Friday, February 01, 2013

Dia Qistina # 6



Sudah hari ketiga cuti pertengahan semester bermula. Suasana di kolej semakin lengang. Aku masih di bilik meeting membincangkan perkembangan gerak kerja yang dilakukan. Setiusaha sibuk mencatat minit mesyuarat yang dibincangkan. Dipengerusikan oleh Akhi Amirul Mukminin selaku presiden Persatuan menjadikan mesyuarat berjalan dengan lancar. Akhi Muhammad Yazid sebagai pengarah program ‘Forum bicara Ilmuan’ tidak menghadirkan diri ke meeting kali ini..ada kekangan katanya. Jadinya, aku menggalas tanggungjawab pengarah untuk memastikan krew jawatankuasa pelaksana menjalankan amanah masing-masing seperti yang telah ditaklifkan serta mencadangkan penyelesaian untuk beberapa masalah kecil yang timbul dalam unit masing-masing.

“Ukhti Adawiyah, ana ada sedikit masalah, moderator forum baru sahaja memaklumkan pada ana, bahawa dia tidak dapat memenuhi undangan pada tarikh yang berkenaan kerana baru sahaja mendapat surat temu duga yang bertarikh sama dengan tarikh forum kita..jadinya ana nak minta cadangan nama moderator lain untuk gantikan tempat beliau”
Ikhwan bersuara wakil dari unit protokol.

“..erm..cadangan nama ye. Memandangkan forum ini akan berlangsung sebaik sahaja kita habis cuti mid sem. Jadinya kita tidak punya banyak masa lagi.Untuk mencari ustaz dari luar, memerlukan masa yang panjang.jadi ana cadangkan enta cuba tanyakan Akhi Fakhrul ataupun Akhi Fikri dari Persatuan Bahasa Arab,Pelajar semester 6..mereka tu selalu juga jadi moderator untuk forum-forum program universiti..nanti lepas meeting enta ambil nombor telefon mereka dengan ana ye..”

“..oo, abang Fakhrul..ana kenal.nanti ana tanyakan..syukran”

“Lagi?ada mana –mana unit yang mempunyai sebarang masalah boleh nyatakan sekarang sebelum kita tamatkan meeting pada hari ini..” pengerusi bersuara sebelum menutup perjumpaan kali ini dengan suratul Asr, Tasbih kifarah dan doa Rabithah..

Siti Zulaikha sudah sampai ke kampung halaman 2 hari yang lepas.Lagipun Ika tidak terlibat dengan apa-apa persatuan di universiti mahupun kolej.malas katanya ingin menyibukkan diri..biarlah aku dengan dunia aku..tambahnya lagi..

Mesti Ika sedang sibuk memberi kambing-kambingnya makan.tak pun sedang kutip terung, cili dan bendi belakang rumah. Ayah zulaikha penternak kambing..berpuluh-puluh ekor juga kambing peliharaannya.Ada kambing daging ada kambing khas untuk susu, dan ada kambing khas untuk pembiakan sahaja..iaitu untuk melahirkan anak-anak kambing yang baru..

Ibu zulaikha pula, yang lebih selesa dipanggil makcik Zah berbudi kepada tanah lapang di belakang rumahnya..Tanaman sayur-sayuran seperti cili besar, bendi, terung, tomato, kacang panjang menjadi salah satu punca pencarian rezeki ibunya.Hasil daripada tanaman tersebut dijual dipasar pagi di pekan Arau, Perlis. Pernah sekali aku tolong Makcik zah menjual sayur di pasar sewaktu aku bercuti di rumah ika tahun lepas. Lama rasanya tidak ziarah lagi ke sana..

Usai solat Zuhur, aku mencapai telefon bimbit dari dalam beg kulit yang ku bawa ke bilik meeting pagi tadi..

‘ 5 missed calls, 1 message’

Allah.aku lupa menukarkan mode handphone daripada Silent ke General.
Semuanya daripada Liana. Kubuka mesejnya

‘Assalamualaikum kak Qis, akak ada kat kolej tak?yana nak ajak akak temankan yana pergi jalan-jalan ke KL’ -10.17 am-

Aku menjeling jam tangan,sudah 2.05 petang.

