Wednesday, June 12, 2013

Sorry





Mahalkah ungkapan maaf?
atau berat kah bibir ingin menuturnya?



"maaf itu satu HAK yang perlu dilafazkan sesama manusia.."



siapa kita untuk menilai manusia?
kerana kita juga manusia..

Siapa aku untuk tidak memaafkan
Aku bukanlah insan-insan yang kejam..
aku bukanlah insan-insan yang keras hatinya
aku jua melakukan kesilapan tanpa aku sedari
layakkah aku tidak memaafkan?


Duka terguris.
itu biasa


Kecewa dan hampa
itu sementara


Andai kita yang memulakan goresan luka itu..
jangan biarkan ia dalam..
segeralah meminta maaf


Andai kita yang menerima hirisan duka itu..
jangan biarkan sampai bernanah
maafkanlah..semoga ia tidak mencemarkan hubungan aku dan dia


usahlah kau pinta untuk diulangkan waktu atau dikembalikan detik itu..
dengan harapan supaya tidak melukakan hati sesiapa~
kerana kita bimbang..
seandainya jika Allah mengulangi waktu itu sekali pun
kita tetap melakukan perkara yang sama..


jadi..
jom kita mohon kepada NYA
moga kita diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan lalu..
itu lebih baik untuk kita
Mengenang dosa silam..itu perlu..
tetapi kita pohonlah agar ada keampunan untuk itu..








" wal ya'fu wal yasfahu. Ala tuhibbuna an' yagfirallahu lakum"

"dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?"

(An nur: 22)

Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni mu?
siapa yang tak mahu? pastinya keampunan Allah yang didambakan..


setiap senyuman yang kuhadiahkan menandakan aku memaafkanmu meskipun hakikatnya aku lah orang yang meminta-minta untuk dimaafkan..
tiada maksud lain yang tersirat..
tidak perlu bercuriga bahawa sukarnya aku memaafkan..
aku hanya insan biasa yang juga punya perasaan..


Setiap hari aku berharap aku ikhlas memaafkan semua orang meskipun ikhlas itu tidak bisa diukur..namun aku berdoa..supaya aku memaafkan orang setiap hari..selebihnya kuserahkan hanya kepada YANG MAHA MENGAMPUNKAN


kerana aku juga hamba sehambanya~


p/s: mintak maaf sahabat2..mintak halal semuanya~ selamat meneruskan perjuangan masing2..moga sama2 beroleh redhaNYA~

wallahu'alam



Tuesday, June 11, 2013

Pimpin kakakku jalan menuju Syurga

081212
kakakku jadi tunang orang.. congratez both of you~
moga menjaga disiplin pertunangan..masing2 masih punya batas..

Seorang kerja di johor..seorang di kelantan~
Akhirnya perkahwinan menemukan mereka~
penyatuan 2 hati menuju keredhaan dariNYA~

barakallahu laka wabaraka 'alaika wajama'a bainakuma fi khair..
May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.



oh my gorgeous sis~ dah jadi milik orang..
310513









Maksudnya: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
( surah An-Nuur 32)




credit pic : NasfJokeR (cousin)



pesanan ma abah  : selamat melayari bahtera perkahwinan..ada masalah bincang elok2..ma abah serahkan yah ko suami doh.."


pesanan penaja kpd kakakku : jaga diri.selamat menjadi isteri solehah..

pesanan penaja kpd Abg Haniff : Jaga kakakku elok2..pimpinlah dia menuju syurgaNYA..semoga bahagia selalu~ doakan atie pulak..next turn..hahahaha

oke dah mengarut..bye




a walk to remember~

BKC: tengok pokok semalu ni BB, kalau kita sentuh dia tertutup kan?
BB: sebab dia pemalu macam saya..


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama"
 [HR Bukhari dan Muslim]



Allah hadiahkan nikmat yang tak ternilai itu..aku yang sekarang bukan aku yang dulu..terima kasih ya Allah..aku berlindung kepadamu daripada berpaling dari MU..nauzubillah..

p/s: renunglah masa lampau..rancanglah masa depan~



Monday, June 10, 2013

muhasabah





"rarai..nak pinjam awak setengah hari boleh?"
"knapa ni awak? nak suruh saya ajar ODE ke?"
"eh, tak tak..saya nak pinjam bahu awak..nak nangess.... :'(



" Hanis, rasa nak tumbok orang..boleh tak?"
"kenapa ni awak?"
"entahlah.. "



selalu sangat macam tu..rasa nak nanges..nak tumbok orang..nak jogging 2 hari 2 malam keliling kampus..nak call mak 5 kali sehari..rasa nak naik moto balik kelantan~

aish..
something wrong with my heart..
banyak sangat titik hitam gamokknyee..
banyak sangat dosa dan noda yang kucorakkan kat hati yang satu ini..
maybe "aku bukan perlukan seseorang.." tapi aku perlukan DIA"

manusia itu sentiasa perlukan Allah, tetapi kita sering lupakan DIA..Astagfirullahal 'azim

**muhasabah..

"Ya muqallibal qulub..thabbit qulubana 'ala diinik..'ala tho'atik.."




