Friday, February 08, 2013

I'm talking about Marriage


Assalamualaikum wbt..
first of all, barakallahulakuma wabarakah 'alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair..
buat En Alamin dan pasangan serta buat coursemateku Marhanie & pasangan..moga bercinta sampai ke syurga..

I’m talking about marriage



Seawal usia 19 tahun, saya mula memikirkan soal perkahwinan.awal kan??
Walaupun masih tidak mempunyai calon ketika itu, saya menggariskan panduan untuk diri sendiri merancang perkahwinan..tertulis rapi dalam diari peribadi agung..

Apa komen anda?

terlalu awalkah saya untuk berfikir sedemikian? Membaca buku ‘sebelum aku bernikah’ karya Hilal asyraf membuatkan bnyak statement beliau yang saya bersetuju..
Senario sebenar yang berlaku disekeliling saya..
“Lambat lagi saya ingin kahwin, malas lagi nak fikir soal itu…”
“Buku sebelum aku bernikah banyak membicarakan soal persiapan kahwin,saya taknak lagi fikir soal itu…”

Pada saya, sama juga konsepnya dengan kematian..suatu perkara yang sangat besar yang perlu difikirkan..Seandainya kita tahu tempoh kematian lagi 5 tahun, adakah kita akan mengeluarkan statement “lambat lagi saya ingin mati..malas nak fikir soal itu…” pasti tidak..

Tidak semestinya saya fikir soal perkahwinan sekarang, saya ingin berkahwin sekarang..nope..many things to think..

Dalam salah satu wishlist saya, saya menetapkan tempoh membina baitul dakwah dengan angka umur yang tertentu..tahukah saya tempoh saya akan kahwin bila?Sudah semestinya TAK..sebab kita hanya merancang.. saya membuat beberapa checklist diri, sejauh mana tahap iman saya, sejauh mana ilmu didada, sudah bersediakah saya..atau apa2 yang patut dalam diari peribadi agung.. Tidak mengetahui bila kita akan kahwin bukan alasannya..tetapi saya hanya meletakkan dateline supaya saya sedar bahawasanya saya harus matang dan berusaha supaya lebih bersedia ke arah itu..tidak salah kan?

Lambat laun, Jika ALLAH izinkan, saya tetap akan menempuhi fasa itu..Same goes to mati..kita harus merancang kematian kita, mahu kematian itu kesudahannya macam mana? Husnul khatimah? Atau suu’l khatimah (nauzubillahiminzalikh)

MERANCANG bukan dengan angan2..MERANCANG dengan tindakan

Untuk membina sebuah baitul dakwah yang sakinah mawaddah wa rahmah yang seperti semua orang impikan..begitu juga saya..bagaimana? saya bukanlah orang terbaik yang harus kongsikan perkara itu..tetapi untuk diri saya, saya meletakkan checklist untuk diri sendiri sebelum menempuh alam itu..

Yang pertama..MATLAMAT..sudahkah kita meletakkan matlamat dan halatuju perkahwinan itu ke mana, untuk kahwin awal, kahwin muda.tiada masalah,yang penting matlamat mereka jelas..Inginkan sebuah perkahwinan yang bagaimana??Tepuk dada tanya IMAN..
Bagi yang sudah menetapkan matlamat perkahwinan.Tahniah saya ucapkan..Saya tabikk anda kerana bijak merancang!

ADAKAH SAYA ‘GEDIK’ BILA FIKIR SOAL KAHWIN?

Sekali lagi saya nyatakan..ini hanyalah pandangan saya..Bila saya berfikir soal kahwin, saya bukanlah gedik atau gatal ingin kahwin..TETAPI saya mahukan perkahwinan saya suatu hari nanti seperti yang kita harapkan..Bukan mengharap yang sempurna, tetapi mengharapkan sebuah perkahwinan yang diredhai oleh Allah, direstui oleh ibu bapa, disenangi oleh orang sekeliling..

