Tuesday, December 23, 2014

Khaira ummah



sungguh aku rindu zaman belajar bahasa arab komunikasi, bahasa arab tinggi zaman sekolah menengah.
zaman sami'na waatoqna.. zaman ber ana enti..zaman aiwah, bravo alaik..jazakillahu kheir, waiyyaki..
manisnya menuturkan lughah qur'an, luqhah jannah..

dan sekarang sudah terkial kial mahu mengingati kembali ayat2, dan perkataan dalam bahasa arab..banyak sudah lupa. banyak makan semut!
banyak sudah hilang dalam kamus otak sbb tidak mempraktikkan ia sebaiknya.

Bila adik yang bongsu habis PT3 (baru dapat result beberapa hari lalu).. ma abah mintak adik sekolah tahfiz. bestnya!
dan aku tidak merasai tawaran itu!aku tidak berpeluang melalui itu..maka aku stay di SMKA Naim Lilbanat sehingga habis SPM.. hikmah Allah meliputi segala sesuatu.. Meskipun bukan penghafaz 30 juz Al quran, disini benih benih tarbiyyah disemai..dengan bacaan wajib dimainkan disekolah ini adalah surah2 pilihan (As sajadah, al insan, al jumuah, Al hujurat, As saff) dan yang paling aku terkenang sampai sekarang adalah halaqah Al mulk (meskipun dulu skip n pura2 tidur awal). Halaqah al mulk mengeratkan hubungan ahli dorm bilamana semua ahli dorm berkumpul di ruang tengah dorm dan sama2 berbulatan membaca Al mulk beramai ramai.. Sekarang nak buat beramai ramai macam tu dah payah. *hargailah bila ada. dan salah satu kelebihan lain ialah, bila dah setiap malam baca Al mulk dalam dorm, secara tak langsung membantu ahli2 dorm menghafaz keseluruhan surah tu.. best kan.. :)

Kuntum Khaira Ummah!You are the best! Kamu ummat terbaik.

"Lahu Ma fissama wa ti wal Ardh"
.... Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan Di bumi..." (Al baqarah: 116)

dan kita sedar bahawa kita tidak punya apa2..Dan siapakah yang terbaik atau maha baik?? Pastinya Allah. Maha terbaik, maha kaya, maha pemurah,maha penyayang.

dan kita ummat terbaik. dimana ummat yang terbaik itu tidak pernah mengaku kalah! ummat yang menyerahkan urusannya kepada yang maha terbaik!

Pernah kita rasa tidak cukup duit.. berasa susah berasa takut dengan rezeki yang tidak kunjung tiba, sedangkan kita malu untuk meminta minta.. Bersalah untuk menyuarakan pada ibu ayah mahukan duit sebanyak itu dan ini.. sedangkan banyak lagi keperluan adik beradik lain untuk ibu ayah kita tanggung.

Pernah juga aku berasa susah hati dengan rasa sakit..penyakit yang ditanggung dan merasa bimbang dengan masa depan yang bakal dilalui..

Pernah juga aku rasa khawatir bersendiri.. tiada sahabat di sisi. yang ada cuma mereka yang lain aqidah, lain fikrah.. merasa takut akan lemah..merasa takut akan kecundang..

dan dalam situasi ini.. Siapa yang kita punya untuk bercerita? siapa yang kita punya untuk meluahkan rasa..? lantas menyelesaikan masalah yang ada?

Siapa?

" Ingatlah, kekasih kekasih Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka 
dan mereka tidak bersedih hati" 
(10 : 62)

dan Siapakah kekasih kekasih yang Allah sebutkan itu??
Allah jawab pada ayat 63 surah yang sama.

" Iaitu orang2 yang beriman dan bertaqwa..."

dan saya juga amat terkesan tazkirah dua minit oleh kak yaya masa family day di pangkor..
ayat 1000 dinar yang kita dok baca2 tuh.. 

"Waman yattaqillaha yaj'al lahu makhroja.. wayarzuku min haisu la yahtasib......."

Taqwa.Taqwa dan bertaqwa.. Fahamkan makna taqwa supaya kita lebih yakin untuk menjadi khaira ummah!! ummat terbaik.





HUDUD bukan untuk orang PAS




Pelaksanaan hudud di kelantan..Saya kira sudah selesai isu ini..
namun, agak kurang enak bila terdengar suara2 yang menyalah anggap bahawa hudud ini untuk orang PAS.. 
eheh! lawak. 

Memetik kata2 Datuk Paduka Marina Mahathir beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan,dan menyatakan dengan terlaksananya Hudud akan memecah-belahkan masyarakat.ohohoi..Memecah belahkan masyarakat tang mana? Hudud dilaksana untuk merawat penyakit2 yang menular dlm masyarakat,masyarakat yang makin tenat!! bukan sekadar hukuman semata.Hudud bukan undang2 orang PAS. Hudud undang2 Allah! kena faham itu.

