Sunday, January 13, 2013

Dia Qistina # 1



Membelek-belek gelang emas yang selalu dipakai masa kecik2 dulu..mengingatkan Qistina pada arwah neneknya..dari kecil Qis tinggal bersama neneknya disebabkan ayah dan ibunya bekerja..membuatkan Qis rapat ngan nenek..sehinggakan suatu saat..Qistina menangis yang teramat sgt kerana neneknya telah dijemput Illahi..pilu hatinya sampai terbawa-bawa dalam mimpi bayangan wajah nenek Qis..

Sudah 12 tahun neneknya pergi..mustahil kalau Qis masih bersedih hati..kalau ada pun hanyalah rindu yang membungkam tatkala kenangan neneknya menyinggah dalam ingatan..hanya doa dan ayat2 suci meniti dibibir sebagai sedekah untuk arwah..moga ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

Qis nak jadi anak yang baik..dulu kecik2..mamanya selalu pesan..”kalau nak masuk syurga jumpa nenek..Qis kena jadi anak yang solehah..nanti kita ramai2 akan masuk syurga..”
Hurm..

Jadi anak yang solehah khususnya and hamba yang baik am nya..
Allah maha mengetahui..

Qistina Adawiyah..itulah nama kepada tuan punya badan ni..nama manja kat rumah Qis..tapi ada juga kawan2 yang lebih selesa memanggil aku Uya..lagi2 kawan baik aku ika..

Selalu juga aku pesan.. “Uya xde maksudla..”
Tapi ada je jawapan backup daripada ika.. “Qis pun xde maksud..habistu kau panggil aku Ika tu sama je kan..?”
So, aku pun mendiamkan diri tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Ika..

Siti Zulaikha..kawan baik dunia akhirat..wajah yang mulus gebu putih melepak itu menjadikan dia seorang yang berwajah perempuan Melayu terakhir..hehe..walaupun agak tomboy sedikit tapi dalam hati ada taman..nama buah hatinya Hakim..Mohamad Hakim..Muka hakim yang ala2 Shahz Jaszle je yang boleh pikat Ika..itu syarat yang ditetapkan ika untuk layak menjadi kekasihnya..
Hurm..
Macam2 ika ni kan?..tapi tidak dinafikan siti zulaikha adalah antara orang penting dalam hidup aku yang selalu ada saat senang dan susah..jatuh bangun aku..Walaupun dia sayangkan pakwenya..tapi dia lagi sayangkan aku lebih..tu buat aku tambah sayang tu :)

***

Aku menjeling jam meja..dah pukul 9.00 pagi..aku bangun dari katil..entah kenapa kepala pening2 pagi ni..usai solat subuh pagi tadi, aku tidur balik..luar dari kebiasaanku..segera ke bilik air membersihkan diri..

Solat dhuha..meluangkan masa 5minit utk melaksanakan solat sunat 2 rakaat itu sudah menjadi kebiasaan..memberikan sedekah kepada setiap sendi dan tulang2 dalam badan untuk mendapat haknya..setiap hari kalau bukan ma’zurah atau tiada maslahah mendesak yang lain, itu menjadi rutin..

Ke arah menjadi Muslimah yang awesome!!

Itu salah satu matlamat yang aku ingin capai..
Kelas hari ni bermula jam 2 petang..masih berbaki 4 jam untuk aku buat sesuatu yang bermanfaat..

“erm..nak buat apa ya?..suriati pula xde kat bilik untuk aku ajak ke library..”

Suriati roommate yang ulat buku..pantang aku ajak ke library..setuju aje jawapannya..tapi hari ini dia kelas pagi..mungkin petang nanti baru balik..
Segera kusarungkan jubah biru muda hadiah dari mekah..dipadankan dengan tudung bidang 60 bunga kecil2 warna sedondon..

‘Allahumma kama hassanta khalki..fahassin khuluki’

Semak pakaian..sudah menutup auratkah aku?..double check!! Stoking,handsock,baju x ketat..tudung melepasi dada..xjarang..oke..done!!
melangkahkan kaki ke perpustakaan Tuanku Bainun..berjalan seorang diri membuatkan aku terasa bosan..tiada isu semasa yang boleh dibualkan..bahu berat memikul beg yang sarat dengan buku memandangkan aku akan terus ke kelas pada jam 2 nanti..berbekalkan botol air di bahu kiri menambahkan lagi berat yang dipikul bahuku..xpe..mama selalu pesan.. “bawa ilmu dapat pahala..”senyum sendiri bila difikir2 balik..
***

Membuat latih tubi advance calculus memaksa otakku mengingati formula dan theorem2..masa dirasakan sekejap sahaja berlalu..sudah jam12.45 tengah hari..kalaulah calculator tu boleh bercakap..mesti  ia akan ckp.. “dahlah tekan..aku nak berehat kejap..” haha..kesian kan?

