Monday, February 14, 2011

Valentine oh valentine..



Assalamualaikum wbt..
Tanggal 14 febuari memang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang kononnya untuk meraikan hari kekasih dan membuktikan rasa cinta serta mencurahkan sayang pada pasangan masing-masing..
kenapa Valentine day disambut? 
Menjadi tanda tanya di situ..
Sebenarnya valentine day disambut untuk mengenang kematian St valentine yang mempertahankan cinta dan dapat menunjukkan  bahawa perayaan itu disambut sebagai sebahagian dari simbol agama Nasrani iaitu bagi org2 Kristian.

Sekarang seniora nak tanya sikit..
kita ni agama apa?
Bagi yang muslim..sedar-sedarkanlah diri tu..
hari kekasih bukan hari untuk meraikan kasih sayang sepasang kekasih..
lebih2 lagi kita ni agama lain dari mereka..dan buat apa kita nak ikut perayaan orang-orang nasrani?

Mari kita sama-sama renungkan..

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
 (Surah Al-An’am : 116)


"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)



Seniora bukannya ape, cuma kurang setuju dengan pemikiran orang-orang islam yang menyambut hari Kekasih ni.. especially orang melayu.. Sedikit kekesalan dan kedukacitaan [ayat salah tatabahasa], apabila universiti seniora pun seolah menggalakkan hari memperingati kekasih ni..
sebab seniora ternampak kat notice board fakulti seniora, ada iklan yang menerima request penghantaran coklat, bunga, cup cake dan sebagainya untuk disampaikan kepada kekasih, lecturer dan  untuk rakan2..memang x salah kalo nak hantar untuk kawan atau lecturer..But why requst tu tertulis..
'Sempena hari Kesasih'??
 kenapa hari biasa x pulak nak menghadiahkan kpd kwn2?? 
betul tak?

bukannya ape, kadang-kadang kita mungkin terlupa tarikh atau peristiwa penting dalam kalendar islam contohnya hari Maulidurrasul , nuzul Quran dan sebagainya..tapi herannya, 14 Febuari kita ingat sebagai hari kekasih.. setuju tak??


Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.



Seandainya kita(muslim) turut menyambutnya, seolah-olah kita menjayakan rancangan mereka untuk menghancurkan kita. Mana taknya, asal 14 febuari je ramai pasangan kekasih (melayu islam) yang berpeleseran di bandar-bandar, taman-taman, tasik, pantai dan sebagainya untuk meraikan hari kekasih.. Sambil berpimpin tangan berpelukan dan macam2 lagi yang x terbayang..
Kesannya, ramai wanita tergadai maruah sama ada secara rela atau secara paksa rela..cuba kita sama2 fikirkan..
 Bukankan kita sedang menghancurkan imej sendiri dan jugak imej islam..?
Disini bukannya seniora hendak bagi ceramah atau berkhutbah..tapi cuma untuk mengingatkan  sahabat2 dan juga kepada diri saya..
 bukak mata..bukak hati..tanya diri.. kita nak ke jadi macam tu??
Oh no!! mintak dijauhkanlah..

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka."


Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”


Rasa2 miss senioralah..ramai pasangan kapel yang dah tau bahawa valentine day x boleh sambut..
tapi tetap nk sambut kan??bertukar-tukar hadiah dan 
 walaupun sekadar wish..[wish tu kira sambut jugaklah]..n hukumnya tetap sama iaitu HARAM..
wallahu'alam..




untuk info lanjut korang boleh jenguk2 kat
p/s: bercouple pun da jelas2 haram..niekan pulak sambut valentine day bagi pasangan kekasih..


:: check it out ::


2 comments:

  1. org2 yg bodoh shj smbut valentine..wat pe nk kenang paderi yg da mati..

    bek kita ingat hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w esok~

    ReplyDelete
  2. sokong anonymous..10 mrkh utk anda..
    meh sma2 bnykkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com