Thursday, November 27, 2014

Kertas-kertas kosong




Zaman kecik kecik.. aku suka duk tulis diary..
kononnya banyak 'rahsia' yang aku boleh coretkan dalam tu..tapi aku tak suka diary yang selalu budak2 sekolah duk pakai siap ade kunci mangga bagai..

Diary aku biasa je..
bukanlah hardcover.
diary yang dibeli di Mydin berharga RM5.90

Setiap tahun aku mencoretkan kisah hidup aku yang biasa.kadang2 mengulangi benda yang sama setiap hari.. dan kalau ada ayat yang best2..aku akan catatkan di muka surat baru diary aku..
walaupun pada tarikh yang berbeza daripada tarikh yang tertera pada diary..

Ramai cakap aku pelik. (dari dulu kot)
Tapi aku pon rasa aku pelik..
aku mengalami suatu penyakit di mana aku sukar meluahkan sesuatu melalui kata-kata..
tangan dan jari lebih pantas mengekspresikan luahan benak otakku..
nak buat macamna kan..?

Tapi syok sebenarnya tulis diary nih..memang dulu diary aku banyak muka surat kosong berbanding yang bertulis..
tapi tahun demi tahun berlalu.. kertas kertas kosong itu lebih kurang berbanding kertas-kertas yang berconteng tulisanku yang 'cakar ayam'

dari penulisan diary.. aku jadi cinta akan penulisan.
pada aku.. penulisan itu seolah olah lebih 'ikhlas' dari mulut puaka.
meskipun kadang2 penulisan itu disalah tafsirkan..
at least penulisan lebih petah berbicara..

Dengan rahmat Tuhanku!!
aku diberi pinjaman rasa cinta pada penulisan.
Hakikatnya aku bukanlah budak bahasa..
bukan jua sasterawan muda..
bukan ilmuan yang punya ilmu penuh di dada..

cuma, aku anggap ia Hadiah dari Dia..
mengajar aku mengekspresi cinta..
kalam kasih buatNYA..

moga dengan kertas kertas kosong itu..aku mula bertindak..aku mula bergerak..
supaya dapat ku 'amin' kan doa sahabat yang insyaAllah ahli SYURGA.. 
yang mendoakan penulisan-penulisanku 'nanti' berbau Sains dan Islam..
lama sudah aku ingin menulis itu!!
lama sudah aku ingin menulis ' bukan sesuatu yang kosong'

tetapi sesuatu yang bermanfaat untuk ummah..!

Biiznillah.. insyaAllah.

Wednesday, November 26, 2014

Manusia yang bersumpah!




Wal Asr. Manusia yang sentiasa bersumpah! Bersumpah dengan masa.

Sudah muak !!
Muak mendengar istilah ‘Janji Melayu’ atau ‘Waktu Malaysia’ yang entah siapa yang wujudkan..
“Meeting esok jam 10 pagi ya…”

Dan 10.15 pagi masih belum muncul2.. 10.30 baru nak terhegeh hegeh dengan ayat cliché “Maaf, Saya On the way”.

Baru nak start moto pun cakap on the way.. Baru siap2 nak bertolak pon on the way.. paling parah, yang baru bangun tido pon tetap nak cakap on the way..

3 perkara ingin saya highlight kan di sini..
1. Memungkiri janji.
2. Menyeleweng masa.
3. Menzalimi orang lain

Yang pertama, bila kita mula berjanji.. cubalah untuk menepati janji2 kita..kecuali berlaku musyaqqah yang tidak dapat dielakkan yang berlaku secara tiba2..

Yang kedua, menyeleweng masa.. Kita yang bersetuju untuk meeting jam 10 pagi… Tetapi 10 pagi lah baru nak bangun, baru nak mandi, baru nak breakfast, baru nak iron baju… Macam mana nak sharp? Cubalah untuk tidak menyeleweng waktu yang ada.. Kalau meeting jam 10 pagi sepatutnya bangun awal, iron baju siap2.. mandi awal2 lagi..