Yes, untuk saya berkata YA sangatlah susah..perkara yang perlu untuk berfikir panjang..dan amat besar untuk saya fikirkan..Ia soal kehidupan saya.masa depan saya.masa depan ummah..kerana baitul muslim tangga kedua selepas individu muslim..seterusnya tangga2 lain lagi untuk menuju ke arah pembentukan daulah islam..sejauh itu perlu kita fikirkan.. dan apabila saya berkata YA, ia maksudnya YA..and I’m serious on that thing..

BERKAHWIN BUKAN DENGAN PASANGAN SAHAJA, TETAPI DENGAN ORANG SEKELILINGNYA JUGA

Hal ini yang perlu dititikberatkan..
“Ibu si dia tidak merestui, tapi saya tetap ingin berkahwin dengannya”
Atau mungkin begini… “ Bukan mak pun nak kahwin dengan dia, saya yang nak kahwin dengannya..”
Ke mana mungkin letak duduknya hormat kepada ibu bapa dan keluarga..?
Sedangkan Ridhollah fi Ridho il waalidaini yang bermaksud RedhA Allah terletak kepada redha kedua ibu bapanya..

Perlu tengok juga kenapa ibu tidak merestui atau tidak suka pada pilihan kita, bawalah berbincang..mungkin terselit hikmah di sebalik bibir kedua-dua ibu bapa..Dulu saya pernah bersuara kepada salah seorang kawan saya..
 “ Kalau ada lelaki yang bertanya tentang saya kepada kedua-dua ibu bapa saya atau dia berjumpa terus ibu bapa saya..Dia seorang yang baik dan ibu bapa saya bersetuju, saya akan bersetuju.."

Wah!! Semudah itukah saya membuat keputusan??hoho, kawan saya juga menggaru kepala mendengarnya..

Pada saya, saya mengenali ayah dan ibu saya bagaimana, Setiap lelaki bukan semudahnya lulus dengan imigresen ayah saya..kena lepas soalan A-z dulu barulah dibenarkan..

Restu ibu bapa penting..berbincang dengan family sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan..suarakanlah kepada keluarga..buka ruang perbincangan antara mereka.mereka pasti memahami..barulah boleh mengorak langkah ke perancangan seterusnya..

Formulanya mudah, kita bukan ingin berkahwin dengan pasangan kita sahaja, tetapi dengan keluarga mereka sekali..

p/s : sekadar pandangan peribadi..terima atau tidak itu terpulang..wallahu'alam.. :)

Wednesday, February 06, 2013

*^__^*




Seseorang bertanya..siapa nama awak?

“Izzati”

Erm.. “ Awak tak dapat apa yang awak nak” meramalkah dia ?

Dia boleh baca nasib melalui nama?? Err..wallahu’alam..itu saya tidak tahu..

Gulp..telan airliur 3x..haha

tak pe..insyaAllah..kalau DIA cakap YA..maka jadilah!! 

Manusia merancang dengan cita2..ALLAH merancang dengan CINTANYA..

every single thing happened for a very good reason.

Bila saya berjaya.. Adakah itu usaha saya?atau layakkah saya katakan.. “kejayaan itu setimpal dengan usaha yang saya lakukan?” atau boleh ke saya cakap.. “ berbaloilah tu aku dapat 4.0 sebab aku struggle”

Owh..tidak 100%..mungkin kejayaan itu hnya beberapa percent dari usaha kecil yang dilakukan..

Kerana hakikat yang menentukan bukannya saya..

Dan bila saya menghadapi kegagalan atau rebah dipertengahan jalan..adakah saya perlu untuk kecewa?
Sedangkan usaha yang kita lakukan itu memang kecil..sikit sangat..kecewa atau sedih untuk seketika itu mungkin normal..manusia bnyak khilafnya..bnyak kelemahannya sana dan sini..
Sebab tulah bila berjaya..jangan terlalu berbangga dan berbahagia dengan apa yang kita dapat..justeru ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaannya..