Segera mendial nombor Liana..

‘ the number you have dialed is not in service. please try later’ operator yang menyambut panggilan.

Kucuba beberapa kali..tapi tetap sama..Ya Allah, tiba2 aku rasa tidak sedap hati.Liana tidak pulang ke kampung cuti kali ni?Dimana dia sekarang agaknya? Adakah pergi ke KL tanpa ditemaniku? Seorang dirikah dia? Bermacam-macam-macam soalan timbul dibenak fikiranku..’Ya Allah, lindungilah Liana disetiap langkahnya’
Kuambil Al-Quran besar berkulit biru atas rak buku. Sejak Al-Quran tafsirku hilang, alquran itulah yang menjadi pengganti. Tetapi tiada tafsir..Tidak mengapalah, asalkan ada al-Quran.Ayat-ayat suci menenteramkan jiwa bagi sesiapa yang membacanya.

‘tok,tok,tok..’ ketukan dari luar pintu bilikku..
Pintu dikuak perlahan.

 “Liana..”spontan keluar dari mulutku.

“Masuk liana, akak risaukan Liana,dari tadi fikir fasal Liana.. akak minta maaf, tadi tak dengar yana called, akak tengah meeting..”

Tanpa sepatah kata yana terus memeluk badanku erat..aku yang masih tergamam terus membalas pelukannya..ku gosok perlahan belakang badannya. Terdengar esakan tangisnya tersedu-sedu..semakin lama semakin kuat liana menangis..sebak nada tangisan itu.hampir 5 minit liana memeluk aku barulah dilepaskan.

Masih membisukan diri.aku mempelawanya duduk di kerusi..Aku menghulurkan segelas air kosong supaya dia lebih tenang.

“Liana okay?”sapaku lembut.

Dia menggelengkan kepala..mukanya seakan ada ‘sesuatu’ yang ingin dikongsikan..air kosong diteguknya perlahan.

“Kalau yana ada masalah, ceritalah pada akak, insya-Allah,akak bantu apa yang termampu..”
Senyap.tiada respon balas dari liana..hanya menundukkan kepalanya ke lantai.

“Yana sayang, kalau liana ada masalah,cerita pada akak..InsyaAllah akak cuba bantu yana..liana tak balik kampung bercuti?”
Menggeleng lagi..

“yana tak nak balik kampung! Yana tak nak balik!! Yana taknak balik! Faham tak??”dia menangis lagi..
Aku terkedu..tidak pernah nadanya sekeras itu..
Aku menghampirinya.duduk tepi dikatil menghadap kerusi yang didudukinya.Aku meraih tangannya perlahan..

“ Yana..akak nak bantu yana, cuba yana ceritakan apa yang berlaku?”..

Dia menyentak tanganku kasar...matanya tajam melihatku seperti singa kelaparan..segera berlari keluar dari bilikku..Tidak sempat kukejar, bayangan yana sudah tidak kelihatan lagi dari wing bilikku.
Allahurabbi..apakah yang menimpa Liana? Sampai membuatnya berubah jadi seorang yang pemarah, mudah sensitif, tidak banyak bercakap, tidak ceria seperti dulu..”yana x nak balik kampung?”aku mengulangi ayat terakhir yana dengan penuh tanda tanya..mungkin liana ada masalah keluarga?sejak akhir-akhir ini, liana kerap stress..murung, banyak menangis..adakah family penyebab dia jadi macam tu?


“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Akak doakan adik akak ni kuat..akak bersedia mendengar luahan yana bila-bila masa andai yana dah bersedia insya-Allah..semoga Allah permudahkan segala urusanmu dik..salam sayang kak Qistina Adawiyah”

aku menaip beberapa ayat lalu dihantar kepada liana melalui khidmat pesanan ringkas.

to b cont...


Wednesday, January 30, 2013

Road to Guangzhou, China

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the most gracious and most merciful..
selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

22-27 Januari 2013
Penjelajahan Ilmu ke Guangzhou dan Shengzhen China..
Allahuakbar!! menjejakkan kaki di bumi China banyak memberi pengalaman baru kepada kami JMK 1112..
Kenangan manis pahit di sana insyaAllah akan dikenang sentiasa..