Yang ketiga, Menzalimi orang lain iaitu orang yang datang tepat pada masa dan terpaksa menunggu kita yang datang lambat.. Cuba kamu bayangkan, berada di tempat orang yang menunggu? Terpaksa menunggu 30 minit dan sepatutnya 30 minit waktu menunggu sudah boleh digunakan untuk buat perkara lain.. Lagi haru biru bila orang yang menunggu sebenarnya mempunyai banyak komitmen lain yang menanti.. Tidakkah kita sudah menzaliminya tanpa rasa bersalah??? Tepuk dada tanya masa.

Seandainya semua manusia yang wujud di muka bumi ini menggunakan istilah yang sama atau mindset yang sama bahawasanya.. “Alaaah, meeting tu..cakap je nak start jam 10 pagi.. mesti 10.30 baru start punyaaa..”

Oke, Saya nak tanya satu soalan… “ Macam mana meeting nak start jam 10 pagi kalau semua datang lambat? Nak ber meeting dengan tiang? Dengan lantai? Atau dengan kerusi dan meja..?”


Come on lah!!


Saya bukannya nak cakap bahawasanya saya seorang yang sangat2 menepati masa..Tidak..
Tapi, sama2lah kita cuba untuk menepati masa.. Buang persepsi bahawa.. 'baru lambat 5 minit.. ' 

kerana kita hakikatnya tidak punya banyak masa untuk dibazirkan begitu sahaja.. Moga bait2 kata ini mengingatkan diri sendiri yang sering lalai dan lupa.. Wallahu’alam..

Sunday, November 23, 2014

Kau gusar Apa?


Kau gusar apa?
Allah maha dekat..

yang tu ayat penguat yang paling kuatkan aku.

Selalu 2 3 menjak ni.. bila call mak..
Yang aku rasa cuma nak nangis. sebak bila dengar suara mak..
uihh.. jangan duk cengeng zati!

dan apa aku rasa?
Rasa nak quit. rasa surrender. rasa nak balik.

Then seolah olah ada orang bisik kat aku.." Ada beza tawakkal dan surrender"
maka, cari gali lah dalam2..

maka tanpa aku pinta..air mata laju mengalir..rasa itu tak boleh nak describe.

" Yang kupinta bukan separuh jiwamu..
cuma secebis doamu..."

Ya..
honestly.

Tiba2 ade hamba Allah datang. " Kau gusar apa?, mengadu kat dia..."

dan 
seorang lagi hamba Allah datang...

bagi sentapan..

"Kau ni kenapa lemau..? konon nak jad muslimah power?"

erm.

"memanglah.. tapi aku pun perempuan beb.. nangis jugak.."

"ko bukan perempuan biasa, kau MUSLIMAH.. ade beza tu.."

Zupp.
penumbuk gajah singgah kat pipi.

" Weh, aku rasa macam nak mati.."

"semua orang nak mati beb"

Zupp.. double slap sekali..

" Kadangkala kita ni fikir, bila kita akan mati... duk pikiaq punya piqiaq tarikh mati..kira hari bagai..tapi duk lagu tu jugakk..xdak apa yang kita buat..duk takuk sama jugak..tak tambah amal, tak kurangkan maksiat...baik toksah duk piqiaq..."

Kita lebih takut mati berbanding persiapan kita menghadapi mati....amal apa kita nak bawak jumpa Dia? Malu beb..duk menumpang kat Bumi Dia, tapi jumpa Dia nanti takdak apa2 kita balas...

Hurm.. ko tengok ajelah kat Pesbuk.. kebanyakan orang sedaq yang kiamat dah dekat, malapetaka macam2.. MH 17, MH 370, pesta arak, konsert situ sini, buang anak, minyak naik.. (*eh) macam2 dah jadi macam dunia ni dah tunggang tebalik.... tapi manusia duk takat tu jugak aihhh..pung pang pung pang.. bukan nak berubah pon...

" Beb, hidayah tu Allah bagi..."

"Abis tu, ko takyah duk blajaq tinggi2 lah... Ilmu tu Allah bagi.. takyah masuk U... lagu tu kaaa?"

"Memang semua Allah bagi.. tapi usaha beb, usaha!"

Dahlah.. tak tau nak habaq apa dah =.=' .. aptb (Apa pun tak boleh)





Tuesday, October 14, 2014

I told Him



I told Allah, lot about you..
then, I cried..

I told Allah, a great story about you..
then, I cried.. Allah knows everything about you.. 