Sometimes they are gifted*

For those yang menghadapi kegagalan..jgn kecewa terlalu lama..KAMU TERPILIH!! Untuk koreksi diri dan terus mara ke depan +usaha+doa insya-Allah..

p/s : *^_^* bertaaruf..wink3


Sunday, February 03, 2013

Dia Qistina # 8



“Waaah..sedapnya bau..mama masak apa untuk anak mama yang baru balik ni?” sejurus meletakkan bagasi dalam bilik, aku terus ke dapur..sedap sungguh bau menusuk hidung..membangkitkan selera bagi siapa2 yang menghidunya..

Mama memang jaguh masak..dan aku percaya setiap ibu yang ada kat dunia ni semuanya jaguh masak..anak2 nya pasti rindukan masakan ibu masing2 bila berjauhan..mana tak nya..air tangan ibu tu lah membuatkan makanan tu bertambah sedap lagi berkat..

“Ni haa, Kari ikan tenggiri kesukaan Qis la..Ayah belikan ikan tenggiri tadi..suruh mama buat kari katanya..”

Aku menepuk-tepuk tangan perlahan di bawah dagu menandakan sudah tidak sabar lagi untuk menjamah nasi..Lapar sangat perut ni..dari pagi tadi hanya biskut 2 keping sahaja singgah di perutku..

“Mama jom makan sekali..Aisyah dan Fatimah balik asrama esok kan?, Abu zar mane?”
Aku mengambil 2 biji pinggan lalu diletakkan atas meja.

“ Adik2 Qis balik petang esok..Abu zar ada kat rumah maksu nya tu..ber main-main dengan Aqil  agaknya..dari tengah hari  x balik- balik lagi..”
***
Terasa tenang menjejakkan kaki ke bilik sendiri..kali ini, rak buku serta almari baju bertukar tempat lagi..Mama atau ayah suka mengalih dan menyusun atur perabot-perabot dalam rumahku supaya tidak jemu mata memandang..Bilikku tersusun rapi meskipun aku jarang pulang ke rumah. Mama selalu juga ke bilikku semasa ketiadaanku..memastikan tingkap dibuka untuk pengaliran udara yang baik..karpet divakum untuk mengelakkan debu terkumpul memandangkan aku alah pada debu.. Frame di meja yang memaparkan foto-foto famili menjadikan sudut bilik nampak lebih peribadi..Rak buku menjadi tempat kegemaran dalam bilik itu..walaupun koleksi buku masih belum memenuhi rak..tetapi akanku tambah dari semasa ke semasa..

Aku merebahkan badan di katil..melegakan sakit-sakit badan.
Fikiran meninjau kembali kepada insiden dalam bas tadi..erghh..malas dah nak ingat..aku menutup mukaku dengan ke dua-dua tapak tangan..

“Kak Qis dah sampai…yeay2!” abu zar berlari masuk ke bilikku..

“Mana jam adik?”

“Amboi..dah tak nak salam tangan akak dah? Terus tanya pasal jam?kalau macam tu akak tak jadi bagi lah..”
Diambilnya tanganku lalu diciumnya cepat2.. "oke dah! Akak, mana jam abuzar?”

“Erm..sabarlah adik..malam nanti akak bagi ye..malam ni kan mama nak buat BBQ..nanti akak bagi time semua adik-beradik kita dah berkumpul ye..”

Abuzar menarik muncung..merajukla tu bila jam nya dipostpone ke malam nanti..

Setiap kali pulang ke rumah, biasanya mama akan masak banyak2..wat ala2 ‘makan besar’ seolah2 ada event penting..Tetapi hakikatnya, moment itulah yang mampu mengeratkan hubungan kami anak-beranak..Ayah pun meraikan anak2 nya..Biasanya, kalau ada jamuan2 macamni kami akan buat photoshoot family..Gambar tu akan diframekan atau diabadikan dalam album keluarga.. “baru boleh tunjuk kat cucu2 nanti..”ayah berseloroh..