Antara tempat2 yang kami lawati disana

Yuexiu Park
Five Farm Statue
Malaysian Consullate
Beijing Road Shopping Street
Huacheng Square
Guangzhou Tower
Shangxiajiu Shopping Street
Shangmeilin Mosque
Luohu Commercial City
Dongmen Shopping Street
Haiyin Electronic Market

Nampak macam smua tmpat shopping je kan..sebab Guangzhou memang terkenal dengan Syurga membeli belah..
tapi setiap tempat tu ada budaya dan 'sesuatu' yang kami pelajari..
mendapat pengalaman tawar menawar sewaktu shopping..macam ayam cakap ngan itik
sebab kami x faham sangat mandarin..mereka tak faham english..yang mereka tahu cuma 'okay, okay. okay and last price'

Transit di singapore selama 9 jam menguji ukhuwah kami..betapa sedih bila sahabat kami ditimpa ujian..
alhamdulillah, Allah permudahkan urusan sahabat kami..alhamdulillah3..
betapa syukur dipanjatkan bila bersatu kembali 33 hati pada hari keduanya..

hari kedua
singgah di makam pendakwah Islam saad bin abi waqas..
solat di masjid kat situ..


Semasa pemerintahan khulafah Al-Rashidin yang ketiga, baginda telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 Masehi iaitu 29 Hijrah. Hasilnya lawatan tersebut, maharaja China tersebut telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994)













Tanggal 24 Januari bersamaan 12 rabiulawal adalah tarikh penting bagi kita semua..
Kat Masjid Saad Bin abi Waqas ni menjadi tradisi setiap kali maulidurrasul, umat islam di China berkumpul untuk berselawat beramai-ramai dan mengadakan jamuan..
kami dijamu nasi arab dan air susu kambing..sedap :)



Shabi well

nampak tak tulisan yang diukir pada pokok tu?
Allah Muhammad



Five Farm Statue, Yuexiu Park
Patung 5 ekor kambing di China..kenapa kambing??tertanya tanya juga..rupanya kambing ni melambangkan makanan ruji yang pertama di China iaitu nasi, zaman purbakala menemukan kambing sedang menggigit padi di mulutnya .jadi orang2 china dulu pun membina patung kambing sebagai simbolik kemegahan mereka di Guangzhou..nak jumpa Five farm statue ni kami perlu menaiki hampir 103 anak tangga..tapi tak terasa penat pun sebab taman Yuexiu ni sangatlah cantik dihiasi bunga2 bermacam warna.. :)






Guangzhou tower..
masa kami sampai kat sini..cuaca sejuk sangat..sbb tu bnyak kabus..so, x nampak sgt tower tu..









oke..dahla kot..nak cerita semua x tercerita..
bnyak lagi gambar2 kat sana sepanjang penjelajahan ilmu di Guangzhou..
Apa2pun kami sangat gembira melawat tempat2 di China,
tapi apa2 pun 5 hari je mampu bertahan, selebihnya..miss malaysia oready..
hehe..rindu nasi malaysia yang lebih sedap..rindu rakyat malaysia yang lebih peramah..rindu cuaca malaysia yang suam2 kuku..pendek kata..malaysia tetap dihati ..hihi

wallahu'alam :)

p/s : oke..tunggu trip ke Korea pula..sehingga bertemu nanti insyaAllah..





Tuesday, January 22, 2013

Jelajah Ilmu..


credit to solehah

Program terakhir JMK sidang 2011/2012
" Penjelajahan Ilmu ke Guangzou, China 2013"
22-27 Jan 2013
Bismillah walhamdulillah..
Moga Allah redha.. pesanan kak Srikandi Nazira..
bila kita nak pergi mana2 sekalipun..
niatkanlah 2 perkara :
1)Ingin melihat keindahan ciptaan Allah/Melihat KebesaranNYA

2) Ingin menimba ilmu dan pengalaman..
esok akan bertolak ke sana..
doakan trip kami seramai 50 orang ke sana selamat sampai dan jua selamat kembali ke sini..

wallahua'alam


P/s : Allahummasolli 'ala Muhammad..Sanah helwah ya Rasulullullah (12 Rabiulawal bersamaan 24 Januari 2013 )


 wniwmd

      0051

    

Monday, January 21, 2013

Dia Qistina # 5




Aku membelek-belek beberapa utas jam tangan di kedai G-watch..hurm..ada 2 pilihan yang berkenan di hati..satu kepala bulat satu lagi segi empat..err..mana satu nak pilih ya..

