Wednesday, October 14, 2015

Mind #1

Bilik 24 jam.
Aircond sangat menggigit. Rasa macam tubuh disengat sengat kesejukan..
Taufiqah capai pen pilot warna hitam.. Buat checklist kerja yang perlu disetelkan. 
.
.
.
Tangan shaking.
tulisan berubah jadi cakar ayam.. (bukan sebelum ni sudah cakar ayam ke?)
pen jatuh ke lantai.
kejap aku tunduk mengambil pen, handphone di riba jatuh ke lantai juga..
retak skrinnya..

MasyaAllah.
Tangan aku terketar lagi.. sejuk sangat aircond nya.. Walaupun dah sarung sweater, masih menggigit hingga tulang..
.

Hamba Allah datang menghampiri.
tinggikan nada denganku..ouh, aku tak perasan waktu handphoneku jatuh, tertanggal wayar headphone dari telefon bimbit.. lagu yang aku play jadi loud speaker..

dalam hati aku cakap.

' tak perlu tengking, 
jarak kita kurang semeter,
dan 
aku punya dua telinga yang mendengar'

ku akui juga salahku.
cepat cepat tangan mematikan lagu..~


huh!
manusia. cepat sungguh melatah.

Tuesday, September 08, 2015

Please take care of yourself..."

" please take care of yourself,
with,
or
without me...."

tangan Taufiqah shaking...handphone terlepas dari genggaman. hempap ke lantai..
Ya Allah, macam mana nak bawak motor ni..?
tangan terketar ketar...
masyaAllah. ATufiqah duduk sebentar. pandangan terasa kuning..
"Aku dah nak mati dah ke Ya Allah..?"

Air mata laju gugur.
Masyaallah lemahnya aku. ujian kecil pun nak nangis. cengengnya!
Taufiqah sarung juga helmet putih ke kepala, bawa juga motor perlahan lahan mengenangkan ada tugasan yang belum selesai. Pasti muridnya sedang menanti2 Taufiqah datang mengajar petang ni.. Tak mungkin dia menghampakan harapan anak kecil itu untuk menadah sedikit ilmu.

Gagahkan juga..
40km/h shja.. slow yang amat. Dia akur.. Tiada kekuatan kecuali kekuatan yang dipinjamkan kepadanya.

.......

7 Sept 2015



Tuesday, August 25, 2015

"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...."



"Siapa nak jadi cikgu angkat tangan...." Tanya cikgu Rabiah.

Maka, ramai lah kwn2 aku yang angkat tangan. Masa tu darjah satu, semua bercita cita nak jadi cikgu. Tapi aku tak angkat tangan pon, sebab konon konon masa tu nak jadi Doktor.. (haha, lawak plak rasa).

Bila naik darjah 4 buat karangan Bahasa Melayu, aku tukar cita-cita pulak.. tulis nak jadi pensyarah pulak. (Padahal masa tu, kurang pasti apakah sebenarnya yg dinamakan pensyarah? )

Then, bila darjah 5, rasa macam nak jadi Chef.. sebab sokmo duk tengok buku resepi..

Darjah 6, sebelum berpisah dengan kawan2.. masing-masing mintak tulis biodata.. dalam tu cita-cita aku Pensyarah balik.. (kali ni dengan kefahaman bahawa pensyarah itu yang menjadi target) - konon2 nya. *berangan

Sekolah Menengah aku tak sure apa aku nak jadi.. yang aku tahu, aku kena score utk PMR dan SPM.walaupun SPM aku takde lah perform sgt!  :p cukup2 makan je.
dapat A beberapa ketul je..
.....
Then, masuklah matrik dengan kursus Sains Hayat.
Ber BIO lah aku selama setahun.. kat matrik lah aku suka bio sangat2..dan sekali gus menyebabkan aku cinta tumbuh tumbuhan, bunga-bunga, rumput rumput dan hidupan2 yang ade atas muka bumi ni.. (gittu...)

Sebelum habis matrik..borak2 dengan housemate (Lyn, fara, Sya).. nak pilih kos apa bila masuk U..
Dan jawapan aku..  "Sains Pertanian! ataupun Perladangan!!"

Huh!!
punyalah semangat aku nak amek pertanian tup2 bonda tercinta tak bagi amek.. Ma kata sains pertanian ramai laki.. kena naik jentolak (bhasa klate panggil kreto ggalo).. perladangan ma kata muka burn. duk kat ladang sokmo pakai kasut bot! hahaha. oke fine.

Maka, aku isilah Kos Sains tanpa ada 'Pertanian' di belakangnya!

Diterima di UPSI dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.. Ada pendidikan ditengahnya!!

Means, bakal jadi cikgu! (haha, punyalah banyak cita-cita masa kecik.last2 pilih jadi cikgu)
Abah nak aku jadi cikgu. Ma nak aku jadi cikgu.
So, masuklah aku ke UPSI dengan bahagia utk menjadi cikgu

Kononnya, fikrah dah jelas utk jadi cikgu!
Yes.. tahun demi tahun berlalu di UPSI adalah mengajar aku untuk menjadi cikgu. Sehinggalah berpraktikal di salah sebuah sekolah menengah utk latihan mengajar sangat memberi kesan buat aku utk betul2 nak jadi cikgu!

Medan mengajar yang sementara itu membuat aku membuak buak nak mengajar dan mengajar dan mengajar.
*walaupon xde lah pandai sgt mengajar.