Aku sayang mereka..aku sayang keluarga aku..sayang sangat..moga Allah titipkan keberkatan dan rahmat dalam keluarga ini..ameen..
***
BBQ malam ini meriah daripada kebiasaan.Tidak sangka pula mama jemput sekali keluarga Mak Long, Pak ngah dan mak su..wah..rasa macam hari raya pula bila berkumpul ramai-ramai macam ni..Sepupu sepapat pun ada sekali..semua sudah besar panjang belaka.. Keluarga pak ngah yang jarang kami jumpa..sebab mereka bermukim di UK..Raya tahun lepas pun tidak pulang ke kampung. .

“Qis nak air apa? Boleh abang ambilkan..” suara garau mematikan lamunanku.

“Eh, Abang daus..takpe..nanti kalau Qis haus, Qis ambil sendiri..terima kasih..”

Aku segera lari masuk ke dalam rumah..tidak selesa dengan situasi tersebut..Abang Firdaus anak kedua Pakngah.Umurnya tua 5 tahun dari aku.Seorang yang sangat pelik dan suka pandang aku ‘semacam’..Dia baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pertukaran Asing di salah sebuah Bank tempatan..dulunya menetap di UK banyak mengajar beliau tentang pengurusan menjadikan dia lebih cekap dalam bidang yang diceburinya..

“ Pak Teh, Qis tu lagi berapa tahun belajar ?tak fikir nak kahwin ke dia?”

“Ish kamu ni, ke situ pulak daus..Qis tu lagi setahun lagi kat Universiti.Semester depan start praktikum..Tak sempatnya dia nak fikir lagi soal kahwin..pakwenya pun belum ada, Qis tu bukan jenis yang suka cintan-cintan ni…kamu tu..bila lagi?jangan jadi bujang terlajak pulak nanti..”

Berderai gelak ketawa mereka berdua..

“entahlah pak teh, Daus tunggu Qis habis belajar la..”

berkerut kening ayahku..seakan memikirkan perkara itu serius..bukan tak percaya anak saudara sendiri..tetapi Firdaus tu lain..social life berbeza.Lain benar dengan Qis. Lagipun mereka tu sepupu..dah jadi keluarga sendiri pun..
***
Abu zar melompat-lompat gembira bila jam yang dipesannya sudah berada di tangan. Satu ciuman singgah dipipiku tanda ucapan terima kasih..gembira benar nampaknya..terus dibelek dan dicuba pakaikan ditangan..cantik! sesuai dengan Abu zar..aku tumpang gembira bila melihat dia gembira.

“Adik dah dapat jam ni, apa janji adik ngan akak?”soal ku..

“Adik janji adik akan menjaga masa sebaiknya, adik tak akan bazir masa dengan tengok BoboiBoy, naruto dan conan lagi..adik nak belajar rajin-rajin, adik nak isi masa baca quran..adik nak hafal Quran macam kak Qis..”

“haa, bagus! Macam ni baru Abu zar..”aku kucup ubun2 abu zar..berair kelopak mataku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adik aku sendiri..moga menjadi sehebat Abu Zar sahabat rasulullah s.a.w..

“adik je ke dapat hadiah?hadiah kami mana akak?”Fatimah dan Aisyah bersuara dari belakang.. berbaju biru sedondon menyebabkan kembar seiras itu susah untuk dicam..kadang-kadang mereka saja menguji aku supaya meneka mana satu aisyah, mana satu fatimah.ada aje yang nak kenakan aku..

“ Ada. Atas meja akak dalam bilik ada 2 biji novel baru..pergilah ambil..jangan berebut.kongsi-kongsi ye..”

