Page kami..
Page ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peringatan buat diri sendiri,ahli keluarga, adik beradik serta sahabat2 yang disayangi kerana Allah..Kerana sayang..wujudnya page ini..Moga Allah memberi kesedaran dan peluang kepada kita semua berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik insyaAllah..

Moga usaha kecil ini Allah redha..Daripada seorang admin telah berkembang menjadi ramai2 admin..kerana aku percaya 1+1 = 3..Apabila wujudnya kerjasama atas dasar iman dan kasih sayang..pasti akan membuahkan hasil yang osem !

In conjunction with Majlis Tilawah Al Quran bersepadu kolej-kolej kediaman, UPSI iaitu pada 25-27 Februari 2013, akan diadakan launching untuk campaign of covering aurat properly secara official nya..Jom datang beramai2 sambil mendengar ceramah pembukaan  "AKU CINTA AL-QURAN" yang akan disampaikan oleh Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya




salah satu button badge

Apa yang menarik di booth kami?
**pengedaran fliers campaign of covering aurat properly
**free book mark 
**free wooden stick craft 
**free quilling craft 
**Jualan Button badge & Tshirt program MTQ

p/s : sebagai tanda anda menyokong untuk menutup aurat dengan sempurna, anda dialu-alukan memakai pakaian yang menutup aurat pada 26 Februari 2013 mengikut tema warna berikut :

Lelaki : Hitam
Perempuan : Pink








                                     

sekian, terima kasih..

Wednesday, February 13, 2013

menjadi diriku




Masa lampau itu buat aku belajar sesuatu..
Masih ingat bila aku kembali bertudung labuh..
Bila aku buat keputusan untuk berubah..
Bila aku nekad..
Dan aku tahu kenapa aku pilih jalan itu..
Tiada paksaan secalitpun dari sesiapa..
Setiap manusia punya masa silam..
Punya sejarah..
Punya sesuatu yang tidak boleh dilupakan..
Zaman ‘nakal’ aku menjadikan aku sekarang..
Namun masih ada yang mempertikaikan adanya aku sekarang..
Title HIPOKRIT kadangkala menjengah jua ketelingaku..
Bila aku kata aku ingin berubah..
Ya, kadang2 aku jua terbabas..
Tidak aku nafikan..ditengah aku merangkak dan berjalan..aku jatuh tersungkur..
Dan aku berpaling ke belakang..aku memerhati orang sekeliling..
Allah yang membolak balikkan hati..Allah jua yang pegang hati ini..
Jadi, disaat aku sudah berubah..aku mohon doanya supaya aku tidak kembali zaman jahiliyyah..
Allah doesn’t judge you on how bad you’ve been in the past, but rather on how good you strive to be now
Aku bukan ‘ustazah2’ seperti yang mereka sangkakan..
Aku bukannya baik sangat..
Aku bukanlah bijak sangat..
Aku bukanlah cantik sangat..
Tapi aku bersyukur seadanya aku..
Aku terima adanya diriku..
Tidak terluah rasa syukur apa adaku hari ini..
Siapa kamu mencari salahku..?
Sepatutnya kamu menegurku..
Siapa kamu menghukum aku?
Sepatutnya kamu menasihatiku..
Siapa kamu untuk mengejekku..?
Sedangkan ibubapaku tak pernah begitu…
Aku hari ini bukan aku yang dahulu..
Menjadi yang sempurna, bukan diriku..
Menjadi lebih baik..itu usahaku..
Bantu aku..bukan menjatuhkan aku..

O Allah………………



 

Template by BloggerCandy.com