Wednesday, February 08, 2012

role model terbaik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahummasolli'ala saiyyidina Muhammad..wa'ala ali saiyyidina Muhammad..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..

sudah 3 hari berlalu..
hari kelahiran Rasulullah s.a.w..tanggal 12 Rabiulawal 1433 h.. brsamaan 5 feb 2012..
Masih terasa kehangatan maulidurrasul..

tola'al badru alaina..


cukuplah baginda sebagai ikutan kami..seluruh umat islam tidak perlulah mencari idola lain selain baginda Rasulullah s.a.w..Contohi keperibadian Rasulullah SAW dalam segala aspek:- sebagai anak, bapa, suami, sahabat, pendakwah, guru, peniaga, panglima perang, pemimpin, dan banyak lagi…

Terlalu banyak sikap baginda yg boleh dicontohi..tapi ingin saya sentuh di sini 2 perkara..

1) Baginda s.a.w selalu memaafkan, mengajak umatnya melakukan kebaikan dan tidak sedikitpun timbul perasaan dendam terhadap insan yang pernah melakukan keburukan kepadanya.

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”

“Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya”
Surah Al-Maidah :13

2) Sabar,sabar, dan terus bersabar adalah sikap Rasulullah s.a.w yang perlu kita contohi. Walau apa pun yang berlaku, Baginda s.a.w sentiasa bersabar kerana ia juga termaktub dalam Qalam Allah swt;

“Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” 
Surah luqman:17

p/s : untuk diri sendiri juga..moga tangan yang menaip ini boleh sama2 memperbaiki kelemahan yang ada pada diri..insyaAllah..semoga bermanfaat..ma'assalamah..


1 comment:

  1. "Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

    ~sabar~

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com