Sepantas kilat berlari sepasang kembar mendapatkan novel..hurm..memang kaki buku 2 orang ni..macam2..aku menggelengkan kepala pening melayan kerenah 3 orang adik aku ni..

“Kak Qis, handphone akak, 3 missed called..” Fatimah mengeluarkan handphoneku dari dalam bilik lalu disuakan padaku..

“terima kasih..”

Siapa pula yang telefon malam-malam ni? Nombor tak dikenali. Sekali lagi telefonku berdering..aku menyambut panggilan itu..

“ Assalamualaikum Qis, tak tidur lagi..?”

“waalaikumussalam..err..maaf, ni siapa ye..?”

“Aii, takkan dah tak cam suara abang, tadi baru kita jumpa..”

“Abang daus ke? Kenapa call Qis malam-malam ni? Nak cakap dengan Mak Teh ke?”

“Eh, buat apa nak cakap ngan Mak Teh? Nak cakap ngan Qis la..saje..cuma nak ucap Good Night, sweet dream..dreaming of me okay?”

Cepat2 ku matikan panggilan tanpa membalas ucapan selamat malam..eiii..geramnya aku abang daus ni? Kenapa dia pelik sangat ye..dengan sepupu sendiri pun nak ngada2 ke hish, TAK SUKA NYA!!

to b cont...

Saturday, February 02, 2013

Dia Qistina # 7




Done! Siap packing barang untuk pulang ke kampung malam ni..
Kucapai kotak kecil yang diikat riben merah atas rak buku..’ini untuk Abu Zar..harapnya dia suka..x sabarnya nak balik esok..’

Seawal jam 8 pagi aku akan bertolak ke kampung halaman..Tanah serendah sekebun bunga..Negeri tercinta cik siti wan kembang..wajah mama, ayah dan adik2 terpapar di ingatan..rindu sungguh aku pada mereka..abang Umar tidak pulang kali ini..Sibuk katanya..

‘Hurm..tidak lupa pada si kembar kat rumah, Aisyah dan Fatimah..Novel-novel di rak segera kumasukkan dalam beg galas untuk menjadikan koleksi novel si kembar itu bertambah..suka betul mereka membaca novel2 yang aku bawa pulang..Novel islamic menjadi pilihan..terutamanya karya Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin yang menjadi idola mereka..bab hobi mereka sama..tapi satu tu je la yang sama..yang lain banyak kontra nya.. Fatimah lebih suka membaca sambil dengar music, tapi Aisyah lebih suka suasana tenteram..Fatimah suka makanan pedas, Aisyah x suka.Fatimah suka warna striking2..tapi Aisyah suka warna lembut.. Fatimah lebih rapat dengan ayah, tapi Aisyah lebih akrab dengan mama..patutlah jadi macam tu..haha..hakikatnya..mereka tu saling melengkapi..kembar seiras yang sayang menyayang antara satu sama lain.. Seorang demam, pasti yang sorang lagi turut demam..hebatnya ciptaan Tuhan..

Bas Mahligai berwarna merah kuning sudah tiba seawal jam 7.30 pagi di Stesen bas..Aku menjinjit beg sederhana besar dan duduk di ruangan menunggu..terlalu awal untuk aku naik bas..

Perutku berbunyi-bunyi meminta untuk diisi..kukeluarkan sebungkus biskut Oat Krunch hazelnut dari dalam poket beg galasku..makan sekadar alas perut..takut nanti pengsan lagi..
***

12A.Tempat dudukku menandakan aku berada di tingkat atas memandangkan bas Mahligai adalah bas yang Double Decker..

Seat sebelahku kosong..baguslah..lapang sikit tempatku..

Bas sudah reverse perlahan-lahan menandakan sudah ingin bertolak..

Jari jemari  sibuk menekan keypad pada telefon bimbitku..

‘Assalamualaikum mama, Qis dah bertolak balik..
nanti sampai Kota Baharu, Qis telefon’



Lalu di sent pada mama.