Bukan mileage politik utk kerajaan kelantan! 
kesungguhan itu hanya datang dari kerajaan kelantan ..kalau sekalipun Umno mahu laksanakan Hudud silakan! tapi ramai yang menentang bukan?

Kalau kita faham, Malaysia mengamalkan sistem federalism..ade dua kuasa yang ada iaitu peringkat persekutuan dan negeri.. dan kalo lah pringkat prsekutuan tak setuju berkaitan satu undang2.. maka ia akan dihapuskan.. So, how about Hudud di kelantan?

Islam sebagai agama negara agama persekutuan! 
dan yang kita nampak sekarang ialah sekularism semata! 
lalu apakah yang dikatakan islam sebagai agama rasmi itu? dengan membenarkah pesta arak itu kah? dengan kelulusan mahkamah bahawasanya pondan boleh berpakaian wanita itu kah? ITU KAH? yang dikatakan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi.

ISLAM is not only a religion, Islam is DEEN.. the way of life.
maka selepas ini apa lagi penyakit masyarakat akan timbul?

Memetik kata2 Tun Mahathir dalam komen beliau tentang hudud! Hukuman itu perlu bersifat adil.
Adehh.. rupanya beliau tafsirkan adil itu sama rata. sedangkan maksud adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Bala Allah menimpa keseluruhannya, tak kira baik atau jahat orang itu..nauzubillah
Dan Banjir dikelantan.. petandakah itu?
Moga Allah ampunkan dosa2 kita..dan melindungi ahli keluarga, sahabat handai, sedara mara di kg dan seluruh rakyat yang ditimpa banjir.. Moga terus kuat



Monday, December 01, 2014

Berbaloikah jual Perfume??




Bismillah..
Alhamdulillah..
Pejam celik pejam celik dah 3 bulan saya terjebak, terpelanting, terguling, terjunam dalam bidang jualan perfume.. (Baru 3 bulan rupanya)

Seriously..
tiada langsung basic bisnes..
background family apa tah lagi...?
So, saya mula dari zero..
kononnya Henshin..(from zero to hero)
tapi takde lah hero sangat..
biasa sak..suam2 kuku..

Ramai tanya saya..kenapa jual perfume?
berbaloikah jual perfume?
tak penat ke jual perfume?
blajar lagi.. ngajar tusyen lagi.. cocap lagi.. editor thesis..
sempat ke jual perfume?
Laku ke?
Orang beli ke?
dan bnyak lagi soalan2 yang seangkatan dengannya..

Belum masuk ragam customer..
yang mintak kita pm dia..
yang tanya brand itu brand ini..hampir 10 brand.. tapi satu pon x beli.. (itu normal)
yang mintak nak bau tester.. (padahal saya jual online)

ada jugak yang dah deal nak beli..last minute cancle
ada yang tnya betulke ori... (tanya smpai lebam dan tak beli)

Tapi, normallah kan?
Adat menjadi peniaga..kena face dengan ragam customer..kena deal baik2.. kena layan dengan penuh hormat.. biasalah kan.. ujian dia..dan dari jual perfume selama 3 bulan ni menjadikan saya lebih alert, sabar layan kerenah, dan juga beri peluang cedok pengalaman bisnes.. (walaupon hakikat tak minat pon)

So far.. Alhamdulillah dengan izinnya.. siap dapat perfume free lagi bos bagi..
mudah mudahan akan datang lebih baik insyaAllah..

Kalau orang tanya berbaloikah jual perfume? saya tak tahu nak cakap macam mana.. tapi setakat ni Allah pinjamkan rezeki melalui jual perfume ni lah saya dapat tampung sara diri saya di tg malim dengan kos hidup biasa2 plus barangan naik, sewa rumah naik, minyak naik... (membuat kan saya rasa sangat tough)


dengan duit tu jugak tak perlu saya susahkan makayah saya.. 
mengajar saya berdikari ke arah menyimpan tabungan sendiri..
dan..utk menyimpan duit masa depan *eh?

Almaklumlah posting x tahu bila..

So, kalau nak tahu berbaloi tak jual perfume..boleh try jual..
jadi ejen saya..
(Sebab saya tak sempat nak uruskan sendiri)
dan saya memerlukan beberapa orang ejen membantu saya..

peace. no. war
Any question boleh direct hubungi saya..


Cik Mawar BBungo, 
Lintas langsung dari kilang perfume ^_^

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! (Part ii)



(Siapa belum baca PART 1 mungkin boleh baca dlu.. baru faham entry kali ni.. :)

Tak tahu nak kata apa..
Puji pujian kepada Allah yang maha memberikan hidayah..
dan rahmatNYA meliputi segala sesuatu...
dan aku yakin janjiNYA

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat Hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima ISLAM dan barangsiapa dikehendaki sesat, Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah sedang mendaki ke langit, Demikianlah Allah timpakan siksa bagi orang yang tidak beriman"
(Al- An'am : 125)


Aku tersengih sorang sorang..
Bukan dilamun cinta..
cuma terlebih bahagia..