Thursday, May 16, 2013

16 Mei 2013

In the name of Allah the most gracious and most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w

aku tak mampu jadi setabah ini kalau aku tak yakin "bahawa ini semua dariNYA"



Tanggal 16 Mei..
Selamat hari guru..
hari ni jugaklah genap sebulan tragedi yang menimpa aku,
yes, bukan aku yang rancang..tapi tanpa aku sedar aku dah melalui dan merasai semua tu sebulan yang lepas..sedikit perkongsian..yang wajib aku semat dalam diary kehidupan 2013..

masih segar..hari dimana first time aku tersalah pergi kuliah awal sejam..a very hectic day to settle everything for open day khar.. kesimpulannya, Allah nak bagi aku rehat rupanya..
pengsan atas motor lalu accident..sedar2 sudah tersadai tepi jalan..bila orang tanya "macamana zati boleh jatuh motor?"

hoho..itu soalan yang sukar utk aku jawab..aku sendiri pun xtahu kronologi aku jatuh..yg aku tahu..mata aku tiba2 gelap..dan aku bukannya dalam keadaan mengantuk atau pening..

"If it is meant 2 b, it will be"..aku hanyalah salah seorang hambanya yang diuji..
first2 buka mata selepas bangun dri pengsan..aku seolah2 blurr sgt..
rasa macam aku dah pun xde kat dunia ni..rasa macam malaikat maut mengintai-ngintai aku..seolah roh sudah pun melayang,rasa 'something' yang aku x boleh nak crita..

itu yang aku rasa time tu..
then,bila aku perasan yang dagu aku berdarah..barulah aku tahu yang aku ni sedang menghadapi kemalangan..kaki sebelah kiri memang xrasa berpijak kat bumi,
macam rasa "aku dah xde kaki?"
then,xsampai 5 minit pun..ramai yg datang..terus call ambulance dan dibawa ke hospital slim river..
hohohohoho..

xray,amek darah,cuci luka,masuk air,cucuk situ cucuk sini macam xde rasa..semua jadi x sakit..
yang syoknye..sempat aku dengar doktor2 n nurse kat situ baca 'bismillah' before buat itu dan ini..Allahurabbi..so sweet kan?
n sblum aku dilepaskan balik..doktor2 pelatih sibuk mengelilingi aku hanya disebabkan nak jahit luka kat siku..

aku tanya.."luka ke doktor? asal x perasan pun?"

"luka dik, x panjang pun, 1 inch je..cuma dalam sikit.."

Aku tengok kat baju..rupanya memang dah penuh darah kat bahagian siku..Allahurabbi..

sepatutnya hari tu kakak aku datang tanjung malim nak jln2 tempat aku..so, aku canclekan dia dtg..so dat, my family can't figure out my situation..
org tnye.." kenapa x nak mak ayah tahu?"

......i hve my own reason

panjang aku berceloteh..tapi macam nak sambung lagi je cerita ni..

Aku boleh terus balik ke kolej..kedua2 kaki x boleh jalan..sebelah bengkak cam belon..sebelah lagi sakit..
yang paling sayu..aku didukung oleh sahabat2 yang sgt baik hati..dukung sehingga ke dalam bilik dan even aku ckp " i'm okay "
mereka tetap nk dukung aku..

2nd things yg terkesan kat hati..
" akak nak saya amekkan wudhu' utk akak kat bilik?"

adik comel seusrah membuat hati aku terusik..sungguh mulia..Allah membalas selayaknya buatmu.. :)

dimasukkan ke wad, 2x keluar masuk..then dapat berita kaki kena operate..semua itu dirahsiakan dari mak ayah..tapi nak tak nak waris kena tahu before operate..so, abang aku jadi penjamin..if anything happen 2 me..

4hari di wad orthopedik..lagilah buat aku buka mata..depan katil aunty chinese..hanya ada sebelah kaki..katil sebelah, makcik tu hanya menggunakan kerusi roda kesana kemari masih lagi mampu tersenyum..inikan pula aku yang diberi ujian kecil..xlayak langsung utk aku salahkan.. Allahurabbi..

dari guna kerusi roda, tongkat, hinggalah aku mampu berdiri semula dengan 2 kaki..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Everything happen for  a reason..a very good reason..

"Allah bagi ujian, Allah sediakan penyelesaian..the great khaliq and d best planner..all praises to HIM"

sebelum aku tutup tirai..satu lagi nak cakap " the power of Du'a is amazing"

Jazakumullahu khairan kathira.. buat sahabat2 yg memimpin tangan, memapah, mendukung, mendoakan, menziarah dan semualah..tidak termampu untuk aku balas..hanya Allah sahaja yg mampu membalas selayaknya buat kamu semua..

wallahu'alam :)


 

Template by BloggerCandy.com