Bas berhenti seketika..owh, ada orang naik mungkin..terlewat agaknya..

“13A”
Aku mendongak sedikit bila terdengar suara lelaki..

Ya, itu seat sebelahku..Alamak, lelakikah duduk disebelahku..?

“Allahurabbi!” spontan keluar dari mulutku.

Lelaki yang sibuk memerhatikan tiketnya mengangkat muka yang tadinya terlindung di sebalik cap nya.

‘Ahmad Tasdiqi…?’

Aku segera mengalihkan mukaku mengadap tingkap..

Berharap agar dia tidak cam muka ku..

Parking elok diseat sebelahku..dia menurunkan sedikit seat agar selesa untuk duduk.agar tidak sakit belakang untuk menempuh perjalanan yang panjang..
Diam tanpa kata sepatah..Dia memasang earphone lalu disumbatkan ketelinga..terus menelangkupkan cap nya menutup muka..

‘betulke dia ni Ahmad Tasdiqi ye?kenapa dia buat bodoh je bila nampak aku? Takkan dia sudah tidak cam muka aku?’ monolog kehairanan.

Aku memanjangkan leher meninjau-ninjau sekitar bas kalau2 ada lagi seat kosong..bolehla aku tukar..

Sememangnya aku tidak suka berada di sebelah lelaki.Tidak selesa. Tambah2 lagi perjalanan ke Kelantan bukannya sekejap..makan masa 7,8 jam juga..
Malangnya, bas hari ini dipenuhi penumpang..semua pasangan seat sudah dengan jantina yang sama..x dapatlah untuk aku tukar. Kebiasaannya aku akan tukar bila ada double seat yang jantina berbeza..

Hurmm..terpaksa.. T.T
Dalam hati Allah je tahu betapa tidak selesanya aku..

Sudah 2 jam perjalanan berlalu..aku diam membisu tanpa sepatah kata..nak melelapkan mata pun x selesa, nak dengar lagu pun x selesa..nak menyandarkan badan ke belakang pun x selesa..hurmm..Merenung ke luar jendela..menikmati keindahan ciptaan Tuhan..moga hatiku lebih tenang..

“Pap!!” bunyi handphone orang sebelah ku jatuh.

Alamak..jatuh bawah kakiku pula..

“ Qistina, tolong ambilkan telefon saya bawah seat awak..”
Aku yang masih blur2 membongkokkan badan untuk mencapai telefon bimbit lalu ku serahkan padanya..

“ kenapa awak panggil saya Qistina? Mana awakboleh tahu nama saya? Awak kenal saya ke?” aku tanya penuh kehairanan..bertubi-tubi pula tu..
dah! sah dia memang Tasdiqi..aku yakin sangat dah..dia memang tasdiqi..hati aku dari tadi memang tak sedap dah..dia memang kenal aku..kalau dia tak cam muka aku, apesal dia boleh panggil aku Qistina?

“ Tuuuuu!” Dia memuncungkan mulut menunjukkan Blazer hitam yang kugantungkan pada seat depan..kat situ jelas trang tang2 terpapar nama aku.. ' Qistina Adawiyah’

“ Blazer tu ada nama, ke bukan nama awak?”tanya dia mohon kepastian.
Aku hanya senyap tanpa menjawab persoalannya..erghhhh..geramnya..
Aku memalingkan muka ke arah tingkap..mencari ketenangan..malu juga aku dengan insiden tadi..baru je aku yakin yang dia tu Tasdiqi..tapi balik2 aku jugak yang malu..mungkin talam dua muka kot..eh2..silap..mungkin pelanduk dua serupa kot..aku tak habis2 memikirkan soal itu..

to b cont...