Qistina Adawiyah! Buat pilihan cepat..aunty tu dah lama tunggu awak pilih..monologku

Akhirnya aku pilih yang kepala segi empat..sebab berwarna hitam dan patternnya lebih sesuai dengan abuzar  sibudak pintar..Letak siap2 dalam kotak jam..riben merah kuikat pada kotak menampakkan seperti hadiah hari lahir..biarpun birthday abuzar awal bulan Disember nanti..
tapi kali ini hadiah sebagai jadi budak baik! Berbunga hati aku gembira bila teringat telatah abuzar..rindu pula aku padanya..

Tidak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman di Kelantan..rindu mama,rindu ayah rindu aisyah& fatimah,dan Abu Zar.Abang umar pun rindu jugak..walaupun balik kampung bukannya abang ada kat rumah..tetapi abang umar selalu menelefon ke kampung..dengar suara pun jadilah ..hehe

Kerjaya sebagai doktor gigi menjadikan abang umar seorang yang sibuk dan jarang pulang kerumah..mana taknya, dengan on call nya lagi, patients yang ramai memandangkan abang kerja di Klinik Kerajaan di Kuantan. Kawasan yang penduduknya boleh tahan juga ramai. Disamping gerak kerja jemaah tetap diselit-selit juga..walaupun sibuk,pantang ada masa terluang pasti ada sahaja kerja jemaah yang ingin dibantunya..tamrin situ, ceramah sini..Qis tabik la abang umar..lepas ni bagi taujihat sikit kat Qis biar jadi macam abang!

***
Aku menyarungkan Tshirt Muslimah berwarna maroon dipandankan dengan tudung bulat warna merah jambu cair..bersluar slack hitam dan bercrocs pink..bertemankan Tafsir Al-Quran aku mengatur langkah turun ke taman mini sekitar kolej..kupilih tempat yang sesuai..jauh dari kawasan lalulalang mahasiswa lelaki..haaa, ada pun satu kerusi kosong di bawah pokok tanjung..Ambil tempat untuk menghafaz surah2 pilihan..

“Tet..tet” . 1 message received.

‘Salam kak, Liana pengsan.saya dan Qanitah ada di bilik liana ni..’ mesej dari Yasmin.

Allahurabbi..minta dijauhkan dari perkara buruk menimpa Liana.
Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik liana..
Sesampainya di sana, liana sudah terbaring di atas katil. Allah, pucatnya muka Liana..badannya nampak lemah..

“Qanitah,dah lama ke Liana pengsan..?”

“saya pun baru tahu kak, tadi Yasmin yang mesej saya bagitahu Liana pengsan..”

“baru je kak, tadi kami study sama-sama, lepas tu saya ke tandas.balik dari tandas tengok liana dah pengsan depan pintu bilik..”

Aku mencari-cari contact number di telefon..mencari nombor kereta untuk disewa.Liana harus dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.. Kebelakangan ini liana nampak tidak bermaya dan selalu sakit-sakit..meskipun sakit tu kafarah dosa.tapi kita dianjurkan dalam islam untuk berusaha mencari ubat untuk penyakit yang kita hadapi..Hakikat kesembuhan memang Allah sahaja yang bagi..Ubat hanya alat menyembuhkan..Usaha dulu, kemudian minta doa pada Yang maha Menyembuhkan, then barulah bertawakal..

“Awak keluarga Nurul Liyana?”tanya nurse.
“ saya sahabatnya..”aku membalas senyumannya.
“ Dr suruh wakil untuk masuk.Ada pesanan katanya..”
“oh, baik.terima kasih akak..”membahasakan nurse tadi dengan panggilan ‘akak’. Masih muda sebaya umur abang Umar mungkin.

