Ramai tanya saya kenapa amek Public Gold? Bukankah ia
syarikat cina? Kenapa tidak pilih dinar kelantan? Memandangkan saya orang
kelantan..Bukan brand lain? Saya ada sebab kenapa saya memilih emas Public gold
sebagai emas simpanan dan sudah pastinya saya syorkan Public Gold bukan kerana
saya seorang dealer tetapi kerana
kelebihan kelebihan yang lain. Kalau saya baca tentang emas dalam tulisan En
Zulkifle Syafie, kalau nak beli emas ni, tak boleh pandang satu sisi sahaja..
kena kaji aspek2 lain juga.. Dan setakat ini, saya rasa Public gold terbaik
dari kriteria2 yang saya sebutkan..
Jangan percaya dulu!
Baca dan teliti apa yang saya bakal huraikan ini.
Lihat beberapa kriteria emas sebelum membeli..Kalau emas tu
susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada
emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu
bayar!
Cuba teliti 10 kelebihan utama emas Public Gold ni, Dan nilailah
sendiri.
1) Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas.
Oke, yang ni mungkin syarikat lain pon ada cakap harganya
murah. Harga emas Public Gold sebenarnya lebih murah berbanding harga kedai emas dan
lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh
jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah
kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang.Harga emas pada waktu saya
menulis sekarang adalah RM152 per 1g.. So, Bila harga lebih murah, kita boleh
dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.
2) Susut Nilai Terendah Di Pasaran
Yang ini saya kira adalah point penting, iaitu Susut nilai atau
“spread”, terutama kepada pelabur emas yang ingin menjual kembali emas. Susut
nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8%, mengikut jenis emas yang kita ada. Kalau
jadi dealer Public Gold macam saya, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public
Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal
Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer). Contohnya, kalau
Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 4.5%), susut nilai sebenar
cuma 2.3% (4.5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 3% pun dah
untung 0.7%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.
3) Stok Tiada Had
Kita cukup risau kalau stok emas tidak cukup.. tambah tambah
bila harga emas menjunam jatuh.. semua pakat dok beli emas.. Public gold tiada
had,lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Ada
syarikat lain, bila harga menjunam, emas terus out of stock. Bila harga tinggi
baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli
emas pada harga murah.
4) Banyak Cawangan Seluruh Malaysia
Setakat hari ini, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu
di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak perlu terlalu
bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin. Kalau saya
nak beli emas hari ini, hari ini jugak saya boleh dapatkan emas di cawangan
tempat saya di Kota Bharu kelantan. Dan kalau saya nak jual balik emas untuk
dapatkan RM, boleh terus ke kaunter emas public gold. Tidak perlu melalui dealer pon xpe..
5) Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak
Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual
balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi walaupun
emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan mcm2 mslh lain.. asalkan berat
masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas
setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.
Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau
hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai. Kalau hilang resit, harga
dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira
sebagai “used gold”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, lagi lah kan.
6) Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu
Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua
jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih yang lain.
Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam
Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama
terima emas Public Gold.
7) Sistem Booking Harga 24 jam Sehari
Setiap 20 minit, harga emas Public Gold boleh disemak mengikut
harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24/7
..contoh kata kalau harga menjunam
tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah
naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL
yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat
Public Gold.
8) Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar
Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat
yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa
syarikat, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga
tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar
yang kaut keuntungan.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu
Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik,
Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilai jutaan ringgit
sehari. Tak ada masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila
pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan
pula jutaan ringgit sehari.
9) Emas Disertakan Sijil Ketulenan
Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan
sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau
tentang ketulenan emas Public Gold. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada
sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada
sijil ketulenan. Dan Public Gold juga ada pengiktirafan LBMA dan bebas GST.
10) Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen
Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara
AUTOMATIK jadi dealer Public Gold. Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer
sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000
untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma jer. Kalau beli
emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer
Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun
cuma beli sekeping coin 1 dinar.
Tak nak jadi dealer?? Atau belum mampu??
Tidak perlu jadi dealer.. dan saya tidak pernah terlintas
pon nak jadi dealer.. saya mulakan dengan pembelian 1g emas.. Simpan sikit
sikit..dan konsistenkan 1g 1 bulan.. yeahhhh..akan datang anda akan ketagih macam
saya dan setiap hari anda akan buka laman web emas.
peace.no.war
Wniwmd
Dealer Muda Public Gold
PG 052355
No comments:
Post a Comment