Friday, February 01, 2013

Dia Qistina # 6



Sudah hari ketiga cuti pertengahan semester bermula. Suasana di kolej semakin lengang. Aku masih di bilik meeting membincangkan perkembangan gerak kerja yang dilakukan. Setiusaha sibuk mencatat minit mesyuarat yang dibincangkan. Dipengerusikan oleh Akhi Amirul Mukminin selaku presiden Persatuan menjadikan mesyuarat berjalan dengan lancar. Akhi Muhammad Yazid sebagai pengarah program ‘Forum bicara Ilmuan’ tidak menghadirkan diri ke meeting kali ini..ada kekangan katanya. Jadinya, aku menggalas tanggungjawab pengarah untuk memastikan krew jawatankuasa pelaksana menjalankan amanah masing-masing seperti yang telah ditaklifkan serta mencadangkan penyelesaian untuk beberapa masalah kecil yang timbul dalam unit masing-masing.

“Ukhti Adawiyah, ana ada sedikit masalah, moderator forum baru sahaja memaklumkan pada ana, bahawa dia tidak dapat memenuhi undangan pada tarikh yang berkenaan kerana baru sahaja mendapat surat temu duga yang bertarikh sama dengan tarikh forum kita..jadinya ana nak minta cadangan nama moderator lain untuk gantikan tempat beliau”
Ikhwan bersuara wakil dari unit protokol.

“..erm..cadangan nama ye. Memandangkan forum ini akan berlangsung sebaik sahaja kita habis cuti mid sem. Jadinya kita tidak punya banyak masa lagi.Untuk mencari ustaz dari luar, memerlukan masa yang panjang.jadi ana cadangkan enta cuba tanyakan Akhi Fakhrul ataupun Akhi Fikri dari Persatuan Bahasa Arab,Pelajar semester 6..mereka tu selalu juga jadi moderator untuk forum-forum program universiti..nanti lepas meeting enta ambil nombor telefon mereka dengan ana ye..”

“..oo, abang Fakhrul..ana kenal.nanti ana tanyakan..syukran”

“Lagi?ada mana –mana unit yang mempunyai sebarang masalah boleh nyatakan sekarang sebelum kita tamatkan meeting pada hari ini..” pengerusi bersuara sebelum menutup perjumpaan kali ini dengan suratul Asr, Tasbih kifarah dan doa Rabithah..

Siti Zulaikha sudah sampai ke kampung halaman 2 hari yang lepas.Lagipun Ika tidak terlibat dengan apa-apa persatuan di universiti mahupun kolej.malas katanya ingin menyibukkan diri..biarlah aku dengan dunia aku..tambahnya lagi..

Mesti Ika sedang sibuk memberi kambing-kambingnya makan.tak pun sedang kutip terung, cili dan bendi belakang rumah. Ayah zulaikha penternak kambing..berpuluh-puluh ekor juga kambing peliharaannya.Ada kambing daging ada kambing khas untuk susu, dan ada kambing khas untuk pembiakan sahaja..iaitu untuk melahirkan anak-anak kambing yang baru..

Ibu zulaikha pula, yang lebih selesa dipanggil makcik Zah berbudi kepada tanah lapang di belakang rumahnya..Tanaman sayur-sayuran seperti cili besar, bendi, terung, tomato, kacang panjang menjadi salah satu punca pencarian rezeki ibunya.Hasil daripada tanaman tersebut dijual dipasar pagi di pekan Arau, Perlis. Pernah sekali aku tolong Makcik zah menjual sayur di pasar sewaktu aku bercuti di rumah ika tahun lepas. Lama rasanya tidak ziarah lagi ke sana..

Usai solat Zuhur, aku mencapai telefon bimbit dari dalam beg kulit yang ku bawa ke bilik meeting pagi tadi..

‘ 5 missed calls, 1 message’

Allah.aku lupa menukarkan mode handphone daripada Silent ke General.
Semuanya daripada Liana. Kubuka mesejnya

‘Assalamualaikum kak Qis, akak ada kat kolej tak?yana nak ajak akak temankan yana pergi jalan-jalan ke KL’ -10.17 am-

Aku menjeling jam tangan,sudah 2.05 petang.