Perut aku dah berbunyi..baru teringat bahawa aku belum menjamah apa2 makanan sejak pagi tadi..memandangkan kelas petang nanti di Bangunan e learning 2, aku berniat untuk makan di kafe bitara siswa..walaupun agak jauh dari perpustakaan, “tapi x pelah..kat situ ada surau..boleh terus solat kat situ..selesa pun selesa..”detik hatiku..

Cuaca tengah hari yang panas plus dengan bebanan berat di bahuku plus dengan pening kepala pagi tadi yang singgah kembali plus dengan kepala sarat dengan latihan mathematics plus dengan perut kosong membuatkan aku terasa nak pitam..

Ya Allah..Tubuh terasa melayang..penglihatan kabur dan gelap…

***

“Qistina Adawiyah.. nama awak kan?”
Aku mengangguk lemah.. “siapa lelaki ni?..”monolog sendiri..

“Saya kat klinik ke?, saya pengsan ke?”

“Ya. Tadi saya jumpa awak pengsan kat jalan..saya terus bawa awak ke sini..”

“What?? awak bawa saya ke sini? Awak bawa naik apa? awak angkat saya?” bertubi-tubi soalan aku disebabkan spontaneous reaction bila aku dengar dia yang bawa aku ke klinik..
Dia senyum..tanpa sepatah bicara..

eeeiii..geramnya aku laki ni..mesti nak amek kesempatan kan..boleh pulak dia senyum bila aku gelabah macam ni..nak aku debik je muka dia depan2..kemain banyak lagi soalan aku satu pun dia x jawab..

“ Maaf, tadi saya buka beg awak,buka purse nak cari kad pengenalan..sebab tu saya tahu nama awak..baguslah awak dah sedar..saya minta diri dulu..saya dah lewat nak ke kelas..”

Err..belum sempat aku ucap terima kasih, dia yang tidak diketahui namanya sudah berjalan keluar..

to b cont..

Wednesday, January 09, 2013

Mati itu pasti !




  “setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…”


Inna Lillahi wainna ilaihi raajiun..
KepadaNYA kita datang kepada NYA jualah kita kembali..

Allahurabbi..rasa macam percaya x percaya je..Tapi memang kena percaya..demam, koma..semua itu Cuma menjadi asbab kematian..
Kematian itu PASTI!!
hari ini mungkin mereka..esok lusa mungkin aku..ya..mungkin aku..[zati..tolong sedar diri..]

Alhamdulillah3..
Syukur ke hadrat Illahi..selesai sudah acara memandikan,menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah Almarmumah ibu saudaraku..Allah permudahkan segala urusan..alhamdulillah..

semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayangNYA..
Semoga almarhumah ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

Teringat pesan Akhi Faisal..
“ Lumrahlah bila kita menangis dan sedih bila kematian orang yang kita sayang..tetapi jangan berlebih-lebihan dan janganlah meratapi kematiannya..”

Kepada sepupu2 ku..salam takziah..semoga kita semua tabah dan redha atas pemergiannya..
Hanya mampu berdoa supaya diampunkan segala dosa Almarhumah dan diterima segala amalannya..insyaAllah..

Alfatihah~
::Dalam kenangan::
[09012013..0020]

p/s : [muhasabah ] "...Orang yang banyak mengingat kematian dan mempersiapkannya dengan iman yang sahih (benar), tauhid yang khalish (murni), amal yang soleh (sesuai dengan tuntutan), dengan landasan niat yang ikhlas, itulah orang-orang yang paling berakal..."


Sunday, January 06, 2013

Al Qassam pencinta syahid!



Allah..ghayatuna..
Ar-Rasul qudwatuna..
Al-Quran dusturuna..
al-jihadu sabiliuna..
Almautu fi sabilillah..
Asma amanina..
Allah adalah tujuan kami..
Rasulullah..teladan kami..
Al quran pedoman hidup kami..
jihad adalah jalan juang kami..
mati dijalan Allah adalah..cita2..kami tertinggi..
(sila nyanyi dengan melodi shoutul harakah )


Gaza..jihad mereka mengangkat senjata.. Syahid cita2 mereka..Takbir!! AllahuAkbar..

Kita di Malaysia..hnya bersenjatakan doa untuk mengiringi mereka..itu pun yang kasihkan saudara seagama..alhamdulillah..ada yang masih cakna isu ini, ada yang mengumpul dana untuk mereka..ada yang sampai ke Gaza untuk menghulurkan bantuan..Allahurabbi..moga Allah nilai usaha murni mereka..

Gaza yang digeruni tentera zionis..
Biar Israel dengan Shayetet 13 nya..
Gaza ada Al Qassam !!
Tentera yang berani mati dan pencinta syahid..Pemilihan tentera Al-Qassam bukan sewenang-wenangnya..

Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.
Bakal pejuang juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajjud setiap awal pagi. Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang tapi juga untuk memastikan setiap langkah mereka sentiasa dirahmati Allah. Allahurabbi..

Lagi..
Setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka adalah terdiri daripada golongan2 profesional, guru dan penuntut universiti..
Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam hingga pagi. 

Allahurabbi..tentera hebat yang mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin..
mampukah kita menjadi seperti mereka..?? tepuk dada tanya iman..


p/s : contohi peribadi tentera pejuang islam..jom !! koreksi diri..kearah menjadi muslim yang lebih baik.. J




Friday, January 04, 2013

kelantan..aku pulang !!




I miss my mom.. n also my dad.. T.T
alhamdulillah..tiba juga hari yang dinanti nanti..

yeah..here I come..
istanbul..aku datang..eh2..bukan..
kelantan..aku pulang!!


doakan cik mawar bbungo selamat ye..
moga selamat balik kampung..n selamat balik khar tercinta..
bawa diri sekejap..tenangkan hati jumpa mak ayah..
and x sbar rasanya nak makan masakan mak..


hoho..really2 kempunan cempedak goreng!! and tat telur jugak..kek keladi jugak.. and also roti kedai abg Sal..n donut..n nasi lemak..ermm..x dilupakan air kelapa pun.. yogurt strawberry kat pasar wakaf bharu..rojak buah..
[eh2..bnyaklah pulak.. hee :p]

oke dah..babai..nk packing2..

wniwmd
 [04012013.1614]



Thursday, January 03, 2013

Siapakah yang lebih aku cintai?



In the name of Allah..the most Gracious and most merciful..

Tanggal 3 Januari 2013..3 hari mengenjak ke tahun baru..tidak ada rasa yang aku rasa..hari ni juga berakhirlah final exam aku untuk semester 5..pun x de feeling untuk di bicarakan..nak cakap habis exam awal ni excited pun x juga..

monolog cik mawar bbungo "nape aku rasa kosong?jauh..peritnya hati..tawar..jgn jdikan ma'zurah sbgai alasan!!" menitis lagi  mutiara jernih memikirkan persoalan itu..

Allah..Allah..apa yg aku rasa ni?

buka facebook..tiba-tiba terdetik mencari-cari nama di ruangan chat..jumpa pun..
kawan sekolah dulu..nurakmal bt azmin..
dulu satu badar kat sekolah..seorang yang layak aku kagumi peribadinya..


" kema, zati rasa kosong..rasa jauh.."

"..tie jgn gitu..ambk wudhu', pastu buat solat sunat taubat..tadabbur quran..ambik quran, baca maksud..jngn biar iblis bisik benda bukan2..baca surah al-insyirah.."


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." 
 [QS Al-Anfal, 8:2]


ayatnya sarat nasihat..then, buka pula wall roomate ku..sekali lagi terasa diriku ditegur direct!!


Allah ingatkan aku rupanya..



minit seterusnya..
3 messages received..
from 3 different person..

"...Ibadah tidak pernah menjemukan..yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia..jaga iman,jaga hati,jaga Allah.Allah akan menjagamu..."

"...Ya Allah, kuatkanlah hati kami ini dalam merentas benua mehnahmu..kuatkan ranting2 perjuangan kami,agar tidak goyah bilamana hadir ribut dugaan yang mengikis perjalanan kami, yang menghalang gerak langkah menyusur arahMU,paut dan genggamlah kami agar tidak jauh dari mu.."

"..Ya Allah, jdikanlah perkara dunia di tgn kami dan jadikanlah perkara akhirat di hati kami..jangan kau biarkan urusan dunia mengganggu urusan akhirat kami..."

Ya Rabb..engkau hadirkan insan2 hebat disekelilingku..engkau hantarkan perantara yang menenangkan jiwaku..halus teguranmu!! menggetarkan hati ini..


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." 
 [Ar-Ra'd, 13:28]



:: muhasabah ::

Adakah manusia yang lebih aku cintai dari Allah?
Adakah duit yang lebih akucintai dari Allah?
Adakah kerjaya lebih aku cintai dari Allah?
Adakah dunia lebih aku cintai dari Allah?
Adakah kenderaan dan kediaman lebih aku cintai dari Allah?
Adakah hiburan lebih aku cintai dari Allah?
Adakah waktu rehat lebih aku cintai dari Allah?
Tangisan aku untuk siapa?
Adakah tangisan kerana kesedihan jauh dari ALLAH?
jauhkah aku??


Robbana dzolamna anfusana waillam tagfirlana watarhamana lana kunnana minal khosirin..


 

Template by BloggerCandy.com