I told Allah, about my heart..
and I cried.. Allah knows well.

I told Allah, How can I manage my feeling..?
and I cried.. Al Quran always the 'syifaa'

I told Allah..I am jealous!
then I cried.. not a right time for jealousy

 I told Allah.. I miss
Then I cried.. keep praying and make du'as

I told Allah..everything about you..you and you..
then I cried.. great things happen at the right time with the right way..
be strong..keep Sabr and may Allah grant our wish and Dua's..

*Resonance. How can resonate 2 entity without any effort?
So..take an action! and ijtihad.

peace.no.war

Thursday, October 09, 2014

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR!



Sambungan MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! yang haritu..
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah lebih sebulan di rumah sewa
new house.
new surrounding.
new roomate.
new housemates.

lupa nak cakap..
housemate semua non muslim atau lebih tepatnya (not yet muslim)
kecuali aku sorang je..
senyum.
tak tau nak kata apa..

1st impression orang bila dengar aku cakap housemate aku semuanya iban kristian dan seorang buddist..semuanya seakan
"errr"
terkejut.Ya. memang kebanyakannya reaksi sebegitu

gitulah gamokknye aku dipermulaan masuk kerumah sewa baru..
begitu panjang critanya bagaimana aku di'campak' ke rumah sewa ini.
Tak tahu nak mula dari mana..
hari pertama melangkah kaki kerumah ini pun sudah cukup membuat aku rasa tidak syokk
atau pun pendek kata xsedap hati.

mana taknya jejak je masuk sudah ternampak 6 botol arak diruang tamu.
wow.. it was like.. "Adoiyaiiii..mcmne ni..?"

Roomateku merangkap ex jmk sekali ngn aku sudah pun memahami.. Dia sgt hormat dan faham apa yg muslim boleh buat, boleh makan..bla3..

Nasib baik kali ini aku tidak mudah melatah macam selalu2.. kena cool.. baru dapat aura positive.dan diri sendiri lah kena be positive..
dan hari tu jugak raihana wsep cakap " show the best muslim you are!"

yeah.. Itu sebenarnya yang aku rasa..yang aku fikir.
Allah bagi chance tu kat aku..
Supaya Misi dakwahku lebih luas..lebih besar dan lebih terperinci..
Atau senang cerita bukan saja2 aku di'campakkan' di sini..
Its all about 'Alhikmah' yang perlu dicari gali.
MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! 
Ya!

lebih berat tergalas dibahu.
Bukan lagi boleh bermalas malasan 
bukan lagi berada di zon selesa dimana orang sekeliling semuanya satu fikrah..
bukan lagi dikelilingi shbt2 yang faham.

kerja keras!
Itu yang aku perlu buat..sehinggalah ke hari ini..rupanya sebulan lebih berada bersama mereka..

Hari2 kena celikkan mata awal2 untuk subuh supaya tak terlajak..
Sebab takde orang nak kejutkan melainkan aku sorang.

Hari2 jugak kena prepare apa2 yg patut sebab semuanya suka bertanya itu dan ini walau sekecil kecil perkara muslim boleh buat dan tak boleh buat..muslim boleh makan dan apa yang diharamkan..


and we're close together.
family sekadar family.walaupun bukan atas akidah yang sama.
sedar atau tidak taggungjawab berat ada padaku.
Sejujurnya aku bukan seorang yang kuat!
Tapi disebabkan keadaan itu secara tak langsung membuat aku lebih kuat dan berhati hati..

Benarlah untuk mendapatkan taqwa itu seperti berjalan di jalanan yang penuh duri.
harus berhati hati takut kaki terpijak duri.

"SHOW THE BEST MUSLIM YOU ARE!"

Terngiang ngiang ayat tu seolah olah hari2 ada orang duk bisik tepi telinga.. 
Iyalah. 
Aku bertudung.mereka tidak.
Aku berhati hati membeli makanan..
mereka beli apa sahaja walaupun tiada logo Halal.
Aku wajib solat 5 kali sehari
mereka 'sembahyang' sekali seminggu.