Tapi itulah yang sebenarnya yang aku harapkan., membawa juga harapan ma abah utk tengok aku jadi cikgu.

4 tahun di upsi mengajar aku apa itu cita cita dan cinta.  *eh

dan harapan untuk jadi cikgu semakin menghampiri bila dah rasa pegang skrol time konvokesyen meskipun hari konvo aku rain pouring cats and dogs..hahaha.. hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum..

tapi takpe. Alhmdulillah, secara rasminya dianugerahkan ijazah sarjana muda PENDIDIKAN Sains.
senyum sorang2. sampai ke esoknya masih juga senyum.

Sebulan kemudian, dua bulan, tiga bulan..dan bulan bulan seterusnya.. masih belum kunjung tiba panggilan temuduga untuk pegawai pendidikan DG41.
oke takpe..tggu lagi..

krik2..
hampir setahun barulah kami diinterview..
dan ramai lagi rakan seperjuangan belum diinterview. sadis kan.. kesian kami


3 bulan kemudian~
waktu yang ditunggu tunggu telah pun tiba, dengan penuh pengharapan yang membukit menggunung melangit, kami dibolehkan untuk check keputusan interview..

dan.. jeng3.. surprisingly..

Keputusan aku GAGAL!
T.T
bertabahlah.
ada hmpir 2 ribu lagi status GAGAL macam aku..

"Ati jangan nangis..."
ma bagi siap2 kata2 semangat kot2 aku hati tisu.

So far, alhamdulillah setakat hari ni, aku belum lagi menangis disebabkan aku GAGAL jadi cikgu..
hati tiba2 jadi batu. takde airmata keluar.

sejujurnya jauh disudut hati aku masih mengharap jadi cikgu.. sebab setiap kali telefon mak atau abah setiap minggu diorang akan tanya "bila lagi nak interview balik??"
" Bila lagi penempatan buka?"
"bila lagi keputusan posting kali kedua?"

bila dan bila aku tak pernah ada jawapan.
Aku sedih sebb seolah olah aku dah sumbat harapan maabah aku dalam tong sampah. walaupun tu bukan nya salah aku..

T.T
dan sekarang segelintir kawan2 telah posting ke sekolah masing2..TAHNIAH.. selamat berbakti!
dan aku??
masih berteka teki.
Masihkah ada peluang untuk aku jadi CIKGU??


**Hikmah tersingkap terlalu besar. Ada sebab aku belum dipilih jadi cikgu. DIA 'hold' aku dulu untuk aku belajar bersabar.

U/P : Sektor pendidikan ; SPP ; KPM ; Pak Menteri2 dengan tagline " Kurangkan korupsi, tingkatkan prestasi "

wallahu'alam




Saturday, August 22, 2015

tak kenal maka tak Kesah!


Tak kenal maka tak kesah! Tu pinjam ayat Arraffie kjap.


Ada seseorang cakap...
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati sombong!"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati pendiam"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati pemalu.."huaahaha..sesungguhnya saya memang seorang pemalu *blushing

" masa 1st jumpa zati ingatkan zati kerek"
" masa 1st jumpa zati ingatkan zati garang " Yes I am. kekadang boleh bertukar jadi drakula mahupun raksasa. AWAS!

Kesimpulannya, kita takkan kenal orang tu even bertaaruf selama 10 tahun sekalipun.
kenal sikit demi sedikit.
Mungkin hari ni kau nampak aku pendiam. esok aku jadi talkative
mungkin lusa kau nampak aku ting tong..
minggu depan mungkin aku sopan santun..
bulan depan mungkin aku jadi perempuan melayu terakhir.
tahun depan mungkin aku jadi perempuan melayu terawal.
siapa tahu?

dan diri sendiri pun masih confuse dengan diri sendiri.
kerana aku pun tak kenal siapa aku.. melainkan hanya pencipta aku yang kenal who exactly I am!
understengg??

dan yang aku paling tahu. Aku seorang yang degil. (baca : baik hati)
dan maaf juga, terkadang aku terlalu direct dan outspoken, terkasar bahasa sehinggakan bakal, sedang, telahpun mengguriskan hati mana2 pihak..

So, salam maaf seribu ampun.. bagi yang berada disekeliling saya dan juga kepada orang2 yang jauh dimata dekat dihati (ececeh) yang ada terasa dengan saya.

sekian,
salam perfume mewangi..
^_^


Friday, August 21, 2015

Kawan baru



Dia jumpa kawan baru.
Baru sangat.

Dan lebih cantik, Lagi baik dari aku..lebih bagus!!
Alhamdulillah.. dia layak utk itu.

Dia dapat kawan baru.
Dia letak aku tepi..
Simpanlah mana2..
Tak muat dah nak simpan dalam hati..
cukuplah simpan tepi Almari..

Dia jumpa dah kawan baru..
dan kawan baru tu macam pernah aje kulihat..
cuma, tak terlintas dimana.
Ya! mungkin tidak dapat nk dibandingkan dengan aku..

Dan, aku perlahan lahan 'mati'
menguzlahkan diri.
biar ghuyub dari pandangan.
agar nanti dia takkan perasan.
bahawa kita pernah berkawan.


*pesan aku pada kawan baru.. Hati2 kawan, kawan yang baru akan digantikan dengan kawan yang lebih baru!


 

Template by BloggerCandy.com