“Saya Qistina, kawan kepada pesakit,ada apa-apa yang ingin disampaikan Dr?”

“Silakan duduk. Sebenarnya, Liana tiada sakit dalaman yang serius. Blood pressure ok, jantung ok, suhu ok, tiada demam2 dan tiada symptom2 yang menunjukkan dia sakit..pengsan mungkin disebabkan stress, perut kosong ataupun  terlalu penat. Jadi saya nasihatkan, awak cuba bantu dia untuk mengawal tekanan dengan baik supaya kejadian macam tadi tidak berlaku lagi..”

“…lagi satu, selepas dia sedar tadi,dia meracau-racau macam orang kena rasuk,menjerit sekuat  hati, lepas tu menangis dan ketawa terbahak-bahak..Jika situasi ini berterusan boleh menyebabkan pesakit ada gangguan mental..”

“Astaghfirullahal’azim..”aku menekup mulut dan reaksiku agak terkejut.Liana ada masalahkah?kenapa tidak diceritakan kepadaku..Biasanya dia ringan mulut berkongsi cerita-cerita denganku.. ‘Ya Allah,kuatkanlah dia’

Aku memimpin lengan liana menaiki anak tangga blok 1..

sunyi.

tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Liana.Matanya sugul..

Aku membiarkan dia rehat seketika, biar tenang dahulu.sebelum pulang aku membisikkan sesuatu kepada liana “sayang, mandi,amek wudhu’,solat dulu ye..moga hatimu tenang..”
Lambat-lambat aku berjalan ke bilik.
‘Liana ada masalah ke?Ya Allah, salah aku sebagai naqibahnya tidak bertanya.wajah Liana yang ceria membuatkan aku tidak dapat menghidu masalah yang dia hadapi..erm..insyaAllah, bila liana dah okay sedikit, aku akan bertanya.’

Aku mencari-cari Al Quran kesayanganku, mana aku letak ye? Tertinggal dibilik Liana ke?

Astaghfirullahal’azim,aku lupa semalam aku letak kat meja di taman mini kolej. Berniat untuk ke sana semula selepas pulang dari klinik.tapi terlupa. Allah, Subhana manla yana muwala yas hu. Manusia itu pelupa.Mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Berlari-lari anak ke tempat aku duduk semalam.
Tetapi tiada Al-quranku di situ.Siapakah yang tolong simpankan?
Aku tidak pula tulis nama pada Al-quranku..Cuma tertulis di muka hadapan:

‘Sanah Helwah sayang,
jadilah wanita penyeri agama’
ikhlas daripada mama
[25 Mei 2002]

Agaknya macamana orang yang jumpa nak pulangkan ye?
Hiba rasa hati, Al-Quran tafsir coklat pemberian mama semasa aku berumur 11 tahun..Sudah sebati denganku..kehilangannya amat dirasai..’Moga ada insan yang baik hati akan memulangkannya kembali..Sekiranya tiada, anggaplah ia suatu sedekah.moga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Bila dipujuk sedemikian rupa, hati yang hiba terasa lapang kembali..


to b cont...



Sunday, January 20, 2013

unbearable




Dalam hati masih tersisa rasa itu..
Rasa yang sangat mengganggu..
Melihat mukanya bagai melihat ‘sesuatu’
Allah! Tenangkan hatiku…
Hari ini..bersua lagi..
Digerbang satu organisasi..
Terkadang rasa benci menyelubungi..
Ku cuba mengelak namun masih ada lagi..
Senyuman  itu kulihat hambar..
Meskipun semanis madu yang dihadiahkan..
rasa sakit itu cuba kuelak..
namun peristiwa semalam bagaikan baru..
aku mampu senyum..tetapi itu semua tipu!!
haha..xpe..aku bukan pendendam..aku merelakan..
sudah kumaafkan..
tapi apakan daya..luka itu bagai tikaman paku pada papan..
meskipun paku dicabut..
tetap ditiggalkan kesan..
watch out..
Hanya bait2 ini mampu ku tulis
Sebagai pengganti mulut yang kaku berbicara..
Allahurabbi..Ampunkan diri ini..
Ampunkan aku..



 

Template by BloggerCandy.com