Pagi2 subuh minggu lalu (minggu ni baru sempat share)
Alkisah roomateku bangun je tidur terus bercerita denganku....

" Zati..zati..nak tahu Sharon mimpi apa??"

" Mimpi apa Sharon??"

" Sharon mimpi sharon dan housemate kita pergi usrah dengan zati kat surau..."

Mak aii.. terkejut aku dengar.. Allahu..

" Wah....Ye ke Sharon..?" ( ayat itu je mampu terkeluar time tu) 
*Dalam hati macam eksaited gile.. walaupun dia hanya mimpi...


Pernah hari tu aku tanya.. " eh, sharon tahu term usrah?"

" Usrah tu macam discussion kan?" dia soal ku kembali..

" Aah.. "

* wahh, tanpa sedar term2 org tarbiyyah masuk dalam perbualan kami.. dan dia yang mulakan..

Dia seorang yang sangat positif.. sangat motivated..sangat open.. sangat bersemangat.. dan yang paling penting.. dia baikk :) 

Bezanya Aqidah..
Dan tidak boleh untuk aku katakan, semua agama sama.. itu Pluralism..
dan Islam itu takkan pernah sama dengan yang lain.

Kadang2 aku rasa, Allah banyak tegur aku melalui dia..
Dia selalu cakap..
" Tak pe, kalau ade rezeki, posting lah nanti"
" Takpe, sampai jodoh.. kawenlah nanti.."
" Takpe.. mesti ade hikmah..."

See!!! 

Dan kisah semalam.. 

" Sharon, zati nak baiki kereta zati.. eh, silap plak..moto zati...ahha.. berangan betul nak ade kereta..."

dan dia jawab apa??

" Takpe zati,. kena 'amin' kan.. nanti boleh beli kereta.."

dush! sebijik lagi penumbok gajah kena kat muka..
(Syukur + doa)

dan yang paling comel.. 
( Sharon nak suami solehah...) 
ayat yang mgkin x boleh dilupa..
hehehe..

*Mohon doa kalian..moga2 dia diberi kefahaman dalam beragama..Moga2 pintu hidayah dibukakan untuk dia.. :)
dan kita?? Moga dibukakan pintu taubat..ditambahkan keimanan..dan di gemokkan pahala..


Friday, November 28, 2014

Jambatan goyang goyang



*rewind orientasi semester satu*

kisah cinta bermula.
konon.. cintakan upsi
maka kami pon bersemangat nyanyi..
(semangat terpaksa)



"Jambatan goyang goyang..
jambatan goyang-goyang..
ku takut tenggelam 
ku takut tenggelam 
lalu aku berenang
lalu aku berenang
habis basah baju ku 
habis basah baju ku 
lalu aku sidaikan 
lalu aku sidaikan
ku pakai semula 
ku pakai semula 
cantik tak ???.."








kisah orientasi yang ku rasakan sangat budak2.. belum lagi matang.. nyanyi2.. joget2.. main itu main ini.. al maklumlah baru lepasan matrik..uhuk

oke, yang aku nak story bukanlah tentang orientasi tu..
tapi jambatan goyang goyang yang sebetulnya..

Rasulullah SAW bersabda, "Dan diletakkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam, lalu aku dan ummatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Para Rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan! Selamatkan! Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pohon Sa'dan. Pernahkah kalian melihat duri pohon Sa’dan?" Para sahabat menjawab, "Pernah, Ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW melanjutkan, "Sesungguhnya pengait itu seperti duri pohon Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai ummat manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." (HR. Muslim)


*edisi siratal mustaqim

Jambatan goyang goyang..
Jambatan goyang goyang..
ku takut tenggelam..
ku takut tenggelam..
kerana amalku kurang...
kerana amalku kurang..
ku takut di telan..
ku takut terjunam..
habis hancur jasadku..
habis hangus bandanku..
Takuttt tak??

T.T
huhu..nauzubillah..nauzubillah..nauzubillahimin zalikh.. serius seram!!

Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia: “Ya Allah, Selamatkan! selamatkan!" "Ia (jambatan sirath) adalah sebuah jalan yang sangat licin. Dan kaki susah sekali berdiri di atasnya." (HR. Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah, Jambatan Sirat di akhiratadalah hasil jalan2 di dunia. Barangsiapa yang selalu memilih di jalan Allah dan berpegang teguh dengan syariat Islam! maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke Syurga. 

dan jika sebaliknya, Jika kita jalani hidup penuh dengan kemaksiatan, maka bersiap-siaplah diterkam api Neraka yang berkobar-kobar menyala di dalam Neraka.

mintak dijauhkan..

*muhasabah. hati yang sentiasa bermuhasabah itu menandakan hati yang hidup. :'(




 

Template by BloggerCandy.com