Segera mendial nombor Liana..

‘ the number you have dialed is not in service. please try later’ operator yang menyambut panggilan.

Kucuba beberapa kali..tapi tetap sama..Ya Allah, tiba2 aku rasa tidak sedap hati.Liana tidak pulang ke kampung cuti kali ni?Dimana dia sekarang agaknya? Adakah pergi ke KL tanpa ditemaniku? Seorang dirikah dia? Bermacam-macam-macam soalan timbul dibenak fikiranku..’Ya Allah, lindungilah Liana disetiap langkahnya’
Kuambil Al-Quran besar berkulit biru atas rak buku. Sejak Al-Quran tafsirku hilang, alquran itulah yang menjadi pengganti. Tetapi tiada tafsir..Tidak mengapalah, asalkan ada al-Quran.Ayat-ayat suci menenteramkan jiwa bagi sesiapa yang membacanya.

‘tok,tok,tok..’ ketukan dari luar pintu bilikku..
Pintu dikuak perlahan.

 “Liana..”spontan keluar dari mulutku.

“Masuk liana, akak risaukan Liana,dari tadi fikir fasal Liana.. akak minta maaf, tadi tak dengar yana called, akak tengah meeting..”

Tanpa sepatah kata yana terus memeluk badanku erat..aku yang masih tergamam terus membalas pelukannya..ku gosok perlahan belakang badannya. Terdengar esakan tangisnya tersedu-sedu..semakin lama semakin kuat liana menangis..sebak nada tangisan itu.hampir 5 minit liana memeluk aku barulah dilepaskan.

Masih membisukan diri.aku mempelawanya duduk di kerusi..Aku menghulurkan segelas air kosong supaya dia lebih tenang.

“Liana okay?”sapaku lembut.

Dia menggelengkan kepala..mukanya seakan ada ‘sesuatu’ yang ingin dikongsikan..air kosong diteguknya perlahan.

“Kalau yana ada masalah, ceritalah pada akak, insya-Allah,akak bantu apa yang termampu..”
Senyap.tiada respon balas dari liana..hanya menundukkan kepalanya ke lantai.

“Yana sayang, kalau liana ada masalah,cerita pada akak..InsyaAllah akak cuba bantu yana..liana tak balik kampung bercuti?”
Menggeleng lagi..

“yana tak nak balik kampung! Yana tak nak balik!! Yana taknak balik! Faham tak??”dia menangis lagi..
Aku terkedu..tidak pernah nadanya sekeras itu..
Aku menghampirinya.duduk tepi dikatil menghadap kerusi yang didudukinya.Aku meraih tangannya perlahan..

“ Yana..akak nak bantu yana, cuba yana ceritakan apa yang berlaku?”..

Dia menyentak tanganku kasar...matanya tajam melihatku seperti singa kelaparan..segera berlari keluar dari bilikku..Tidak sempat kukejar, bayangan yana sudah tidak kelihatan lagi dari wing bilikku.
Allahurabbi..apakah yang menimpa Liana? Sampai membuatnya berubah jadi seorang yang pemarah, mudah sensitif, tidak banyak bercakap, tidak ceria seperti dulu..”yana x nak balik kampung?”aku mengulangi ayat terakhir yana dengan penuh tanda tanya..mungkin liana ada masalah keluarga?sejak akhir-akhir ini, liana kerap stress..murung, banyak menangis..adakah family penyebab dia jadi macam tu?


“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Akak doakan adik akak ni kuat..akak bersedia mendengar luahan yana bila-bila masa andai yana dah bersedia insya-Allah..semoga Allah permudahkan segala urusanmu dik..salam sayang kak Qistina Adawiyah”

aku menaip beberapa ayat lalu dihantar kepada liana melalui khidmat pesanan ringkas.

to b cont...


 

Template by BloggerCandy.com