Friday, February 21, 2014

Hanya satu kali | 11

Oyeah..hari ni hari sabtu. Pejam celik pejam celik sekejap saja seminggu berlalu.
Mengambil peluang ke library untuk memberi ruang pada diri sndiri menyedut pengisian dari buku2 fikrah islamiyyah..

Ada cadangan buku yang menarik daripada Sis Hana.. 

buku Haadzaddeen  (Inilah Islam) karya Sayyid Qutb.
Tak tahulah jumpa ke tak kat library nanti.. 

Sis Hana kata, buku ni ditulis ketika ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai, ketika ikhwan ditekan dengan teruk oleh rejim Jamal Nasir. Bila Sheikh2 ikhwan tu ditangkap, yang tinggal hanyalah orang-orang muda ataupun orang-orang masih baru dan kurang pengalaman. Jadik nya, mereka ni menghadapi kesukaran untuk mentadbir.. 

gitulah gamoknye sedikit sebnyak..aku belum baca lagi buku ni.. Kak Hana yang cerita sikit2.. Katanya, buku ni ditulis oleh sayyid Qutb untuk betulkan pemahaman ekstrim orang-orang 'baru' tadi tentang tabiat islam. Inilah islam yang sebenarnya! so, aku kenalah carik jugak sampai dapat.. Tak gitu?

Dengan azam yang berkobar-kobar, aku menaiki motosikal kesayangan yang hensem lagi bergaya berwarna Hitam hijau yang di beri nama Al- banna. 

Bukan sukasuki bagi nama..cuma,supaya nanti apabila aku menunggang motosikal tersebut, akan turut termotivasi dengan cara pengurusan masa As Syahid Imam Hassan Al banna..Pergi kemana sahaja dengan melakukan perkara berfaedah.So, sebab tu lah moto aku nama Banna!

Sangat terkesan dengan kata2 Imam hassan Al banna dalam wasiatnya yang terakhir...

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."

Maka dengan itu, aku yang selalu 'lagha' dengan urusan2 duniawi ni sekali lagi rasa terketuk,tersedak dan terbatuk dengan wasiat tersebut!! Allahurabbi...tarik nafas dalam-dalam.

So,dengan bertakbir dan membaca doa naik kenderaan mengikut sunnah baginda s.a.w sebelum memulakan perjalanan, Taufiqah meluncur terus ke library. Kali ini dia bersendiri. Lily dan Nazira tidak ikut sama.. 

Kononnya nak luangkan masa bersendirian bercinta dengan buku..ngehehe.. gigih je bunyinye..

Di pertengahan perjalanan, tiba2 sahaja motosikal yang dinaiki Taufiqah mati enjin..ter berhenti di tepi jalan.

'Alamak, kenapa pulak ni..mati tetiba tengah jalan..dah la sunyi jalan ni...' monolog Taufiqah kehairanan.

YaAllah! Lupa pula, meter minyak motosikalnya rosak..rupanya minyak dah habis, tapi meter tak detect.. Allahu...

Taufiqah mencari cari telefon bimbit dalam beg galas 'pink' nya untuk dial nombor Nazira supaya boleh nanti Nazira menjemputnya di sini..

Akan tetapi,panggilan Taufiqah berbalas suara operator,

'Baki wang anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan....'

Tuuuu diaaaa..time ni jugak dia nak takde kredit..huhu.


 ***



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com