Maka, dalam apa jua perkara dari sekecil kecil perkara aku harus titikberatkan.
kerana secara tidak langsung aku membawa imej islam. aku membawa nama islam.
Buruknya aku, maka tercalarlah islam pada pandangan mereka..Allahu..nauzubillah
Itu yang kutakuti.
itu sgt2 kutakuti..
Mungkin ini persediaan yang aku harus take note
utk menghadapi masa depan yang lebih2 mencabar. gulp. (kelip2 mata telan air liur dalam2)

fuhh..lap peluh
serius dua rius aku kena jadi lalang..
dan definisi lalang itu unik.
Bertiup kekiri dan kekanan ditiup angin namun tetap di akar yang sama.
Ikut flow tetapi tetap di pendirian yang utuh!!
ya.
Jadilah seperti bunga lalang. eh? 


Sebulan lebih.. Sekejap saja masa berlalu.
Sedih juga bila hari2 balik ke rumah.. "Assalamualaikum" ku tidak berjawab.
Harapku dalam hati moga malaikat2 menyambutnya melimpahkan rahmat ke atas penghuni rumah kami..

Indahnya Dakwah Rasulullah s.a.w itu melalui teladan.
dan sedikit sebanyak terinspirasi seketika.
guess what..?
percaya atau tidak mereka sgt2 memahami..
sgt2 memahami dan menghormati.
Aku jadi TER malu dengan sendiri.

Alkisah suatu hari..kepenatan seharian, usai bersolat maghrib aku terlena di tikar usang..
Bila azan isyak.. roomateku yg chinese itulah jua yang mengejutkan aku bangun..

" zati..zati dah solat isyak ke..?"
Ahha..jangan main2..

Alkisah lagi...
Petang yang sgt bz sebelum pergi mengajar.. Aku hanya sempat zohor tanpa sempat membuka Al quran..
dan roomateku sekali lagi menyentapkan dan membuat aku segan dan malu yang teramat..
xtau nak jawab apa..

" zati tak mengaji ea petang ni..?"
gulp.
=.=' sadis.
pikiaq sdrilah apa nak jawab..

Allahu..
T.T

Hikmah tersingkap satu persatu.
membuat aku senyum.tak perlu kata apa2..

Terkadang.. "bersama sahabat2 seperjuangan, sgt untung..terasa kuat..terasa ada nasihat..terasa ada teguran.."

Terkadang.. " Bersama kawan2 sefikrah pun seakan terasa sendirian.. kerana kita sendiri yang tidak ada pendirian.. tidak menghargai apa yang kita ada...sering merasa tidak cukup..sering saja merasa sunyi walaupun hakikatnya kita berada ditengah khalayak mereka.."


dalam masa yang sama persepsi baru aku.." Tidak bersama mereka juga mampu membuat kita bertambah kuat..kerana saat inilah kita belajar untuk bertungkus lumus menjadi penasihat diri sendiri.. gigih memberi teguran free of charge utk diri sendiri...mencuba sedaya upaya untuk buat segalanya terbaik.. fuhh" semput!

hahaha..tetibe menghargai diri semaksimum mungkin :p

dan kami.
happy together ever after..(mcm ending fairy tale plak ayatnya)
Kami makan bersama tapi masak lain2.
mereka masih tdak berani offer mknn pada aku 
tapi mknn aku diorang berani makan..hahaha :p pon boley

Bila ada maintenance laki datang nak baiki kerosakan rumah cepat2 diorang cakap " Akak,pakai tudung..ada lelaki nak baiki sinki.."
(Akak disebabkan aku tua drpd mereka) haha

Dan bila Sliding door ruang tamu terselak langsir yang menampakkan kami dari luar.. cepat2 diorang tutup risau orang luar nampak aku dalam keadaan tdak menutup aurat.. So sweet kan.. Moga mereka2 diberikan hidayah olehNYA.. :)

Janji Allah dlm surah Al An'am itu jelas..

" Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah(petunjuk),Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam......"
Ayat 125

Aku?
Hanya mampu doa..
Kamu?
tolong doakan sekali..

akhirul kalam.
Doakan aku!
itu aje nak ckp.
Doakan aku..doakan aku..doakan aku
menjalani Latihan Pengukuhan yang Allah bagi untuk persediaan masa hadapan :)

peace. no. war
I am Muslim and I proud!



 

Template by BloggerCandy.com